Assalamualaikum w.b.t | Rezeki Yang Tak Disangka-sangka | Bagi setiap Wanita yang berkahwin mesti merancang untuk dapatkan zuriat, Mamayanie sendiri diawal perkahwinan excited sangat nak dapatkan zuriat. Tapi bila Mamayanie dirujuk sebagai pesakit PCOS, Mamayanie tahu akan rasainya. Untuk dapatkan Babyfh pun Mamayanie menanti 7tahun. Tapi kali ini ikhtiar hamil yang tak disangka-sangka secara semulajadi dan tanpa dirancang.
Allahuakabr! Mamayanie tak tahu nak cerita mula dari mana sebanarnya. Masih lagi rasa terkedu bila test upt naik double line terus tanpa ragu-ragu.
Alhamdulillah! Alhamdulillah!
Hanya itu yang mampu Mamayanie ucapkan ketika itu. Pada tarikh 31 Mac 2022, bermula episod kehadiran bakal anak kedua kami. Ianya satu rahmat besar dan rezeki Allah SWT yang penuh bermakna dalam kehidupan kami sekeluarga.
Mamayanie tak sangka sebab pengalaman sebelum ini, membuatkan Mamayanie tidak terlalu mengharap. Sebelum itu, sempat jugak lah kami bercuti ke Sungai Besar tau. Jangan tanya selera makan memang naik mendadak sebab itu Mamayanie tak sangka.
Period memang dah lewat seminggu tapi disebabkan Mamayanie ada PCOS sebelum ini. Mamayanie anggap hormon tengah kacau sebab berat badan naik mendadak sangat. Bayangkan dalam seminggu boleh naik 2kg hihi
Oklah target bulan puasa kita kawal pemakanan untuk kurangkan berat badan supaya tidak menganggu kesihatan badan. Siap beli Meal Replacement Slique Shake Young Living tau untuk bulan puasa hihi. Tapi perancangan Allah SWT itu sangat indah, tergerak hati untuk test jugak upt. Kebetulan waktu tu Mamayanie tak kerja, mintak tolong Ensuami belikan sebab cakap dah lewat datang period ni. Tambahan badan Mamayanie memang rasa lesu dan tak berapa ‘sedap’ badan. Test je lah dulu untuk kepastian samada hormon Mamayanie tengah kacau atau sebaliknya.
Pengalaman Mamayanie selama 7 tahun awal perkahwinan sebelum ini, setiap kali test kits hamil memang sedih dan runtuh jiwa seorang wanita. Ini apa yang Mamayanie rasa dulu awal-awal perkahwinan. Period tak datang tapi test negatif. Kadang-kadang menangis sendiri dalam bilik air dengan mengharapkan 2 line yang muncul.
Hanya yang TTC memahami akan perasaan itu,bab orang bertanya bila nak dapat anak itu? Pernah ada pangkat nenek itu tanya bila nak ada anak, siap cakap ‘nenek tak boleh ini kalu tak ada anak’. Runtuh jiwa dan tahan penuh duka hati ini. Sampai sekarang masih ingat akan kata nenek tu.
Sampai dalam hati Mamayanie tertanya kenapa perlu persoalkan isu rezeki dari Allah SWT? Kenapa perlu pertikaikan takdir yang Allah SWT tetapkan?. Jangan kata ikhtiar, macam-macam dah kami lakukan. Tapi waktu Babyfh ini antara ikhtiar hamil: Perkongsian Petua Untuk Hamil yang Mamayanie lakukan. Dengan izin Allah SWT dan tepat pada waktunya.
Sampaikan Mamayanie dah jadi lali dulu. Awal itu memang rasa down sangat bila orang tanya soalan macam itu, tapi lama-lama jadi malas ambil pusing apa orang kata. Yakin rezeki Allah SWT akan berikan tepat pada waktunya.
Hari Indah, Alhamdulillah!
Jam 12.00 tengahari lebih kurang, Ensuami balik hantar test kits hamil. Oklah terus test, tak fikir pun nak test awal pagi ke kan. Sebab sebaiknya test awal pagi untuk kepekatan biasanya.
Allahuakabr! Terkedu sangat sebab ianya menunjukkan 2 line muncul yang sangat clear. Bukan samar-samar, dan ianya satu perasaan yang dah lama Mamayanie teringin sangat setiap kali test hamil sebelum ini.
Tak dapat Mamayanie nak ungkapkan rasa syukur dan indahnya perasaan itu. Terus panggil Ensuami, tunjuk dekat dia. Mamayanie tak sentuh pun kits test tu, suruh Ensuami yang tengok dalam bilik air. Muka masing-masing macam terkedu dan mungkin kami masih kurang percaya.
Cakap dekat Ensuami jom keluar beli test kits yang mahal sikit, nak kepastian yang jelas. haha Aduh tak tahu kenapa fikir macam tu sebab rasa mungkin ada error kot.
Excited beli lagi test kits hamil yang lebih mahal lagi. Balik je terus test tanpa tangguh-tangguh. Tapi waktu test kali kedua menggunakan test kits Clearblue tu. Tak naik pulak 2 line tau.
Waktu tu, aik terkedu dah. Mana satu betul ni? Mengandung ke tidak?
Nasib ada lagi satu test kits biasa tu, ok test lah. Kira ini masuk test yang ke 3 tau haha. Elok naik 2 line clear lagi merahnya. Dah keliru, cakap kat Ensuami, macam mana ni? mengandung ke tidak. Terus dia kata nak ke klinik ke? Mamayanie terus capai telefon whatsapp Dr Irma dan adik Mamayanie Dr jugak.
Dr. Irma kata tak pe tunggu 2minggu lagi baru datang scan, takut awal tak nampak lagi. Waktu whatsapp dengan adik Mamayanie tengok balik eh, naik pulak tanda positive dekat test kits hamil Clearblue tu.
Kalut sangat kan patut tunggu lah dulu, biar betul-betul clear. haha Ingatkan lagi mahal lagi cepat result nya haha
Alhamdulillah terjawab sudah, esoknya baru call klinik kerajaan untuk tahu apa yang patut Mamayanie buat. Isnin depan terus datang klinik untuk pengesahan mengandung dan tarikh buka buku merah. Insya-Allah 11 Mei 2022 Mamayanie baru buat buku merah. Doakan ye semoga kandungan dilindungi oleh Allah SWT, panjang usianya dan sihat. aaminn
Ikhtiar Hamil Yang Tak Disangka-sangka Secara Semulajadi
Yup setiap rezeki itu pasti ada usaha yang kita lakukan. Tapi bagi Mamayanie ianya rezeki yang kita tak menduga. Niat asal untuk kegunaan sendiri supaya dapat stabilkan hormon dan untuk penjagaan diri je.
Tapi ianya memberi peluang kejayaan rezeki yang tak diduga.
Sebelum ini Mamayanie amalkan penggunaan 2 jenis essential oil Young Living ini. Kalau korang buat carian 2 oil ini sangat bagus untuk wanita khususnya. Mamayanie akan kongsikan lebih detail mengenail 2 jenis oil ini. Tapi kali ini Mamayanie nak kongsikan pengalaman Mamayanie menggunakan 2 oil ini.
Apa pun Mamayanie tak overclaim ye, ini salah satu cara ikhtiar Mamayanie secara semulajadi tanpa penggunaan bahan kimia yang merbahaya atau yang melibatkan pemakananan.
Bulan pertama Mamayanie gunakan 2 oil ini, yes period datang lewat. tapi selepas seminggu datang seperti biasa dalam tempoh yang normal 7 hari.
Bulan kedua pakai secara konsisten, period datang 15hari tau. Memang keluar darah ketul-ketul. Ada saru hari tu keluar ketul besar, ingatkan keguguran tapi adik kata kalau keguguran akan sakit. Ini tak, dia keluar biasa je waktu kita buabg air kecil tapi saiz besar berketul.
Awal tu risau jugak sebab agak lama period datang, tapi tepat 15hari dia berhenti.
Bulan ketiga period datang seperti biasa dan tepat pada waktu sepatutnya. Nampak dah regular balik.
Bulan keempat lambat pulak datangnya, rupanya dah melekat (mengandung). Alhamdulillah tak sangka ianya juga salah satu ikhtiar hamil yang tak disangka-sangka ecara emulajadi buat Mamayanie. Cara penggunaan oil ini korang kena lah wasap Mamayanie nanti hihi
Sejujurnya masih tak percaya awal tu, sehingga kami dah siap scan pada minggu ke 8. Nanti kita cerita pasal scan pulak. Allahuakbar siap dengar denyutan jantung.
Doakan ye moga kandungan sihat, panjang usia dan Mamayanie juga doakan buat korang bakal ibu-ibu jugak dipermudahkan dalam usaha ikhtiar hamil aamiin
Hadiah terindah buat Mamayanie sekeluarga ❤️ Kita publish pada 5 Mei untuk Hari Jadi Mamayanie. Yeah its my birthday 🥳
Till Next Entry ye!!!
Happy birthday yanie.. Tahniah.. Alhamdulillah rezeki…
seronok nya kan … bila tetiba pregnant pulak. sama mcm kak azni dulu nak dpt iman punyalah susah.. merata pi. tapi tetiba dpt secara normal pulak
Seronoknya baca…. mudah2an fiza lun dpt pregnant normal…. amiinnn