
Pakej Haji 2025 | Alhamdulillah dah masuk tahun 2025 dan adakah segala hasrat kita tercapai pada tahun 2024. Bukan kata aura tahun baru sahaja malah awal ini aura bakal Bulan Ramadan juga terasa ye. Bukan lama lagi untuk kita menanti ketibaan bulan yang penuh barakah ini. Kemudian tak lama lepas itu kita akan menyambut pula bulan Haji. Kali ini Mamayanie nak kongsikan tentang Pakej Istimewa Haji 2025 bersama MKM Ticketing Travel & Tours.

Pakej Istimewa Haji 2025
Bila sebut hasrat atau impian, salah satu impian Mamayanie adalah rezeki panggilan Allah SWT untuk menjadi tetamu -NYA dibulan Haji. Doakan ye buat Mamayanie mendapat panggilan ibadah ke rumah Allah SWT aamiin. Mamayanie baru tahu yang untuk menunaikan Haji bukan sahaja boleh ikuti pakej dari Tabung Haji. Tetapi terdapat jugak pakej yang ditawarkan oleh pakej Haji swasta yang harga berpatutan dan pelbagai pilihan pakej yang bersesuain.
Antara pakej yang Haji yang terbaik, cara pengendalian yang bagus, diyakini dan harga berbaloi adalah dari MKM Ticketing Travel & Tours. Korang tahuFaizal Tahir, Alif Satar dan isteri juga salah seorang jemaah yang mengikuti pakej dari MKM travel tau.

Banyak juga ulasan jemaah yang diterima sangat menyakinan dan menyatakan perkidmatan yang disediakan oleh MKM travel berkualiti dari segala aspek.
MKM Ticketing Travel & Tours
Jom kenali MKM Ticketing Travel & Tours
MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat pelancongan yang berlesen dan diiktiraf sepenuhnya oleh Kementerian Pelancongan Malaysia (KPL6666) dan telah diperbadankan dibawah Akta Syarikat 1965 pada 13hb Oktober 2011 sebagai sebuah syarikat berhad menurut syer dengan modal dibenarkan sebanyak RM 1,000,000.00. Malah ianya merupakan salah sebuah syarikat 100% milikan bumiputra.
MKM Ticketing Travel & Tours juga adalah salah sebuah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Haji Saudi bagi menguruskan Visa Umrah dan juga mempunyai Lesen Haji daripada Tabung Haji atau disebut sebagai “Pengelola Jemaah Haji (PJH)” bagi menguruskan jemaah Haji Malaysia. Korang boleh melihat di laman sesawang Official Tabung Haji untuk pengesahan ianya berdaftran dan diiktiraf oleh Tabung Haji.

Kelebihan MKM Travel Sebagai Pilihan Jemaah Haji
Yang utama kita dah tahu bahawa agensi adalah yang berlesen dan berdaftar, jadi tidak perlu risau dengan helahan tipu daya pihak luar yang berleluasa. Kenapa perlu korang ambil pakej Hai bersama MKM travel?
- Pembimbing Ibadah Haji Yang Berilmu & Berpengalaman
- Khemah di Arafah dan Mina yang selesa dan ibawah kelolaan Mashariq

- Barang Hadiah Haji yang akan diberikan oleh pihak MKM kepada jemaah
- Ziarah dan Lawatan di Makkah, Madinah dan luar yang membawa seribu keindahan kepada jemaah.
- Pengajian Kelas Agama yang diberikan sebelum dan sewaktu di Tanh Suci termasuk Kursus Haji Intensif

Pakej Haji Yang Ditawarkan Pada 2025
Mamayanie nak kongsikan antara pakej Haji yang ditawarkan oleh MKM travel pada tahun 2025 ini. Terdapat 5 pakej Haji yang ditawarkan berdasarkan kemudahan, kos dan tempoh hari berada di Tanah Suci. Antara pakej Haji 2025 yang disediakan adalah:
Pakej Salam
Tempoh perjalanan yang ditawarkan +/-40 hari. Harga bagi pakej ini ditawarkan bermula RM54,900/5pax.
- MINA: Khemah Muassasah (Muassim)
- MEKAH: Rayannah Hotel (+/- 400m dari Dataran Masjidil Haram)
- MADINAH: Millenium Al-Aqeeq (+/- 50m dari Dataran Masjidil Nabawi)
Pakej Salam Plus
U tuk pakej Salam Plus antara bezanya adalah dari segi tempoh hari iaitu +/-40 hari sehingga 45 hari. Harga ditawarkan bermula RM58,000 /5pax.
- AZIZIYA: V12 Al-Arabia Hotel (Bilik Berempat) & Khemah Muassasah (Jarak ke Dataran Mina +/- 670m)
- MEKAH: Maysan Al-Mashaer (+/- 430 dari Dataran Masjid Al-Haram)
- MADINAH: Worth Peninsula (+/- 300m dari Dataran Masjid Nabawi)
Pakej Menara Jam
- Menawarkan sehingga +/-40 hari.
- AZIZIYAH: Al-Maqam Suites & Khemah Muassasah (Jarak ke Dataran Mina +/- 400-500m)
- MEKAH: Movenpick Hajar (+/- 50m dari Dataran Masjidil Haram)
- MADINAH: Millenium Al-Aqeeq (+/- 50m dari Dataran Masjidil Nabawi)
Harga bermula dari RM75,900 /4pax dengan pelbagai kemudahan dan bimbingan dari Ustaz dan Ustazah yang bertauliah.
Pakej Istimewa Haji 2025 Safa
Tempoh yang akan dilaksanakan +/-20 hari yang bermula harga RM115,00 /4pax.
- AZIZIYAH: Al-Maqam Suites & Khemah Muassasah (Jarak ke Dataran Mina +/- 400-500m)
- MEKAH: Marwa Rayhaan Rotana (+/- 50m dari Dataran Masjidil Haram)
- MADINAH: Millenium Al-Aqeeq (+/- 50m dari Dataran Masjidil Nabawi)
Pakej Istimewa Haji 2025 Firdaus
Tempoh yang lebih pendek iaitu +/-18 hari dan lebih selesa dengan Pakej Firdaus. Bermula harga pakej dengan RM275,00 /2pax sahaja.
- AZIZIYAH: Al-Maqam Suites & Khemah Muassasah (Jarak ke Dataran Mina +/- 400-500m)
- MEKAH: Dar Tawhid Intercont. (+/- 10m dari Dataran Masjidil Haram)
- MADINAH: Oberoi Medina (+/- 10m dari Dataran Masjidil Nabawi)

Lihat sahaja pakej yang ditawarkan mempunyai pelbagai variasi yang boleh dipilih oleh setiap jemaah mengikut kepada kemampuan masing-masing. MKM Travel akan menawarkan pakej haji yang terbaik dan pasti memuaskan hati setiap jemaah Malaysia yang pergi bersama mereka tanpa memilih pakej. Kiranya mana-mana pakej yang korang ambil mereka tetap akan menawarkan perkhidmatan yang terbaik buat jemaah.
Untuk maklumat lanjut
MKM TICKETING TRAVEL & TOURS SDN BHD
Telefon : 03-7831 6740 / 03-7831 3740 / 019-700 0079
E-mel : haji@mkm.my
Laman Web : http://www.mkm.my/
Leave a Reply