Pil Perancang Keluarga Adakah Selamat?

Pil Perancang

Pil Perancang : Merancang Kehamilan Sangat Penting | Peracangan keluarga ini sangat penting terutamanya buat keluarga yang mempunyai anak yang ramai atau baru menyambut kelahiran anak dalam keluarga. Kalau korang perasan jururawat mesti akan bertanya mengenai perancang keluarga selepas korang bersalin.

Ini untuk memastikan korang dapat betul-betul merancang akan kehamilan yang akan datang. Sebaiknya dapat dijarakkan bagi memberi ruang buat anak itu membesar dan untuk kesihatan si Ibu yang melahirkannya.

Pil Perancang Keluarga Adakah Selamat?

Apa Itu Pil Perancang

Pil perancang kehamilan merupakan salah satu kaedah hormonal yang kerap digunakan. Hormon yang digunakan dalam pil perancang ialah hormon sama yang terlibat dalam sistem reproduktif wanita.

Ia mengandungi dua jenis hormon ialah hormon dari kumpulan estrogen dan kumpulan progesteron. Terdapat dua kumpulan pil perancang kehamilan yang utama dalam pasaran. Pertamanya ialah pil yang mengandungi hormon kumpulan progesteron sahaja. Kedua pula, iaitu yang lebih kerap digunakan ialah pil yang mengandungi kombinasi kedua-dua hormon kumpulan estrogen dan progesteron.

Pil Perancang Keluarga

Jenis-jenis Pil Perancang

  • Pil kombinasi (hormon estrogen & progesteron) : Diambil oleh kebanyakan wanita untuk mencegah kehamilan.
  • Pil hormon tunggal (progesteron sahaja) : Lebih sesuai diambil oleh wanita yang menyusukan bayi kerana tidak menggangu penghasilan susu ibu.

Cara-cara Pengambilan

Ia juga terdapat dalam dua jenis pek bungkusan yang akan menentukan cara ia perlu diambil. Secara umumnya, terdapat dua pek bungkusan pil pencegah kehamilan iaitu pek 21 biji tablet dan pek 28 biji tablet. Bilangan biji ini menunjukkan bilangan hari ubat tersebut perlu diambil dan jumlah hari tanpa ubat (drug-free period).

Pil Perancang

Fungsi-fungsi Pengambilannya

Pil perancang berfungsi untuk mencegah kehamilan dan jangan risau untuk mengambilnya kerana ia adalah selamat untuk diambil oleh wanita. Ia berfungsi dengan cara menghalang ovulasi berlaku pada tubuh badan bagi seorang wanita.

See also  Pakej Ke Bali Indonesia Murah ?

Dengan erti kata lainnya ia membantu untuk menghentikan ovari daripada melepaskan telur dan menebalkan lendir serviks bagi menghalang sperma daripada sampai ke telur. Ianya salah satu ikhtiar atau langkah-langkah untuk berlakunya kehamilan. Yang penting korang perlu mengambil pil dengan cara yang betul dan diambil setiap hari.

Kesan-kesan Sampingan

Kebiasaannya ia diambil untuk mencegah kehamilan dan selamat diambil oleh wanita, namum ia mungkin boleh menyebabkan kesan sampingan (bagi sesetengah wanita) seperti:

  • Pening atau sakit kepala yang melampau
  • Loya yang melampau
  • Rasa tegang/sakit pada payudara & benjolan pada payudara
  • Pendarahan di antara tempoh haid
  • Sesak nafas atau sakit dada
  • Kaki bengkak atau lemah
  • Sakit bahagian bawah perut

Ini semua perlu dapatkan nasihat doktor atau pakar dengan segara untuk tindakan atau pemeriksaan lebih lanjut.

Tujuan Pengambilan Pil Perancang

Pil ini lazimnya digunakan untuk mencegah kehamilan. Namun doktor atau pakar mungkin akan memberik bagi tujuan lain seperti:

  • Rawatan jerawat (acne vulgaris)
  • Membetulkan kitaran haid tak teratur
  • Rawatan gejala premenstrual dysphoric disorder (PMDD)
  • Rawatan pertumbuhan rambut yang berlebihan pada muka atau badan (hirsutisme)
  • Rawatan bagi pendarahan haid yang berlebihan (menorrhagia)

Perkara Yang Perlu Diingati Semasa Pengambilan

  • Pastikan korang tidak hamil sebelum mula mengambil pil ini
  • Diambil 1 niji pada masa yang sama setipa hari (mengikut arahan yang diberikan)
  • Pastikan setiap pek baharu dimulakan pada hari yang sama setiap bulan.

Pil ini adalah salah satu bentuk kontraseptif yang paling boleh dipercayai, memberikan tahap perlindungan yang sangat tinggi terhadap kehamilan apabila diambil seperti yang diarahkan.

Kaedah Lain Bagi Pencegahan Kehamilan

Selain daripada kaedah pil terdapat juga beberapa kaedah lain dalam proses pencegahan kehamilan.

See also  Vaksin Influenza Digalakkan Ambil Untuk Anak-anak?
Sumber gambar

Antaranya :

  • Kaedah sekatan menghalang sperma daripada memasuki faraj: kondom (perempuan), kondom (lelaki), diafragma
  • Pil hormon: pil progestogen, pil gabungan, cincin faraj, suntikan, implan, tampalan
  • Kaedah kontraseptif kekal: pensterilan perempuan, pensterilan lelaki (vasektomi)
  • Lain-lain: alat dalam rahim (IUD), sistem dalam rahim (IUS), perancang keluarga semula jadi, topi faraj.

Ini merupakan serba sedikit info mengenai pil perancang dan kaedah pencegahan kehamilan yang boleh diambil sebagai panduan.

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*