Persiapan Raya Macam Dulu–Dulu, Hari-Hari Sentiasa Disisi

Persiapan Raya macam dulu-dulu mengimbau memori | Cepat masa berlalu dah masuk 15 Ramadan kita berpuasa. Persiapan Raya korang dah sediakan ke? Mamayanie suka sediakan persiapan Raya lebih awal. Kerana dulu-dulu MakAbah Mamayanie pun akan sediakan persiapan Raya untuk anak-anak lebih awal. Katanya mudah dari pelbagai aspek seperti bajet dan masa.

Persiapan Raya Macam Dulu–Dulu, Hari-Hari Sentiasa Disisi

Bila sebut Raya macam dulu-dulu, terasa jauh beza sambutan Raya dulu dan sekarang. yelah zaman dah berubah mengikut arus perkembangan dunia dan teknologi. Hari Raya dahulu dan sekarang mempunyai banyak perbezaan dari segi suasana, cara sambutan,persediaan keperluan Raya dan hubungan sesama keluarga.

Berbeza dengan raya sekarang, kebanyakan persiapan menjadi lebih mudah kerana banyak pilihan pakaian ditempah secara dalam talian. Yelah dulu-dulu mana ada Tiktok Shop, Shopee dan lain-lain. Tapi Mamayanie nak anak-anak rasai keseronokkan rasa mencari baju Raya macam dulu-dulu. Sebab itu Mamayanie teringat dengan Pusat Pakaian Hari-hari yang sentiasa menekankan konsep dan tagline ‘Raya Macam Dulu–Dulu, Hari-Hari Sentiasa Disisi’.

Persiapan Raya Macam Dulu–Dulu, Hari-Hari Sentiasa Disisi

Keperluan Raya Lebih Jimat di Pusat Pakaian Hari-Hari

Bagi keperluan pakaian Raya, Mamayanie memilih Pusat Pakaian Hari-hari untuk menjadi lokasi membeli-belah kami. Kenapa pilihan Mamayanie Pusat Pakaian Hari-hari ? Bukan ke ada jual baju sekolah dan baju jalan je?

See also  Buymall | Online Shopping Malaysia No.1 Trusted Taobao Expert

TAK KORANG! Kalau korang nak tahu Pusat Pakaian Hari-hari antara kedai yang menawarkan baju-baju Raya untuk seisi keluarga. Antara faktor kenapa Mamayanie memilih Pusat Pakaian Hari-hari :

Persiapan Raya macam dulu dengan design yang moden

Sekarang dah zaman 2026, semua pilihan baju untuk wanita dan lelaki mengikut trend tau. Paling penting untuk baju Raya wanita kan, mestilah design dan corak yang moden. Tetapi masih kelihatan tradisional untuk di pagi Raya.

Persiapan Raya Macam Dulu–Dulu, Hari-Hari Sentiasa Disisi
Persiapan Raya Macam Dulu–Dulu, Hari-Hari Sentiasa Disisi

Pilihan warna dan saiz yang pelbagai

Tak perlu bimbang tentang warna dan saiz, sebab Pusat Pakaian Hari-hari memang menyediakan pelbagai warna dan saiz yang mana korang boleh beli untuk seisi keluarga. Dari bayi sehingga lah dewasa ada tau. Korang nak cari warna terkini pun ada ye, alah macam matcha strawberry hihi

Persiapan Raya Macam Dulu–Dulu, Hari-Hari Sentiasa Disisi

Boleh pilih baju Raya sedondon dengan anak dan suami

Setiap tahun memang Mamayanie akan cari baju sedondon ye untuk keluarga kecil kami. Walaupun Mamayanie sorang je heroin tapi tetap nak sedondon dengan hero-hero Mamayanie. Malah bila warna sedondon ini, seronok bila pergi beraya. Nak bergambar pun cantik je sebab sama tona.

Di Pusat Pakaian Hari-hari bukan sedondon untuk anak-anak lelaki sahaja. Malah ibu dan anak perempuan pun boleh sedondon ye. Sebab setiap design itu ada untuk dewasa dan anak perempuan. Nasib baik lah Mamayanie belum dikurniakan zuriat perempuan hihi Kalau ada anak perempuan lagi meriah lah sedondon kami hihi

Persiapan Raya Macam Dulu–Dulu, Hari-Hari Sentiasa Disisi

Harga yang berpatutan dan promosi harga jualan runtuh

Kalau baju cantik tapi harga mahal sangat pun tak berbaloi ye. Sekali sekala atau korang terlebih mampu, memang boleh lah. Tapi bagi Mamayanie, biarlah harga berpatutan dan baju pun cantik. Untung kan! Lagipun untuk anak-anak sekejap sahaja diorang pakai sebab anak-anak akan membesar dan saiz akan bertukar. Sekarang di Pusat Pakaian Hari-hari tengah ada jualan penghabisan stok baju raya dengan harga serendah RM5, RM10 dan RM25 sahaja.

See also  Yeah! Kembali Ke Sekolah Promosi Pusat Pakaian Hari-Hari

Pusat Pakaian Hari-hari adalah lokasi terbaik untuk korang shopping baju Raya keluarga. Bukan itu sahaja, disini ada pelbagai keperluan Raya dari baju sampailah ke aksesori.

Persiapan Raya Macam Dulu pun boleh dapat hadiah percuma

Menarik dengan setiap pembelian RM120 ke atas, korang akan dapat sampul Raya secara percuma dari Pusat Pakaian Hari-hari. Dan jika pembelian korang melebihi RM200 akan dapat woven bag percuma.

Video Shopping Raya 2026

Jadi korang jangan tunggu samapai malam Raya tau nak beli baju Raya. Cepat-cepat ke Pusat Pakaian Hari-hari di cawangan yang berdekatan dengan korang. Bawa sekali hali keluarga bagi memeriahkan lagi suasana Ramadan dan bakal menyambut Syawal.

Hari-Hari mempunyai lebih daripada 120 cawangan di seluruh negara. Korang boleh layari www.hari.com.my

Persiapan Raya Macam Dulu

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*