Assalamualaikum w.b.t

Mata Panda Menghantui Wajah | Kawasan paling sukar untuk diubati adalah kawasan bawah mata. Ianya memang menghantui setiap wanita khususnya. Dikenali sebagai lingkaran gelap bawah mata atau dark circle atau mata Panda, ianya semua perkara yang sama. Mamayanie pun hadapinya jugak, sentiasa menghantui waktu nak bersiap depan cermin huhu

Atasi dark circle dengan Cosmoderm Eye Treatment Gel

Masalah lingkaran gelap bawah mata atau dark circle ini dihadapi oleh ramai tidak kira samada bujang mahupun yang sudah kahwin atau muda mahupun berusia dan lelaki mahupun wanita. Punca yang menyebabkan dark circle ini antaranya adalah disebabkan selalu tidur lewat atau kurang tidur, menghadap cahaya dari telefon bimbit (mobile phone) mahupun kerap menghadap komputer. Ini akan menyebabkan keletihan pada mata sehingga menyebabkan lebam bawah mata.

Paling ketara dark circle bagi Mamayanie adalah selepas bersalin. Mahu tak nya berjaga tidak kira waktu menjaga Babyfh, walaupun ianya satu pengalaman yang sangat indah buat wanita yang bergelar mama. hihi Alhamdulillah sekarang bila dah hampir 4 bulan Mamayanie menjaga Babyfh dah boleh uruskan waktu (manage time) untuk waktu rehat kita dan waktu menjaga Babyfh.

Dark circle atau mata panda ini boleh diatasi tau, Mamayanie sekarang atasi dark circle dengan Cosmoderm Eye Treatment Gel. Diperkenalkan oleh kawan blogger Mamayanie. Ianya makin berkurangan gelap bawah mata. Mamyanie tak perlu dah nak makeup lebih sangat abwah mata sekarang dan paling penting bila pakai kanta mata (contact lens) tak bimbang dah orang tengok. Kalau tak macam kena tumbuh jadi lebam dah kat bahagian mata ni.

Cosmoderm Eye Treatment Gel, Anti-Dark Circles Gel

Ada banyak cara sebenarnya untuk hilangkan lingkaran gelap bawah mata ini antaranya penggunaan timun atau tomato. Korang boleh potong dan letakkan dekat mata sebelum tidur setiap hari tapi Mamayanie bukan lah rajin sangat nak rawat bawah mata ini dengan cara klasik, hahaha Jadinya bila ada produk yang selamat dan bagus, kita gunakan jew. Mudah untuk
atasi dark circle dengan Cosmoderm Eye Treatment Gel, hanya sapu setiap pagi dan malam.

Atasi dark circle dengan Cosmoderm Eye Treatment Gel

Cosmoderm Eye Treatment Gel yang diperkaya dengan Co-Enzyme Q10, kolagen dan ekstak tumbuhan yang mencerahkan lingkaran hitam, mata bengkak dan garisan halus .

Antara kelebihan Cosmoderm Eye Treatment Gel :

  • Menyegarkan dan menyamankan kulit keliling mata
  • Menganjalkan kulit sambil mengurangkan lingkaran gelap
  • Licin, tanpa minyak dan mudah diserap untuk melembabkan lapisan epidermis
  • Menggalakkan pengaliran darah keliling mata untuk elakkan bengkak dan lingkaran hitam
  • Sesuai untuk lelaki dan wanita peringkat remaja dan dewasa

CARA PENGGUNAAN: Guna dua kali sehari, di waktu pagi dan malam pada wajah yang bersih. Sapukan secara lembut di sekeliling mata secara pusingan, urut dari dalam ke arah luar kawasan mata.

HARGA: RM 32.90 bagi 20ml (per tiub). Ianya boleh tahan sebulan lebih ikut pada penggunaan.

Macam Mamayanie guna sedikit sahaja pada waktu pagi dan malam sebelum tidur. Pastikan korang cuci muka dahulu ye sebelum gunakan. hihi Untuk pagi Mamayanie gunakan sebelum makeup dan malam pula Mamayanie akan gunakan Cosmoderm Eye Treatment Gel bersama dengan eye massage. Gunakan alat eye massage untuk urutan kesegaran mata sebelum kita berehat (tidur).

Dah lama Mamayanie cari dan akhirnya jumpa yang sesuai untuk Mamayanie. Antara produk yang Mamayanie syorkan untuk korang gunakan, insya-Allah. Korang boleh dapatkan segara pembelian online terus melalui website Cosmoderm atau boleh dapatkan di farmasi terpilih.

Untuk maklumat lanjut:

Website: www.cosmoderm.com.my

Facebook: www.facebook.com/cosmoderm

Instagram: www.instagram.com/cosmoderm

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

You may also like

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *