• HOME
  • ABOUT ME
  • LATEST
  • REVIEW
    • HOTEL
    • BEAUTY
      • MEN PRODUCT
      • WOMEN PRODUCT
    • EVENT’S
    • PRODUCT
    • FILEM
  • TRAVEL
    • TIPS TRAVEL
    • MALAYSIA
      • KEDAH
      • PULAU PINANG
      • PERAK
      • SELANGOR
      • KUALA LUMPUR
      • PAHANG
      • NEGERI SEMBILAN
      • MELAKA
      • JOHOR
      • SABAH
      • SARAWAK
    • THAILAND
      • Hatyai
      • Krabi
    • SINGAPORE
    • INDONESIA
      • Bali
      • Bandung – Jakarta
    • VIETNAM
    • CHINA
    • HONG KONG
    • MACAU
    • SOUTH KOREA
  • FOOD
    • RESEPI
    • FOOD: KUALA LUMPUR
    • FOOD: SELANGOR
    • FOOD: PERAK
    • FOOD: KEDAH
    • FOOD: PAHANG
  • FAMILY
  • MEDIA
  • KBBA9 BLOGLIST
  • DISCLAIMER
YanieYusuf
EVENT'S, KELAB BLOGGER BEN ASHAARI, LATEST, REVIEW 16

FIM Asia Supermoto Championship 2016 Akhir Di Malaysia

By yanieyus · On December 18, 2016

Assalammualaikum w.b.t

Malaysia Negara Terakhir Bagi FIM Asia Supermoto | Tak sangka akhirnya Mrsyanie bersama rakan Kelab Blogger Ben Ashaari berpeluang dalam memberi sokongan kepada event yang berada di peringkat antarabangsa khususnya di peringkat Aisa ini. Sebenarnya Malaysia merupakan negara terakhir bagi pusingan ke empat(4) atau pusingan terakhir bagi menentukan siapakah yang bakal memenangi sekaligus merangkul gelaran Juara FIM Asia Supermoto Championship 2016 ini.

Kelab Blogger Ben Ashaari di FIM Asia Supermoto Championship 2016

Kelab Blogger Ben Ashaari di FIM Asia Supermoto Championship 2016, Sumber Gambar: FIMAsiaSupermoto

FIM Asia Supermoto Championship 2016 Akhir Di Malaysia

FIM Asia Supermoto Championship adalah perlumbaan supermoto yang bertaraf antarabangsa yang meliputi beberapa buah negara. FIM Asia Supermoto Championship 2016 telah bermula untuk pusingan pertama di negara Australia kemudian di Indonesia, Philippine dan kini pusingan penentuan FIM Asia Supermoto Championship 2016 akhir di Malaysia sedang berlangsung. Pusingan terakhir ini dijalankan di perkarangan Stadium Shah Alam yang bermula pagi ini jam 8.30 pagi. Siapakah yang bakal menjadi juara Supermoto 2016?

FIM Asia Supermoto Championship

Kami Menyokong FIM Asia Supermoto Championship 2016

Perlumbaan FIM Asia 2016 telah dianjurkan oleh Asia Supersports Group dengan kerjasama antara Bikenation Motorsports Sdn Bhd, CW Media Sdn Bhd dan E-Plus Entertainment Productions (M) Sdn Bhd.

Asia Supersports Group Sdn Bhd, a company incorporated in Malaysia is the principal franchise owner of this exclusive event sanctioned by Federation International Motorcycle of Asia (FIM Asia) – Facebook FIM Asia Supermoto Championship

Turut disokong oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Malaysia Major Events, Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam City Council, Concorde Hotel Shah Alam, Destination NSW, Tourism Hunter, Newcastle City Council, FIM Asia, Automobile Association of Malaysia (AAM), KYT, KTM Malaysia,Premium World Motorsports (PWM) Sdn Bhd, official distributor of Husqvarna in Malaysia, RK South Asia Sdn Bhd, Liputan6.com, Bola.com, Vidio.com dan iM4U.

Qualifying dan SuperChrono FIM Asia Supermoto Championship 2016 Akhir

FIM Asia Supermoto Championship 2016 Akhir Di Malaysia

Sumber Gambar : http://www.razzwey.com

Semalam berlangsung acara Qualifying dan SuperChrono bagi penentuan kedudukan bagi perlumbaan FIM Asia Supermoto Championship 2016 akhir di Malaysia dengan mengambil kira masa terbaik mereka. Mrsyanie sampai sahaja dapat dengar bunyi motor yang sangat laju. Teruja sangat nak tengok, lagi-lagi Mrlaling memang minat dengan bidang permotoran ni.

Korang bayangkan lah betapa berani pelumba motor ni kerana mereka dapat membawa motor dengan kelajuan yang tinggi dalam litar yang mempunyai selekoh. Mrsyanie pulak yang jadi seram tau tengok diorang bawa dengan lutut cecah permukaan jalan lagi. Ada yang sampai mengeluarkan percikan api tau, tak percaya tengok gambar bawah tu.

FIM Asia Supermoto Championship

Percikan Api Kelajuan, Sumber Gambar : http://www.razzwey.com

FIM Asia Supermoto Championship 2016

Antara Aksi Yang Dilakukan, Sumber Gambar : http://www.razzwey.com

Cuma bila berada disitu Mrsyanie tertanya-tanya kenapa kita masih belum menjadikan sukan permotoran ini sebagai satu sukan kebanggaan. Rasanya jika Malaysia mempunyai litar khas untuk sukan permotoran ini seperti Litar Sepang (Sepang International Circuit) tetapi penonton tidak perlu bayar tiket dengan harga yang tinggi atau sewaan yang mahal bagi penganjur, mesti lebih menarik kan. Apa-apa pun Mrsyanie tetap bangga kerana kita menjadi salah sebuah negara yang menyokong sukan permotoran ini.

3 Perlumba Negara Malaysia akan beraksi

Tambah bangga bila anak Malaysia yang bakal beraksi di pusingan terakhir ini. Bukan seorang tetapi 3 orang tau pelumba yang mewakili Malaysia dalam FIM ASIA 2016 iaitu Muhd Habibullah (Gabit), Muhd Al-Amirul (Gaban) dan Khairi Zakaria. Paling menarik ketiga-tiga pelumba negara berada dalam ranking top 10.

FIM Asia Supermoto Championship 2016 Akhir Di Malaysia

Pelumba Malaysia- Gaban, Khairi, Gabit dan pelumba Australia.

Bagi pelumba muda, Gabit merupakan pelumba yang berada dalam ranking pertama dalam mata terkumpul dan dia juga adalah adik kepada pelumba Gaban. hihi Harap pelumba Gabit dapat mengekalkan sebagai pelumba ranking pertama. Pelumba Khairi pula telah menjadi juara pada tahun 2012 dan 2013 dalam pertandingan yang sama. Hebat diorang ni kerana telah membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa.

KBBA9 diberi berpeluang untuk mendekati lagi pelumba-pelumba negara serta antarabangsa. Jadi kami tak lepaskan peluang untuk sesi bergambar dan temubual. Mrsyanie sempat tanya salah seorang pelumba negara, bagaimana diorang boleh menyertai pertandingan ini. Katanya setiap tahun akan diadakan pelumbaan antara pelumba Malaysia bagi pemilihan kelayakan untuk menjadi wakil negara bagi bersaing dengan pelumba negara-negara lain.

FIM Asia Supermoto Championship 2016 Akhir Di Malaysia

Pelumba Indonesia FIM Asia Supermoto Championship 2016

FIM Asia Supermoto Championship 2016 Akhir Di Malaysia

FIM Asia Supermoto Championship 2016 Akhir Di Malaysia

Pelumba Motor Wanita Malaysia dalam MSMC

Siti Fatimah Husna salah seorang pelumba wanita yang turut dalam perlumbaan Malaysian Supermoto Championship (MSMC). Teruja dapat jumpa pelumba wanita tau, sangat berani kerana dia bukan berlumba dikalangan sesama wanita tetapi bersama dengan pelumba lelaki. Dia merupakan pelumba professional racer cubprix 23 dan pelumba Petronas Yamaha CKJ.

MSMC FIM Asia Supermoto Championship 2016 Akhir Di Malaysia

Siti Fatimah Husna, Pelumba Wanita Malaysia

Motocross Obstacle

Mrsyanie juga sempat untuk menyaksikan demo Motocross Obstacle. Korang kalau nak tahu di Malaysia suka Motocross Obstacle agak baru dan masih belum meluas seperti yang dijalankan diluar negara. Aksi yang dilakukan agak extreme dan memerlukan latihan serta kepakaran dalam mengawal Motocross.

FIM Asia Supermoto Championship 2016 Akhir Di Malaysia

Aksi Motocross Obstacle

FIM Asia Supermoto Championship 2016 Akhir Di Malaysia

Pelumba Motocross Obstacle

Siapa bakal juara? 

FIM Asia Supermoto Championship 2016 Akhir Di Malaysia

Kami juara bergambar hihi

Juara bagi FIM ASIA Supermoto Championship akan dipilih berdasarkan mata terkumpul kedudukan pelumba bagi dinobatkan sebagai Juara FIM ASIA Supermoto Championship 2016 dan pelumba No. 1 Supermoto di Asia.  Jadi sama-sama memeriahkan dan memberi sokongan kepada pelumba negara kita dalam perlumbaan pusingan terakhir ini. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan FIM Asia Supermoto Championship 2016 akhir di Malaysia:

  • Tarikh: 18 Disember 2016 (Ahad)
  • Lokasi: Stadium Shah Alam (Disebelah litar Go-kart, parking di Pintu A)
  • Waktu: 9.30 pagi – 6.00 petang

 

 

Untuk maklumat lanjut:

Website FIM ASIA: www.supermotoasia.com

Website FIM: http://www.fim-live.com

Facebook: FIMAsiaSupermoto

Instagram: @fimasiasupermoto

 

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Share this:

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Print

Related

FIM Asia Supermoto ChampionshipFIM Asia Supermoto Championship 2016FIM Asia Supermoto Championship 2016 Akhir Di MalaysiaFIM Supermoto Championship
Share Tweet

yanieyus

You Might Also Like

  • BEAUTY

    8 Manfaat Kecantikan Bersama SAFI Fair Beauty

  • EVENT'S

    Malaysia Halal Expo 2019 di Kuala Lumpur Convention Centre Tak Best?

  • BEAUTY

    Kelas Makeup Inspire Bersama MUA Hayati Hashim Mak Andam Kiri

16 Comments

  • Mama Kembar 3 says: December 18, 2016 at 11:15 am

    Wahh ada pelumba wanita juga. Respek ahh!

    Reply
    • yanieyus says: December 22, 2016 at 9:00 am

      haah sangat respek kerana berani..

      Reply
  • mas saari says: December 18, 2016 at 12:26 pm

    moga pelumba malaysia beroleh kemenangan..

    Reply
    • yanieyus says: December 22, 2016 at 9:00 am

      Menang juara Malaysia..

      Reply
  • anazarin says: December 18, 2016 at 12:32 pm

    Respek gila dengan riders Malaysia semalam..setaraf dengan riders antarabangsa

    Reply
    • yanieyus says: December 22, 2016 at 9:06 am

      Betul..cara diorg bawa memang taraf antarabangsa..

      Reply
  • YB Shehan says: December 18, 2016 at 1:39 pm

    Wah.. ada siti fatimah tu.. heheh.. bestnya

    Reply
    • yanieyus says: December 22, 2016 at 9:07 am

      haah akhirnya jumpa jugak dengan rider wanita hebat ni..

      Reply
  • umminani says: December 18, 2016 at 2:22 pm

    mmg best..lain kali nk bawa anak2 la.

    Reply
    • yanieyus says: December 22, 2016 at 9:07 am

      mesti diorang teruja..

      Reply
  • Dura Norell says: December 18, 2016 at 3:13 pm

    Tabik spring kat pelumba wanita tu 🙂

    Reply
    • yanieyus says: December 22, 2016 at 9:08 am

      haah bangga sangat bila diorang umum ada rider wanita..

      Reply
  • anaksarjan says: December 18, 2016 at 3:37 pm

    best! good luck team Malaysia…

    Reply
  • Nadia johari says: December 18, 2016 at 8:18 pm

    All the best team Malaysia..respek bila ada pelumba wanita

    Reply
  • Abam Korie says: December 25, 2016 at 9:23 am

    suka tengok masa pelumba drift tu….ada yang sampai berapi…

    Reply
  • lisa says: December 29, 2016 at 6:01 pm

    vroom vrooommm … haha best tengok moto ni . tapi bising tingee

    Reply
  • Leave a reply Cancel reply

    This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

    Data Internet Only RM28 !!

    Visondata pocket WiFi

    INGIN PERCUTIAN BAJET? JOM KLIK

    Kelab-Blogger-Ben-Ashaari-800x800

    JANA PENDAPATAN !

    • MALAYSIA
    • THAILAND
    • SINGAPORE
    • INDONESIA
    • CHINA
    • HONG KONG
      • MACAU
    • SOUTH KOREA
    • VIETNAM

    Subscribe & Follow

    Follow @hayaniyusuf
    Follow on Instagram

    Recent Comments

    • yanieyus on Singapore Day Trip Part Akhir | Sentosa Island
    • Rozana on Singapore Day Trip Part Akhir | Sentosa Island
    • cik nor on 8 Manfaat Kecantikan Bersama SAFI Fair Beauty
    • SitiYangMenaip on 8 Manfaat Kecantikan Bersama SAFI Fair Beauty
    • sha mohamed on 8 Manfaat Kecantikan Bersama SAFI Fair Beauty

    AABC

    POCKET WiFi PILIHAN

    Visondata pocket WiFi

    © 2013 Solo Pine Designs, Inc. All rights reserved.