Kini Genab Sebulan | Alhamdulillah, MashaAllah Tabarakallah ! Akhirnya dah sebulan kelahiran anak Mamayanie yang kedua, seorang putera kecil yang dilahirkan seberat 3.4kg. Jom Mamayanie nak kongsikan gambar baby, nama yang telah dipilih beserta maksud nama dalam Islam . Yeaah sebulan dah! Alhamdulillah mashallah tabarakallah!
Banyak lagi perkara baru yang Mamayanie perlu pelajari sebagai seorang Mama walaupun telah bergelar Mama anak dua (2). Masih terbayang lagi akan saat akhir Adikfh nak keluar, korang boleh baca pengalaman Mamayanie sewaktu melahirkan anak kedua ini.
Alhamdulillah inilah dia nama yang diberikan Ahmad Faris Hayyan, dimana Ahmad dan Hayyan adalah nama dari nama abangnya. Jadi kami kekalkan supaya jadi nama keluarga.
Mula nak pilih nama tu, asalnya Ensuami ada beri cadangan nama lain. Katanya nak letak nama Faiq, beza huruf belakang je dengan abang nya. Tapi selepas dibincang kami memilih Faris dan sangat suka dengan maksud nama dalam Islam.
Maksud Nama Dalam Islam
- Ahmad bermaksud Terpuji
- Hayyan pula bermaksud Yang hidup
- Faiz bermaksud Berjaya, menang
- Faris bermaksud Yang alim, penunggang kuda, ksatria
Ketahui nama-nama bayi lelaki dalam Islam bersama maknanya.
Alhamdulillah makna yang penuh indah bagi kami. Semoga anak-anak kami menjadi hamba Allah SWT yang bertakwa dan soleh malah disenangi oleh orang sekeliling mereka. Aamiin Ya Rabbal Alamin.
(Surah Al Imran Ayat 38) : Rabbi habli milla dunka dhurryatan tayyiba innaka samiud du`a’
Maksud: ” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.
(Al-Ahqaaf Ayat 15): “Rabbi Auzi’ni An Asy-kura Ni’matakal-lati An ‘Amta Alayya WaAla Waalidayya Wa An A’mala Solihan Tardoohu Wa Adkhil-Nii Bi Rohmatika Fii `Ibaadikas-Soolihiin”
Maksudnya: …Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).
Instagram: https://www.instagram.com/yanieyusuf/
Till Next Entry ye!!!
yanieyusuf.com
Leave a Reply