Pengalaman Bersalin Anak Pertama

Gelaran Mama Hadir Bila Lahirnya Anak Pertama | Dah nak dekat bersalin anak kedua baru nak buat entry mengenai pengalaman bersalin anak pertama kan haha Anak pertama pun dah masuk 4 tahun. Apa pun ianya ibarat mengimbau kembali pengalaman pertama melahirkan khalifah Allah SWT dimuka bumi ini.

Tapi untuk mengandung ini macam-macam Mamayanie lakukan. Yelah sebabkan Mamayanie ada PCOS, agak sukar untuk mengandung tapi jangan putus asa pasti ada jalan dan rezeki yang Allah SWT akan berikan tepat pada waktunya. Ini salah satu Perkongsian Petua Untuk Hamil.

Untuk anak kedua ini pulak Mamayanie tak turunkan berat badan, kali ini kita Ikhtiar Hamil Yang Tak Disangka-sangka Secara Semulajadi pulak. Alhamdulillah.

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

Cukup indah bila mendengar tagisan pertama bila lahirnya seorang baby. Hilang terus rasa sakit bersalin, sakit digunting, sakit meneran dan segala sakit ketika hendak melahirkannya. Bila orang tanya macam mana rasa sakit bersalin, jujur Mamayanie kata ianya cukup sukar untuk digambarkan.

Perasaan takut tetap ada untuk menahan sakit itu, kali ni bakal Mamayanie laluinya buat kali kedua, insyAllah. Doakan ye moga kali ini dipermudahkan seperti sebelumnya.

AHAD 08 JULAI 2018

Pada hari sebelum bersalin memang tak ada rasa tanda atau sakit tau. Semua berjalan seperti biasa, cuma masih dalam waktu berjaga-jaga sebab esoknya adalah hari due kelahiran yang dijangka oleh doktor. Tapi waktu ini dugaan bersalin atau waktu mengandung tak banyak sangat. Lain pula dugaan Mamayanie tapi Allah SWT itu maha adil dan cukup penyayang pada hamba-Nya.

ISNIN 09 JULAI 2018

Lebih kurang jam 2pagi Mamayanie ke tandas untuk membuang air kecil, ketika tu keluar darah bersama. Nurse memang dah pesan kalau keluar tanda-tanda nak bersalin seperti darah, kontraksi, dan air ketuban pecah yang berlendir segera pergi hospital.

See also  Pretz n Beanz Cafe Best Di Mont Kiara Kuala Lumpur

Mamayanie terus kejutkan ensuami maklumkan yang tanda darah dah keluar. Mamayanie sempat bersiap dulu dan kemas apa yang perlu untuk dibawa ke hospital. Sampai hospital Slim River terus ke ward 3 iaitu ward bersalin.

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

Ensuami perlu daftar kemasukkan untuk Mamayanie di unit kecemasan dan Mamayanie terus masuk ke ward selepas pemeriksaan awal dijalankan. Disebabkan tanda darah dah keluar walaupun bukaan masih belum ada memang tak boleh balik lah ye. Terus masuk ward untuk pemantauan.

Jam 8pagi pemeriksaan dari doktor pulak, rutin awal pagi. Doktor buat pemeriksaan bukaan dan mula buka 2cm. Jadi terus masuk ke bilik bersalin (labour room). Dalam jam 10pagi, bila buat pemeriksaan bukaan dah mula buka sehingga 4cm.

Dalam jam 11pagi tak silap Mamayanie doktor kata boleh dah pecahkan air ketuban. Sebab bukaan menaik dengan cantik. Air ketuban tu rasanya panas je bila dipecahkan. Waktu ini Mamayanie tak ingat bukaan dah berapa, samada 6cm tak silap.

Tapi selepas sampai 6cm bukaan, Allahuakbar hanya Allah yang tahu menahan kesakitannya. Mamayanie nak cakap sakit macam apa itu pun tak tau nak gambarkan. Lepas itu bukaan tak buka-buka ye. Kita ni dah rasa nak bersalin sangat waktu itu, nak terberak dah rasa.

Siap cakap dekat nurse saya nak ke tanda sebab nak buang air besar (terberak) dah ni. Diorang kata memang itu lah tanda nya. Aduh serius ibarat sakit perut nak membuang sangat tapi kita tak dapat nak lepaskan.

Dari jam 12 tengahari sampai dekat pukul 6petang jugak Mamayanie menahan kesakitannya. Siap peluk-peluk tiang katil tepi tu lagi. Nak turun katil memang tak boleh dah hihi Bukaan mula membuka ke 8cm pada jam 4petang lebih kurang macam itu.

See also  Happy Weekend at Farm In The City, Kuala Lumpur

ISNIN 09 JULAI 2018 JAM 6.12PETANG

Sehinggalah tanda memang nak keluar baby, jam 6.12 petang lahirlah seorang khalifah Allah SWT yang berat 3.55kg. Sewaktru proses nak melahirkan baby, ensuami kata doktor siap ambil gunting 2 kali lah jugak. Untuk luaskan lagi laluan.

Tapi Mamayanie tak rasa dah bila time depa gunting, sebab rasa sakit nak keluarkan bayi itu lebih kuat ye. Terasa lega bila kepala dan bahu bayi dah keluar. Dia ada 2 fasa yang agak berat nak keluarkan baby bagi Mamayanie. Satu fasa adalah mula nak keluarkan kepala bayi, dan fasa kedua adalah nak keluarkan bahu bayi pulak.

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

Bila dah keluar cepat doktor letak dekat atas badan Mamayanie kejap je ye, sempat lah tangan ni pegang kejap. Sebab sewaktu proses nak bersalin bayi dah berak sewaktu dalam perut Mamayanie. Lagipun Mamayanie ada gbs infection memang perlu pemantauan kepada bayi terlebih dahulu.

Dalam hati Mamayanie waktu tengok Babyfh tu, aduh kenapa anak mama gelab hitam. Rupanya sebab kesan najis bayi. Bila jumpa dekat ward nicu esoknya, alhamdulillah cerah anak mama hihi

PROSES JAHIT SELEPAS BERSALIN

Selepas dah bayi keluar, Doktor mula untuk proses jahit. Waktu Mamayanie bersalin ada beberapa Doktor pelatih hadir tapi diorang hanya membantu doktor senior. Memang diorang dah mintak izin untuk turut serta pada Mamayanie bersebelum itu, jadi Mamayanie izinkan tapi bukan mereka yang sambut itu je syaratnya.

Uri Mamayanie kalau tak silap memang pecah macam jadi serpihan sikit, jadi diorang perlu buat kiraan atau cantum balik lihat supaya tidak ada yang tertinggal. Selepas jahit itu, bila scan semula macam doktor ada nampak sesuatu. Waktu tu mereka terpaksa buka semula jahitan tapi Mamayanie diorang dah bagi oksigen + ubat tahan sakit tak silap. Memang sedut jelah hihi Jadi Mamayanie tak rasa apa yang terjadi, sehingga ada doktor pakar datang untuk buat pemeriksaan lebih detail.

See also  Biotropics Men's Formula Memberi Kecergasan Dalaman Lelaki - Ikhtiar Untuk Dapat Zuriat!

Katanya tiada apa yang tertinggal, dan boleh jahit semula dan bagi Mamayanie rehat lepas itu. Mamayanie disyorkan untuk pakai tiub kencing supaya tak perlu bangun dulu. Lagipun banyak darah jugak Mamayanie nampak dekat lantai semua, Mamayanie berada dalam ward bersalin itu selepas bayi keluar pun agak lama. Sebab diorang nak pantau sebelum dibawa ke ward biasa.

SELASA 10 JULAI 2018

Esok paginya dalam jam 10 pagi baru Mamayanie dapat buka tiub kencing dan dapat jumpa Babyfh dekat ward nicu. Nurse dekat nicu itu bagitahu yang Babyfh pandai minum guna cup sebab Mamayanie tak dapat datang awal pagi.

Alhamdulillah bila doktor datang, maklumkan Babyfh sihat tak termakan najis sewaktu dalam perut dan tiada jangkitan lain-lain. Cuma perlu untuk pemantau kuning sahaja.

Sejuk hati melihat bayi yang baru lahir, hilang segala rasa sakit. Inilah pengalaman bersalin anak pertama Mamayanie. Pastinya pengalaman bersalin anak pertama buat semua ibu-ibu diluar sana juga berbeza.

Anak yang lahir memberikan gelaran Mama buat Mamayanie setelah menanti hampir 7 tahun perkahwinan Mamayanie bersama ensuami.

Pastinya setiap pengalaman bersalin akan berbeza-beza, kali ini penantian buat anak kedua Mamayanie pula. Sekali lagi Mamayanie harap korang yang membaca entry kali ini boleh doakan yang baik-baik dan dipermudahkan buat Mamayanie bersalin anak kedua ini, insyaAllah due date pada 30 November 2022.

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

1 Trackback / Pingback

  1. Pengalaman Bersalin Anak Kedua

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*