Rezeki Dari Tuhan Tapi Jangan Putus Usaha | Mrsyanie hanya nak perkongsian petua untuk hamil yang Mrsyanie lakukan untuk ikhtiar hamil. Jadi atau tidak itu adalah rezeki dari Allah SWT. Cuma Mrsyanie nak kongsikan semoga korang yang inginkan zuriat seperti Mrsyanie sebelum ini turut dikurniakan zuriat secepat mungkin.
Mrsyanie sendiri dah laluinya dan memahami perasaan itu. Jadi dalam entry kali ini fokuskan kepada perkongsian petua untuk hamil agar dapat manfaatkan dan boleh diamalkan pada semua yang berhajat.
Perkongsian Petua Untuk Hamil
Petua untuk hamil yang Mrsyanie amalkan ini pun dari rakan dan keluarga, jadi Mrsyanie kongsikan dengan korang pula semoga tahun ini rezeki zuriat buat semua yang mencubanya. Insya-Allah Aamin. Sejujurnya Mrsyanie sampai putus usaha tapi Allah SWT memberi kekuatan untuk Mrsyanie usaha jugak. Allah SWT tarik kebahagian sedia ada tapi Allah SWT gantikan dengan lebih indah untuk Mrsyanie. Ini lah yang menjadikan kekuatan buat Mrsyanie sekarang, jadi korang jangan putus asa dan doa ye.
BACA: Persatuan suri rumah Malaysia
#1.Turunkan Berat Badan Perkongsian Petua Untuk Hamil
Sejujurnya part yang ini Mrsyanie sendiri susah nak lakukan tapi alhamdulillah tekad membuatkan Mrsyanie berjaya untuk menurunkan berat badan sehingga 10 kilo. Pada asalnya Mrsyanie amalkan untuk dapatkan bentuk badan dan kesihatan yang sihat, tapi mengikut doktor ini juga salah satu ikhtiar untuk dapatkan zuriat. Mrsyanie disahkan mempunyai PCOS, yang mana ianya salah satu berpunca dari berat badan.
Jadi doktor sarankan untuk kurangkan sedikit berat badan. Mungkin korang leh amalkan dengan menggunakan tips Turun Berat Badan Secara Sihat 10kg. Maaf ye Mrsyanie tak galakkan korang ambil pil-pil atau ubat kuruskan badan kerana tidak mahu ada kesan sampingan akan datang bila korang hamil. Biar kurangkan berat badan secara semulajadi dan sihat.
#2. Amalkan Susu Kambing dan Kurma
Sebelum ini Mrsyanie pernah kongsikan dengan korang amalan pengambilan susu kambing dan kurma sangat bagus kan. Amalan ini Mrsyanie ambil setiap pagi untuk dapatkan peningkatan kesuburan dalam diri. Korang boleh amalkan pengambilan susu kambing asli dikisar bersama kurma atau korang boleh beli terus susu kambing segera yang telah diproses bersama campuran kurma. Jenama tak kisah janji ianya susu kambing dengan campuran kurma.
#3. Perbanyakan Pengambilan Buah Kiwi
Buah Kiwi Mrsyanie tak pernah tinggal dari amalkannya setiap hari. Tak kisah nak ambil waktu pagi, tengahari atau malam. Ambil sebiji sehari sudah memadainya samada buah Kiwi hijau atau buah kiwi kuning. Tapi Mrsyanie ambil buah Kiwi hijau kerana ianya lebih murah hihi. Tahukah korang buah Kiwi mempunyai kaya dengan khasiat Vitamin C, asam folat yang bagus untuk tingkatkan kesuburan, dan ianya kaya dengan nutirisi yang membantu memperbanyakkan pertumbuhan sel ovum. Korang boleh rujuk dengan website lain untuk ketahui lagi khasiat buah Kiwi. Ini boleh diamalkan oleh suami juga ye.
Korang juga boleh amalkan minum minuman kesihatan Ningxia Red dari Young Living kerana mengandungi bahan semulajadi yang bagus untuk kehamilan jugak. Seperti Goji Berry, Pomegranate Juice, Wolfberries Juice, Blueberry Juice, Blueberry, Plum Juice dan Cherry Juice
#4. Jangan Tinggalkan Pengambilan Asid Folik
Ini adalah persediaan awal untuk korang rancang waktu kehamilan. Sebaiknya korang mulakan dari sekarang pengambilan Asid Folik 1 biji sehari, jika korang ambil waktu pagi teruskan waktu yang sama. Asid Folik bagus untuk menguatkan rahim, jadi ini persediaan korang untuk dikurniakan zuriat. Ada yang beritahu Mrsyanie jika korang tertinggal sehari ianya ibarat korang terpaksa memulakan kitaran yang baru. Jadi tolong jangan tinggalkan pengambilannya ye. Kita mencuba sehabis baik kerana pasti ada yang indah menanti. Lagi satu korang boleh dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu ye bagi sesiapa yang mempunyai alahan atau penyakit.
#5. Usaha Kaum Suami Juga Penting
Perkongsian petua untuk hamil bukan korang sahaja yang perlu usaha, malah kaun suami juga perlu berusaha bersama. Mrsyanie bagi suami Mrsyanie amalkan pengambilan produk Speman keluaran Himalaya. Korang diorang tak rajin beli, korang belikan. Jangan diorang mahu makan, macam Mrsyanie setiap pagi sediakan ubat Speman ini dan air siap-siap sebelum pergi ke kerja. Insya-Allah moga ianya membantu pertingkatkan kuantiti dan kualiti sperma.
#6. Waktu Pagi Waktu Segar
Kebanyakkan kita amalkan persetubuhan diwaktu malam, apa kata korang ubah waktu pulak. Bukanlah setiap hari tapi waktu pengiraan kesuburan wanita sahaja korang buat pada awal pagi. Mungkin dalam jam 4.00 pagi atau sebelum waktu Subuh. Boleh terus korang solat Subuh berjemaah kan. hihihi Maafkan Mrsyanie jika ianya sensetif bagi sesetengah orang tapi ini salah satu ikhtiar yang boleh kita lakukan. Kenapa waktu pagi? Ok ada yang maklumkan pada Mrsyanie waktu pagi badan kita akan kembali segar dan ianya adalah kitaran yang baru bagi setiap hari. Waktu malam boleh tapi kekadang malam adalah waktu untuk kita rehat sebelum kembali segar.
#7. Gunakan Ovulation OPK Untuk Waktu Subur
Ini salah satu cara untuk kita tahu waktu subur, waktu subur yang kemuncak adalah hanya 1 hari sahaja (ikut pada orang). Jadi kita perlu tahu waktu betul-betul kita subur. Alat ini telah disyorkan oleh adik ipar Mrsyanie, alat untuk mengetahui waktu subur kita. Bukan mahal pun Mrsyanie beli di website online Shoppe dengan harga RM12.00 sahaja untuk 15 unit Ovulation OPK dan 5 unit Early Pregnancy Test Strip UPT. Cara penggunaan nya mudah sangat sama macam korang uji UPT mengandung. Jangan risau nanti akan disertakan sekali panduan untuk mengujinya.
#8. Perkongsian Petua Untuk Hamil Dengan Mengurut
Ok Mrsyanie ada buat penambahan sedikit, antara salah satu ikhtiar yang Mrsyanie lakukan adalah dengan cara mengurut. Mengurut badan dan peranakan supaya berada dalam kedudukan yang baik. Yang ini korang boleh mengurut dengan mana-mana pakar urut ye. Tapi jangan salah mengurut ye, takut lain jadinya. Sebaiknya pilih pakar urut yang pandai membetulkan urat dan kedudukan rahim kita. Alhamdulillah Mrsyanie serasi dengan ada makcik dikawasan rumah ini. Apa pun ianya bergantung kepada individu tersendiri ye.
Sokongan Dan Usaha Sangat Penting
Dalam Perkongsian Petua Untuk Hamil ini, adalah penting untuk diingat bahawa setiap individu mempunyai pengalaman unik dalam perjalanan kehamilan. Walau bagaimanapun, dengan pengetahuan dan sokongan yang betul, korang boleh meningkatkan peluang kehamilan.
Sentiasa berbincang dengan pakar kesihatan korang, amalkan gaya hidup yang sihat, serta pastikan korang dan pasangan dalam keadaan fizikal dan mental yang baik. Selain itu, jangan lupa untuk memelihara hubungan yang mesra dan komunikasi yang baik antara suami isteri berdua.
Rezeki dari Allah SWT jadi kita tak tahu bila Allah SWT nak kurniakannya pada kita. Jangan mudah putus asa ye, tapi jangan terlelu tertekan pula. Bagi Mrsyanie kita amalkan ini jadikan sebagai rutin harian jew, insya-Allah bila sampai waktu Allah SWT akan berikan keindahan itu pada korang.
Bila jadikan rutin harian korang tak akan rasa terbeban atau tertekan dengan soalan bila dan ada zuriat ni. Insya-Allah Mrsyanie doakan semua yang membaca entry Mrsyanie ini dimurahkan rezeki dan kepada yang inginkan zuriat moga rezeki zuriat diberikan kepada korang aamin.
Sekarang Mrsyanie tengah nak belajar sedikit sebanyak mengenai baby pulak dan panduan untuk penjagaan baby. Siapa yang ada entry tentang kehamilan boleh korang kongsikan dalam komen ye. Insya-Allah boleh jadi panduan untuk Mrsyanie dan rakan yang lain. Doakan yang terbaik dan dilindungi oleh Allah SWT buat Mrsyanie dan kandungan ye, aamin.
Semoga petua-petua yang dikongsikan membantu korang mencapai impian untuk menjadi ibu, dan semoga perjalanan kehamilan korang penuh kebahagiaan dan kesihatan.
Good tips yanie
Susu kambing dan kurma tu baik untuk kesihatan. Semoga ada rezeki ai lepas ni. Thanks for sharing kak yanie.
Alhamdulillah .. take care Yanie..tak sabar k.sal nak tengok Yanie junior.
Alhamdulillah take care .. hee
Alhamdulillah yanie..tahniah..kebanyakan tips yanie share tu, saya mmg tengah praktikkan cuma belum rezeki lagi..tak pe, keep trying & positif.. hehe
alhamdulillah, semoga mereka yang teringin anak boleh ikut petua yanie..usaha dan terus usaha
Nice tips yanie..
Semoga beguna untuk semua
good sharing… Buah kiwi tu baru saya tahu benefitnya pada kesuburan wanita. TQ for the info yanie
alhamdulillah,semoga semuanya dalam keadaan baik,tahniah dari saya , jemput ke http://www.vitaminwawa.com/ , terima kasih …