
Assalamualaikum w.b.t | Jom Shopping Baju Raya di Pusat Pakaian Hari-Hari | Bila tiba Ramadan pasti ianya penuh dengan satu kenikmatan dan bulan yang penuh dengan kemuliaan. Hampir 2 tahun kebanyakkan kita tak bershopping baju Raya kan. Insya-Allah tahun ini permulaan tahun selepas berlakunya pandemik covid 19 untuk kita sambut Raya Aidilfitri bersama ahli keluarga serta sanak-saudara di kampung.

Teruja sangat nak shopping baju Raya tau tahun ini, lagi-lagi bila Babyfh dah semakin mengenal keriangan sambutan Raya dan pandai buat pilihan baju sendiri dah ye.
Korang dah shopping baju Raya ke?
Mamayanie sekeluarga lengkap dah persiapan baju Raya tahun ini dan paling terujanya masing-masing dapat 2 pasang baju Raya tau. Alhamdulillah rezeki Ramadan berganda-ganda dari Allah SWT buat kami sekeluarga.
Shopping Raya di Pusat Pakaian Hari-Hari
Tahun ini kami pilih shopping baju Raya di Pusat Pakaian Hari-Hari di Tanjung Malim jew. Memang tak larat nak jalan jauh buat masa sekarang. Tambahan pula ianya menawarkan promosi eksklusif dengan potongan harga dan siap ada free gift bagi pembelian RM100 keatas tau.
Bukan itu sahaja, pilihan disini juga ada pelbagai jenis dan design yang moden dan klasik. Untuk kaum lelaki korang boleh pilihan samada Kurta atau Baju Melayu dengan pelbagai jenis design dan warna. Begitu juga buat Baju Kurung, Baju Kurung Moden buat kanak-kanak dan dewasa perempuan. Selain itu, aksesori juga boleh didapati disini seperti Songkok dan Sampin.









Mamayanie memang suka beli baju pakaian harian dan jalan di Pusat Pakaian Hari-Hari untuk Babyfh tau. Harga yang berpatutan dan juga design pun cantik-cantik. Paling best sebab kebanyakkan baju kanak-kanak dia tawarkan sepasang terus. Tak perlu nak cari seluar lain, baju lain. Sebab itu tahun ini untuk persiapan Raya kami sekeluarga pilih di Pusat Pakaian Hari-Hari.
Baju Raya Sedondon Sekeluarga
Lebih menarik korang boleh dapatkan baju Raya sedondon untuk satu keluarga tau dengan pelbagai pilihan warna yang menarik. Semestinya Babyfh dengan Ensuami akan sedondon, Mamayanie pula senang nak cari warna yang sama bila beli satu kedai tau.



Kalau tak sebelum ini, jenuh pergi satu kedai ke satu kedai mencari baju warna yang sama. Disini juga ada pelbagai jenis design, korang boleh piliha baju Melayu atau jenis Kurta. Pilihan kami adalah Kurta sebab mudah untuk digayakan dan boleh dibawa berjalan secara santai jugak.
Oh untuk pengetahuan korang tahun ini Mamayanie shopping 8 item termasuk 3 Kurta, 1 blouse, 1 baju Kurung, 3 set baju jalan Babyfh dengan hanya RM326 sahaja tau di Pusat Pakaian Hari-Hari. Jimat banyak!
Promo Eksklusif Aidilfitri Pusat Pakaian Hari-Hari


Bermula 9 April ini! Tahu tak korang untuk Raya ini Hari-Hari ada bagi diskaun sebanyak 10% untuk pemegang kad Watsons! Selain itu, bagi pembelian RM100 keatas korang akan dapat percuma sampul raya dan bagi pembelian RM200 keatas percuma beg woven Hari-Hari. Sementara stok masih ada tau!
Ada lagi istimewa untuk pembelian Online korang akan dapat rebat 10%! Hari-Hari Online Store: www.ehari.com
Untuk maklumat lanjut:
Pusat Pakaian Hari-Hari Malaysia
90 cawangan seluruh Malaysia: www.hari.com.my/locator
Instagram: @harihariofficial
Shopee: https://shopee.com.my/harihari_
Till Next Entry ye!!!
Suka tengok telatah beli baju raya. Tapi lawa ye baju