Assalamualaikum w.b.t | Kesan Diabetes Pada Mata | Kesan diabetes pada mata yang boleh menyebabkan kesan paling teruk iaitu buta! Betul ke?? Adakah hanya untuk menakutkan pesakit? Kali ini Mamayanie terdetik untuk kongsikan mengenai kesan diabetes atau kencing manis yang teruk pada penglihatan.
Mungkin ramai yang tak ambil endah mengenai kesan diabetes pada mata khususnya. Betul ke memberi kesan sehingga boleh menyebabkan buta? Kebiasaan kita tahu kesan kencing manis yang tinggi akan menyebabkan luka lambat baik, ada jugak yang sehingga perlu potong kaki atau bahagian yang terluka kerana telah dijangkiti kuman dan sebagainya. Tetapi untuk pengetahuan korang antara kesan kencing manis yang perlu kita ambil berat jugak adalah dari segi penglihatan. Ya, boleh menyebabkan buta!
Apa itu Diabetes atau Kencing Manis?
Diabetes atau penyakit kencing manis ialah satu penyakit kronik yang berkaitan dengan kandungan gula (glukosa) yang tinggi dalam darah. Ia kini menjadi masalah atau penyakit global dalam masyarakat kini.
Ianya merupakan penyakit epidemik kerana
- Jangkahayat manusia yang semakin panjang
- Dari segi gaya hidup moden
- Dari segi faktor persekitaran khususnya pemakanan, obesiti dan aktiviti fizikal.
Kesan Diabetes Pada Mata
Salah satu kesan adalah kepada penglihatan / mata atau dikenali sebagai Diabetik Retinopati. Diabetik Retinopati ialah komplikasi diabetes yang menjejaskan mata. Paras gula yang tinggi dalam darah menyebabkan salur darah tersumbat dan terhasil salur darah baru yang rapuh dan mudah pecah. Ia disebabkan oleh kerosakan pada saluran darah tisu sensitif cahaya di bahagian belakang mata (retina) dan mengakibatkan penglihatan mata merosot seterusnya boleh menyebabkan kebutaan.
5 Tanda-Tanda Diabetik Retinopati:
- Penglihatan kabur atau beralun.
- Penglihatan yang kerap berubah-ubah dari hari ke hari.
- Terjadinya tompokan gelap di kawasan tertentu dalam medan penglihatan atau hilang penglihatan.
- Lemah dalam menentukan warna.
- Bintik-bintik atau seolah-olah terapung dalam bahagian mata(floaters).
- Mata sentiasa merah.
Jenis Diabetik Retinopati:
- Retinopati tanpa proliferasi – Biasanya tidak mengganggu penglihatan. Berlaku sedikit pendarahan akibat salur darah retina yang bocor.
- Pembengkakan makular – Ia terjadi akibat cairan retina yang bocor dan ia boleh merosakkan penglihatan tengah
- Retinopati proliferasi – Berlaku apabila salur darah baru yang tidak normal dan rapuh terbentuk di mana salur darah ini mudah pecah dan mengakibatkan pendarahan dalam mata yang menyebabkan hilang penglihatan secara tiba-tiba. – sumber dari http://www.myhealth.gov.my/
Bagaimana Cara Untuk Mencegah Dari Berlakunya Diabetik Retinopati?
Untuk menghindari atau mengurangkan kesan diabetes pada mata ianya amat penting untuk kita kawal paras gula dalam darah, kawal tekanan darah, berhenti merokok (bagi yang tegar merokok), lakukan senaman secara berkala, kekalkan berat badan yang ideal dan paling penting lakukan pemeriksaan mata setiap tahun.
Penyakit Diabetik Retinopati tidak menunjukkan gejala di peringkat awal. Ujian saringan atau pemeriksaan mata adalah sangat penting untuk pengesanan awal agar rawatan dapat diberikan segera. Jangan tunggu sehingga keadaan semakin teruk kerana kehilangan penglihatan mungkin boleh dicegah dan dirawat sekiranya dapat dikesan di peringkat awal. Pastikan pemeriksaan mata yang komprehensif dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun sebelum penyakit diabetik retinopati merosakkan penglihatan anda.
Bolehkah Optometris mendiagnosis Diabetik Retinopati?
Pemeriksaan mata standard tidak akan mengesan Diabetik Retinopati, tetapi pemeriksaan dengan teknik tertentu boleh mengesannya. Individu yang berumur 60 tahun atau lebih sangat digalakkan membuat pemeriksaan dimana Mamayanie boleh syorkan selain dari buat pemeriksaan di klinik/hospital pakar mata. Boleh juga buat pemeriksaan di Optom Eyecare Optometris.
Untuk pengetahuan korang gambar mata diatas ini adalah dari pemeriksaan mata di Optom Eyecare Optometris yang dikongsikan oleh umminani.com.
Apa yang kelebihan Optom Eyecare Optometris?
Optom Eyecare Optometris merupakan klinik penjagaan khas untuk pemeriksaan kesihatan & terapi penglihatan. Selain dari menyediakan perkhidmatan barangan optik berjenama ianya 100% dikendalikan oleh optometrist berpengalaman dan mempunyai mesin atau alat yang khas untuk pemeriksaan mata secara mendalam. Mereka juga mempunyai 4 mesin khusus untuk pemeriksaan mata secara menyeluruh dan penilaian penjagaan mata secara klinikal profesional.
Pemeriksaan mata bukan hanya digalakkan untuk pesakit kencing manis malah tanpa mengira usia juga perlu membuat pemeriksaan mata secara berkala. Ianya untuk mengesan dan pencegahan awal dari berlakunya kerosakkan pada penglihatan kita.
Korang tak perlu bimbang, Optom Eyecare Optometris sedia untuk membantu dan korang hanya perlu buat temujanji di talian Whatsapp : wasap.my/601111479093.
Untuk maklumat lanjut:
Optom Eyecare Optometris Bangi
Alamat : No. 37 Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor (Berdekatan Marrybrown).
Waktu Operasi : 9.00 am – 8.00pm (Setiap Hari)
Instagram: Optom Eyecare
Facebook: Optom Eyecare
Till Next Entry ye!!!
Bahaya diabetis ni, jangan main-main!