
Masalah Psikologi Sering Dihadapi Oleh Ibu Lepas Bersalin | Tekanan emosi atau masalah psikologi boleh berlaku buat sesiapa sahaja yang mengalami masalah. Masalah ini juga sering berlaku kepada ibu yang baru lepas bersalin. Sebab itu orang dulu-dulu selalu pesan jaga waktu berpantang dengan baik. Atasi masalah tekanan emosi dengan jauhi diri dari tekanan atau gangguan samada dari orang atau persekitaran sekeliling kita.
Mamayanie tidak terkecuali dari hadapi tekanan atau stress selepas bersalin. Almaklumlah hampir 5 tahun jugak baru dikurniakan semula rezeki rasai bersalin dan zuriat kedua dengan usaha ikhtiar zuriat dengan izin Tuhan. Kita perlu ubah masa tidur, masa untuk diri sendiri dan perlu bijak dalam bahagi masa untuk anak sulung juga. Ada masa membuatkan diri kita tekanan untuk mengendalikan situasi itu.

Masalah Tekanan Emosi
Apa itu Tekanan Emosi?
Tekanan emosi adalah satu isu kesihatan mental yang sering dihadapi oleh individu di dalam kehidupan moden yang penuh cabaran. Ia merujuk kepada perasaan yang terbeban dan tertekan akibat tuntutan, cabaran, atau situasi yang menimbulkan emosi negatif seperti kebimbangan, kemarahan, atau kesedihan. Tekanan emosi yang tidak terurus boleh menyebabkan masalah kesihatan mental yang lebih serius seperti masalah kemurungan atau depression.
Punca Tekanan Emosi Yang Dihadapi Oleh Ibu Lepas Bersalin
- Perubahan hormon – Ibu lepas bersalin mengalami perubahan hormon yang drastik, termasuk penurunan hormon estrogen dan progesteron, yang boleh menyebabkan perasaan susah hati dan bimbang.
- Kurang tidur – Proses penjagaan bayi yang memerlukan penyusuan dan pemantauan setiap masa boleh mengganggu proses tidur ibu, menyebabkan keletihan dan tekanan emosi.
- Tanggungjawab baru – Menjadi ibu membawa tanggungjawab yang besar untuk menjaga dan membesarkan bayi yang baru lahir yang mana jika tiada sokongan orang lain ianya boleh menimbulkan tekanan kepada ibu.
- Perubahan identiti – Ibu mungkin menghadapi perasaan ketidakpastian tentang identiti baru mereka sebagai ibu, serta perubahan dalam peranan dan kehidupan sosial mereka.
- Sokongan sosial – Kurangnya sokongan sosial yang mencukupi dari keluarga atau rakan-rakan juga boleh menyebabkan tekanan emosi pada ibu lepas bersalin.
Oleh itu, adalah penting untuk memahami cara mengatasi tekanan emosi dengan berkesan. Dalam entry kali ini Mamayanie akan kongsikan cara atasi tekanan secara aktiviti dan 5 cadangan essential oil yang boleh diamalkan dan digunakan untuk mengatasi tekanan emosi dengan lebih efektif dan menyokong kesejahteraan emosi terutamanya buat ibu yang lepas bersalin.

Cara Atasi Masalah Tekanan Emosi Dengan Melakukan Aktiviti
Setelah melahirkan anak, ibu sering menghadapi masalah tekanan emosi yang tinggi. Bagi mengatasi masalah ini, berikut adalah beberapa cara melalui aktiviti yang boleh membantu:
# Berbicara dengan Rakan, Keluarga atau Kumpulan Sokongan
Ibu yang lepas bersalain boleh luahkan apa yang dihadapi (pengalaman), bertukar cerita atau perasaan dengan orang terdekat, orang yang boleh dipercayai atau orang yang berfikiran positif. Ianya membantu ibu melepaskan emosi serta merasa didengar dan difahami. Selain itu, ibu boleh berkongsi pengalaman dan mendapat nasihat daripada yang lain yang mengalami perkara yang sama.
# Atasi Masalah Tekanan Emosi dengan Senaman Ringan
Senaman yang ringan seperti senaman yoga atau jalan santai membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan mood. Senaman ringan juga membantu mengembalikan tenaga tubuh.
# Melibatkan Diri dalam Hobi
Melibatkan diri dalam hobi kegemaran membantu mengalihkan fokus dari tekanan. Aktiviti yang disukai seperti membaca, melukis, atau berkebun boleh membantu ibu merasa lebih tenteram.
# Meluangkan Masa dengan Anak
Anak-anak atau bayi baru lahir ada aura yang boleh menyejukan hati seorang ibu. Luangkan masa dengan anak-anak berdua sahaja tanpa berfikir urusan lain dan fokus bermain dengan mereka dapat mengurangkan rasa tekanan secara tidak langsung.
# Menjaga Diet Sihat juga Satu Cara Atasi Masalah Tekanan Emosi
Makan makanan seimbang dan sihat membantu jugak dalam penjagaan kesihatan mental. Makanan yang kaya dengan zat-zat yang membantu mengurangkan tekanan seperti omega-3 (dalam ikan) boleh membantu.
# Menyusun Masa dengan Baik
Menjadualkan masa sebaiknya untuk bersama bayi, istirahat, dan diri sendiri membantu mengurangkan rasa tertekan. Pengurusan masa yang baik memberikan perasaan kawalan.
# Mengamalkan Teknik Relaksasi
Mengamalkan teknik pernafasan dan meditasi dengan aroma essential oil membantu mengurangkan kegelisahan dan meningkatkan ketenangan. Antara essential oli yang sesuai Mamayanie kongsikan di bawah.
# Beristirahat Cukup
Tidur yang mencukupi penting bagi pemulihan fizikal dan emosi. Minta bantuan daripada pasangan atau ahli keluarga untuk menjaga bayi supaya ibu dapat beristirahat untuk kembali pulih segar.
# Berbicara dengan Pakar
Jika tekanan emosi terus berlarutan, berbicaralah dengan pakar kesihatan seperti psikologi atau kaunselor untuk mendapatkan nasihat dan bantuan selanjutnya.
Melalui aktiviti-aktiviti ini, ibu yang lepas bersalin dapat mengatasi tekanan emosi dan merasakan kesejahteraan yang lebih baik dalam peranan barunya sebagai ibu. Malah ianya membantu badan pulih dan segar semula untuk meneruskan kehidupan harian sebagai seorang yang bergelar ibu.
Cara Atasi Masalah Tekanan Emosi dengan Teknik Relaksasi bersama Aroma Essential Oil
Salah satu aktiviti bagi mengurangkan tekanan emosi yang Mamayanie kongsikan diatas adalah mengamalkan Teknik Relaksasi. Teknik relaksasi merujuk kepada pelbagai kaedah atau amalan yang bertujuan untuk mengurangkan tekanan dan kegelisahan dalam tubuh dan minda.
Jenis Teknik Relaksasi
- Pernafasan yang mendalam
- Pengimbasan visual (gambaran)
- Latihan meditasi (regangan)
Setiap teknik ini membantu untuk mengurangkan ketegangan otot, menstabilkan denyutan jantung, dan mengurangkan aktiviti mental yang berlebihan. Melalui praktik berterusan, teknik ini membantu seseorang mencapai keadaan tenang dan damai, serta meningkatkan kesedaran terhadap perasaan dan tubuh.
Cadangan 5 Pilihan Essential Oils Dalam Atasi Masalah Tekanan Emosi
Dalam teknik relaksasi, ibu yang lepas bersalin boleh amalkan jenis teknik pernafasan yang dalam dengan tambahan aroma yang membantu menenangkan dan membantu mengurangkan tekanan emosi.
#1. Lavender
Ini essential oil paling Mamayanie suka tau, bau aroma bunga Lavender sangat menenangkan. Aroma Lavender ini mampu memberikan perasaan (mood) yang baik dan ianya mambantu dalam melawan tekanan emosi yang ada dalam seseorang.
Dalam terbitan International Journal of Psychiatry in Clinical Practice, menyatakan bahawa 80 miligram kapsul essential oil Lavender boleh membantu dalam mengurangkan Anxiety dan tekanan. Ia membantu hampir 32.7 peratus penurunan tekanan dan meringankan masalah gangguan tidur.
Cara: Ibu-ibu boleh diffuse essential oil Lavender ini atau boleh juga sapu dibelakang telinga serta inhale kan aromanya.
Macam Mamayanie akan diffuse kan essential oil Lavender dengan campuran essential oil Cedarwood bagi lagi aroma yang tenang. Korang akan rasa seperti bau-bau dalam hutan bersama bunga Lavender.

#2. Citrus (Bergamot/ Citrus/ Lemon / Orange)
Bau-bauan daro aroma citrus seperti essential oil Lemon, Orange, Citrus (campuran), dan Bergamot meningkatkan lagi perasaan (mood) yang lebih segar dan nyaman. Aroma citrus ini dapat melegakan tekanan, membatu diri lebih segar, tidur yang baik dan dapat mengurangkan simptom kemurungan.
Ia juga boleh membantu mengurangkan rasa kebimbangan dan resah yang dihadapi oleh ibu yang lepas bersalin. Sebab itu orang dulu-dulu suka amalkan mandian limau purut (Bergamot) untuk kesegaran badan.
Pada yang suka bau-bauan citrus korang patut mencuba aroma ini.
Cara: Boleh diffuse dengan essential oil yang jenis aroma Citrus atau korang boleh juagk jadikan ianya air mandian. Caranya ibu boleh titiskan beberapa drop essential oil dari aroma Citrus kedalam air mandian (hati-hati ketika mandi supaya elak dari termasuk mata).
#3. Frankincense
Essential oil Frankincense atau kebiasaan orang akan sebut minyak kemenyan Arab. Ia merupakan minyak dari sumber getah pokok Boswellia. Bau aromanya lebih kepada aroma kayu yang pedas dengan khasiat yang luar biasa. Ianya juga disebut sebagai “King Of Oil” kerana mempunyai 1001 khasiat yang bagus diamalkan.
Oil ini juga membantu dalam sistem imuniti dan dapat meningkatkan peredaran darah dengan baik serta dapat mengurangkan rasa tekanan.
Cara: Boleh diffuse atau boleh titiskan beberapa drop ke atas ubun-ubun kepala serta sapukan dibahagian tapak kaki.
#4. Joy
Joy merupakan essential oil gabungan (blend) yang mana ianya digabungan dengan beberapa jenis essential oil untuk menghasilkan essential oil Joy. Antara essential oil yang terkandung dalam Joy adalah
- Bergamot
- Ylang Ylang
- Geranium
- Lemon
- Coriender
- Jasmine
- Tangerine
- Roman Chamomile
Setiap gabungan essential oil ini mempunyai khasiat yang tersendiri. Ia membantu dalam melegakan rasa kemarahan, tingkatkan diri dari rasa putus asa, kekecewaan, kesedihan, membantu mengurangkan keresahan dan kebimbangan.
Malah aroma ini dapat meningkatkan rasa kasih sayang, gembira, kebahagian, harmoni dan kemesraan yang dicipta oleh bau haruman Joy pada hati, minda dan jiwa.
Cara: Boleh diffuse essential oil Joy atau letak satu drop pada tapak tangan dan sedutkan aroma secara dalam (deep inhale).
#5. Stress Away™ atau YL Haven
Essential Stress Away™ merupakan nama lama yang kini dipanggil YL Haven. Aromanya dapat mengurankan rasa emosi negetif dan keresahan pada diri.
YL Haven ini juga merupakan essential oil gabungan antaranya gabungan essential oil:
- Vanilla
- Lime
- Copaiba
- Cedarwood
- Ocotea
Aroma nya sangat menenangkan kerana ada gabungan essential oil Vanilla, yang mana kita tahu Vanilla bau yang sangat manis. Tambahan pula aroma nya boleh tingkatkan rasa ketenangan dan mengurangkan rasa tekanan emosi. Ia juga boleh mengurangkan rasa ketegangan saraf, tingkatkan perasaan (mood) yang baik dan merelakskan.
Cara: Boleh diffuse atau boleh sapukan pada leher dan pergelangan tangan. Selain itu, essential oil ini boleh juga dijadikan minyak urut dengan campuran atau gabungkan oil carrier (V6 oil).

Atasi Masalah Tekanan Emosi Dengan Baik
Dalam mengatasi masalah tekanan emosi, penting untuk mengambil langkah-langkah positif yang sesuai dengan keperluan individu. Melalui komunikasi terbuka, aktiviti sampingan yang baik, teknik relaksasi, sokongan sosial, dan pengurusan diri yang baik, tekanan emosi dapat dikendalikan dengan lebih efektif.
Setiap individu perlu mengenali keperluan dan batasan diri sendiri, serta mencari bantuan profesional jika perlu. Dengan usaha dan kesabaran, mereka boleh mencapai kesejahteraan emosi yang lebih baik, memberi ruang untuk lebih menikmati perjalanan kehidupan dan menghadapi cabaran dengan keyakinan.
Dapatkan Essential Oil Young Living
Bagi yang berminat untuk dapatkan essential oil Young Living dengan distributor yang berdaftar boleh hubungi : https://linktr.ee/yleoyanie atau layari instagram yleo.yanieyusuf.
Setiap cara yang dikongsikan ini bukan sahaja boleh diamalkan oleh ibu lepas bersalin malah ia juga sesuai untuk sesiapa sahaja yang mengalami masalah tekanan emosi. Jadi jangan biarkan masalah tekanan emosi ini mengganggu diri dan hadapi dengan baik.
Semoga ianya bermanfaat buat semua.
Till Next Entry ye!!!
Leave a Reply