Assalammualaikum w.b.t

Bukan Boros Tapi Sekali Sekala Bila Ke Negara Orang | Ingatkan dah entry terakhir rupanya ada lagi lah entry Trip Honeymoon Ke Bali. hihi Jangan bosan ye, asyik entry Bali je kan, tapi Mrsyanie nak kongsikan dengan korang antara lokasi restoran sajian menu khas Indonesia yang sempat Mrsyanie rasai. Kali ini restoran yang Mrsyanie nak pergi ni bukan dicadangkan oleh Pak Supir tapi Mrsyanie yang request kerana tergoda dengan entry percutian blogger Ida Baharum. Bila dah tergoda redha jelah ye Mrlaling yang akan membayar kos makan kami hihihi..

Sekitar di Restoran Bale Udang Mang Engking Kuta Bali Indonesia
Restoran Bale Udang Mang Engking Kuta Bali

Restoran Mewah Bale Udang Mang Engking Kuta Bali

Ada yang kata ruginya makan habis berpuluh ringgit tapi bagi Mrsyanie walaupun mahal tapi biarlah rasanya sedap dan kuantiti berbaloi dengan harga. Tambahan pula persekitaran dan suasana restoran yang sangat selesa. Bukan kata makanan murah tak sedap, ada je dekat Bali ini Mrsyanie makan Bakso tepi jalan yang sedap dangat berbeza dari Malaysia tau. Pak Supir Yanto yang bawakan dan yang pasti halal, itu untungnya ambil Pak Supir di Bali. (Cerita Bakso belum storykan hihih maaflah ye tertinggal entry tu hihi..Nanti Mrsyanie updated).

Restoran Mewah Bale Udang Mang Engking Kuta Bali
Restoran Mewah Bale Udang Mang Engking Kuta Bali
Restoran Bale Udang Mang Engking Kuta Bali
Pintu masuk Restoran Bale Udang Mang Engking Kuta Bali
Restoran Bale Udang Mang Engking Kuta Bali
Jenis Bale Kambang
Restoran Bale Udang Mang Engking Kuta
Jenis Bale Tanjung dan Bale Agung

Bukan selalu pun kita travel ke satu tempat tu banyak kali, jadi tak salah kita mencuba ikut bajet kita kan. Lagipun Mrsyanie dah planning bajet sebelum trip dijalankan ikut apa yang kita nak dalam perjalanan percutian yang kita rancang. Restoran Mewah Bale Udang Mang Engking Kuta Bali merupakan restoran yang menyajikan menu asli Indonesia serta menampilkan konsep susunan restoran yang unik. Ianya menyediakan 4 jenis fasiliti tempat duduk iaitu jenis Bale Kambang, Bale Tanjung, Bale Agung dan Bale Paseban.

Mrsyanie ambil yang jenis Bale Kambang iaitu konsep outdoor dengan menggunakan dangau atau pondok kecil. Ianya terletak diatas kolam ikan dengan gaya santai. Sangat menarik tau sebab korang sambil makan boleh tengok ikan dan Mrsyanie siap taburkan nasi pada ikan tu haha.. Banyak ikan tau dalam kolam tu yang pasti ikan tu diorang tak guna untuk sajian ye. hihi.. Jangan risau..

Restoran Bale Udang Mang Engking Bali
Dangau / Pondok kecil terletak di atas Kolam Ikan
Bale Udang Mang Engking Kuta Bali
Lebih Santai dan Selesa
Kemudahan Restoran Bale Udang Mang Engking Kuta Bali
Menarik Tempat Basuh Tangan di Setiap Pondok

Harga & Menu Restoran Bale Udang Mang Engking Kuta

Harga disini agak mahal berbanding makan di restoran lain yang Mrsyanie cuba tetapi memang sedap masakannya. Ada pelbagai menu dari menu utama hingga pencuci mulut. Kami order menu set kerana agak berbaloi harganya cuma set ini korang perlu ambil untuk 4 orang makan, kami baru bertiga ermm.. Tak kisah ambil je untuk 4 orang makan sebab masih dalam harga yang berbaloi dan korang boleh makan banyak haha..

  • Harga makan kami untuk 4 orang adalah IDR 223 101, duit Malaysia lebih kurang RM72.00
  • (Rate matawang yang Mrsyanie tukar di Malaysia: RM 321.45 = Rp 1,000,000.)
Minuman di Restoran Bale Udang Mang Engking Kuta Bali
Teh O Ais dengan Pudina, Minuman Set
Menu di Restoran Bale Udang Mang Engking Kuta Bali
Set Makanan Yang Diorder IDR 223,101.00

Mrsyanie siap order pencuci mulut namanya Mrsyanie lupa tapi ia dari sagu, mangga dan susu santan. Rasanya sedap, manis dan berlemak. Itu pun payah nak habiskan sebab dah kenyang sangat makan nasi dengan laut yang lazat serta sambal pedas yang awesome nikmat.

Waktu operasi bagi Restoran Mewah Bale Udang Mang Engking Kuta Bali : 11.00 pagi – 22.00 malam. Restoran Bale Udang Mang Engking ada 2 cawangan iaitu di Kuta dan di Ubud. Ia juga merupakan pemenang bagi Bali Tourism Award 2015-2016, Bali’s Leading Thematic Restaurant. Tahniah!

Untuk Maklumat Lanjut:

Bale Udang Mang Engking – Kuta

Alamat: Jln. Nakula No. 88, Sunset Road, Kuta 80361, Bali – Indonesia

No. Telefon: +62 361 894 7119 atau +62 361 370 0660

Email tempahan: rsv.kuta@baleudang.com

Email: sm.kuta@baleudang.com

Website: http://www.baleudang.com/kuta/

Boleh jugak klik entry dibawah:

 

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

You may also like

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *