Assalammualaikum w.b.t
Trip Honeymoon Bali Indonesia Part 2 | Percutian honeymoon kali ini Mrsyanie bawa orang ke Bali yang merupakan satu kepualauan Indonesia yang sangat terkenal dengan keindahan pantainya. Ianya merupakan salah satu pusat pelancongan antarabangsa, tak kira lah mana-mana pelancong pasti akan ke sana untuk melihat sendiri keunikkan dan keindahan pantai Bali. Percutian Mrsyanie kali ini hanya untuk 3 hari 2 malam, aik kejap je kan cukup ke ?

Bali Indonesia Percutian Pilihan Honeymoon
Sejujurnya memang tak cukup jika korang bercadang untuk explore kepulauan Bali, tapi disebabkan cuti dan voucher yang diberikan terhad. Kami tak kisah janji dapat jejakkan kaki ke Bali yang menjadi pusat perlancongan terkenal bagi seluruh dunia. Banyak kali dah Mrsyanie honeymoon ye..hihih Sebenarnya ianya percutian biasa je, tapi Mrsyanie lebih suka gelarkan sebagai percutian honeymoon baru rasa ada kemanisan dalam bercuti seperti baru berkahwin. Tambahan pula Bali Indonesia percutian pilihan honeymoon bagi setiap pasangan yang baru berkahwin.
Mungkin sebab itu orang kekadang orang kata asyik honeymoon je, bak orang Perak kata .. Ate dah rezeki kami nak bercuti berdua, kalau bertiga atau berempat kelak pun kami akan panggil honeymoon gak ye yeop hahah..Tak kisahlah janji kami bahagia dunia akhirat, doakan tau..

Patutlah ramai je kata Bali ini lokasi percutian honeymoon, sebab ramai je pasangan yang bercuti disini.hihi Salah satu sebab Mrsyanie nak sangat datang ke Bali kerana Bali Indonesia percutian pilihan honeymoon. Kenapa orang akan kaitkan Bali dengan percutian honeymoon yek?. ermm.. Bila buat carian dalam internet lokasi percutian honeymoon luar negara mesti salah satu lokasinya adalah Bali. Best sangat ke Bali ini sehingga menjadi bualan ramai? cewahh..(niat dalam hati nak berjalan je Mrsyanie haha)
Trip Bali Day 1:
Tiket flight ke Bali Mrsyanie pada jam 4.55 pm. Kenapa ambil petang? Yup agak rugi sebenarnya kalau ambil tiket petang sebab sampai dah nak malam, tak boleh buat sebarang aktiviti. Tapi waktu itu sahaja yang masih kosong, jadi cover pulak waktu balik itu. Waktu pulang ke Malaysia, tiket flight Mrsyanie dapat malam. Boleh lah seharian lagi berjalan di Bali. Rezeki Mrsyanie kali ini dapat naik Malindo Air pulak. Menarik sangat dan pelbagai kemudahan disediakan oleh Malindo Air. Nanti Mrsyanie cerita ye kemudahan yang disediakan oleh Malindo Air. Malindo Air lokasi nya di KLIA, fuh lama kot tak naik dari KLIA. Biasa naik di KLIA2, almaklumlah mencari tiket flight murah je.hihi..

Kami sampai sekitar jam 8.00pm dimana waktu di Indonesia tetap sama dengan Malaysia, cumanya di Bali waktu siangnya lebih cepat dan malamnya pun cepat. Jam 8.00pm itu pun dah gelap seperti jam 9.00pm tau. Kalau pagi nya pula jam 6.00am dan seperti jam 7.30am Malaysia cerahnya.
Perjalan kami dari Malaysia ke Bali Indonesia selama 3 jam. Sepanjang perjalanan cuaca agak baik sehingga lah kami sampai ke kawasan udara Bali, hujan renyai-renyai. Tapi alhamdulillah perjalanan kami selamat dan dipermudahkan.

Tiba di Bali Indonesia
Kalau korang nak tahu, sebelum Mrsyanie terbang ke Bali. Mrsyanie dah buat persediaan awal dengan menempah tour guide atau mesra di panggil Pak Supir. Mrsyanie dapat pun dari baca blog kawan blogger Ida Baharum. Terima kasih Ida macam wangi..hihi.. Lagipun Mrsyanie pergi dengan waktu yang singkat, kalau nak terjah sendiri secara backpack memang jenuh ler. Cuma pesanan Mrsyanie lebih baik korang ambil Pak Supir ye untuk mengelak dari korang ragu-ragu untuk mencari kedai makanan. Siapa Pak Supir yang Mrsyanie ambil? Namanya Encik Ari Yanto. Nanti Mrsyanie ceritakan ye dalam entry khas.
Setiba kami di Bali, fuh lega dapat juga sampai ke salah satu lokasi impian Mrsyanie. Kami lah paling akhir turun dari flight yelah Mrlaling nak bergambar dengan pramugari katanya. haha.. Mrsyanie ikutkan je lagipun boleh Mrsyanie bergambar sama. haha..
Masuk je ke Lapangan Terbang Denpasar Bali Indonesia, wow siap ada ukiran dan karya seni lagi. Memang menarik dan melambangkan yang Bali ini penuh dengan kesenian dan keunikkan. Besar juga lapangan terbang sana dan moden walaupun mengekalkan kesenian.
Keluar je dari lapangan terbang, Mrsyanie dan Mrlaling terus cari Pak Supir kami. Wah ramai sangat Pak Supir yang tunggu diluar pintu keluar lapangan terbang ketibaa. Jenuh mencari mana satu lah kami punya, nasib baik dah siap tanda nama Yanie Yusuf pada kertas putih yang dipegang oleh Pak Supir. Pelik juga aik ini siapa sebab Encik Ari lain rupanya. Ermm.. Rupanya Encik Ari tak dapat ambil kami kerana ada urusan keluarga jadi pekerjanya yang ambilkan kami. Mesra juga orangnya dan ramah, namanya Encik Rizki.
Sebelum dia hantar kami ke hotel, kami dibawa makan malam dahulu. Restoran ini dikatakan sangat terkenal dikalangan pelancong, katanya wajib rasa jika datang ke Bali. Apa restoranya? Nanti Mrsyanie cerita ye. Sabar satu-satu ye hihi.. Hotel penginapan kami namanya Hotel 7 Days Premium yang bertaraf 3 bintang dan terletak di Kuta Bali. Hari dah lewat kami sampai jadi tak tau cantik ke tak hiasan hotelnya, depan dan kawasan kaunter menarik dan tersusun. Tak sabar cerita pasal hotel jugak ni. Oklah sambung entry seterusnya ye. Mana nak cerita dulu ye hihi..
Bestnya..jeles tengok
Saya pernah pergi sekali dengan wife, memang best sangat2.. terasa nak pergi lagi je
harap dapat pergi berdua nanti dengan suami hehe
Salam,
Entry yang menarik!! Nak berkongsi dengan semua pembaca…
Saya ada menyediakan ground pakej ke Bukittinggi Padang, Medan,Pekanbaru,Bali,Aceh,Jogja atau mana mana destinasi seluruh Indonesia dengan harga yang menarik.Kepada anda yang baru pertama kali nak melancong,kami sarankan anda guna kan khidmat kami.Semua urusan dilakukan di Malaysia untuk lebih selamat..,murah.. dan meyakinkan.Urusan tiket kapalterbang juga boleh saya uruskan.
Pelbagai pakej ke seluruh Indonesia juga tersedia.Nyatakan destinasi anda dan kami sediakan semuanya.
Hubungi saya ditalian 0126665436 (call/sms/whatsapp) Atau email saya di: aziman68@gmail.com
Sebarang pertanyaan akan kami layan.
Atau boleh juga tinjau-tinjau Blog kami untuk pelbagai info:
http://freelancetour.blogspot.com/
Mohon maaf Tuan & Puan, kami numpang promotion
Kami menawarkan Pakej Percutian ke Medan dan Danau Toba
Lake Tour 04 Hari / 03 Malam MYR 380 ( 10 orang )
Pakej kami design sangat murah dan berkualitas
FULL SERVICES
Hotel 3 Bintang
Makanan Halal
Driver humble
Pemandu Pelancongan professional
Sila contact Tiara Tours Indonesia
Jln. Panglima Denai No. 76 Medan, 20227
Licensed : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
Tel/Fax : +6261 – 733 59 765
Email : tiaratoursindonesia@gmail.com.
HP / WA +6281383535091
HP / WA +6285358982828
HP / WA +6285762820068
TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN
Toyota Avanza (05 orang ) MYR 155 / Hari
Suzuki Eritga (05 orang ) MYR 155 / Hari
Inova Reborn (05 orang ) MYR 175 / hari
Isuzu Elf (11 orang ) MYR 235 / Hari
Toyota Hiace (11 orang ) MYR 320 / Hari
Medium Bus ( 27 orang ) MYR 500 / Hari
Note :
HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL