Assalammualaikum w.b.t
Trip Honeymoon Bali Indonesia Part 5 | Percutian kami kali ini menginap di salah sebuah hotel bertaraf 3 bintang di kawasan Kuta Bali. Hotel ini diuruskan oleh pihak agensi Tourist Guide yang mana Mrsyanie ambil pakej sewaktu promosi yang dijalankan. Untuk promosi korang boleh baca sini. Di Bali korang boleh mencari pelbagai jenis hotel mengikut kehendak dan citarasa korang.
Hotel 7 Days Premium Kuta Bali Indonesia
Hotel 7 Days Premium Kuta Bali Indonesia, hotel yang terletak di Kuta Bali yang merupakan kawasan bandar bagi Bali. Walaupun Kuta bukanlah kawasan yang menjadi tumpuan khusus pelancong tetapi ianya juga menjadi salah satu lokasi yang bagus untuk penginapan. Yelah selalunya orang akan ambil hotel di kawasan pantai tapi kalau nak ke suatu tempat lain agak jauh berbanding di Kuta.
Tak jauh dari lapangan terbang lebih kurang 10 minit. Kami sampai pun da lewat malam tapi pihak hotel telah dimaklumkan oleh agensi bahawa tiket flight kami agak lewat. Jadi korang jangan risau, diorang akan ada rekod setiap pelanggan yang datang. Sampai sahaja pekerja kaunter dapat agak bahawa kami dari Malaysia dan diorang dah siap ada nama Mrsyanie. Ramah dan mesra pekerjanya dan siap kami diberi ”welcome drink” walaupun dan lewat kami sampai.
Bilik Hotel 7 Days Premium
Disebabkan kelewatan memang tak nampak lah dekorasi dan suasana sekeliling hotel, jadi kami terus naik ke bilik untuk berehat. Perut dah kenyang makan Ayam Tulang Lunak sebelum ke hotel memang lagi memukau mata ini supaya lebih layu haha.. Masuk je bilik wah alhamdulillah puas hati bilik namak selesa dan kemas.
Walaupun keluasannya tak besar tetapi cukup selesa untuk 2 orang dengan pelbagai kemudahan yang disediakan. Risau lah sebab takut biliknya kurang selesa, Mrsyanie dah fikir jika tak selesa memang dah cabut cari hotel lain. Tapi fuh lena kami tidur dengan tilam yang empuk dan penghawa dingin yang sejuk.
Semua kemudahan yang ada di hotel biasa tetap. Kopi dan Teh pun disediakan untuk pelanggan hotel menggunakannya. Wajib untuk lihat kebersihan hotel bergantung kepada kebersihan bilik airnya. Dan bergambar dalam bilik terus usha bilik airnya. Memang bersih dan tersusun dengan rapi tuala dan sebagainya.
Tidur kami memang lena dan selesa. Walaunpun hotelnya betu-betul terletak didepan jalan raya tetapi nasib baik tiada sebarang lumba haram atau bunyi motor atau kereta disini. Sunyi sahaja tau dan tenang untuk kami tidur. Keesokkanya pula baru kami dapat melihat sekeliling hotel.
Sarapan juga disediakan oleh pihak hotel tau, jangan risau ianya hotel yang halal dan bersih. Disini sarapa pagi tidak semewah di Malaysia. Tiada buffet style tau untuk sarapan pagi. Mereka menyediakan mengikut apa yang diorder dan menu boleh dipilih oleh pelanggan. Hanya 1 hidangan untuk 1 orang sahaja dan setiap hidangan disediakan dengan pencuci mulut iaitu buah-buahan potong.
Jom lihat sekeliling hotel, siap ada kolam renang yang cantik tau.
Kemudahan Fasiliti Hotel
Lokasi bilik kami di tingkat 1 dan bilik Mrsyanie dekat sahaja dengan lift. Keluar lift terus ke kiri jumpa bilik. Sebelum nak keluar mesti nampak kolam yang tenang dan cantik tau. Cumanya Mrsyanie tak cukup masa untuk mandi kolam, rugi kan tapi tak apa sebab percutian yang singkat memang tak sempat nak buat semua aktiviti.
Mrsyanie sangat puas hati dengan layanan dan perkhdimatan yang disediakan oleh pihak hotel. Bagi korang yang tengah mencari penginapan ang bajet untuk bercuti di Bali boleh mencuba Hotel 7 Days Premium Kuta Bali Indonesia tau. Apa yang penting bagi Mrsyanie biarlah hotel itu selesa dan bersih supaya kita dapat rehatkan badan setelah penat berjalan diwaktu siangnya. Korang boleh tempah dengan menggunakan mana-mana laman web hotel atau melalui terus kepada hotel. Kalau dah pening-pening nak fikir cara tempah korang tempah je melalui Tourist Guide.
Untuk maklumat lanjut:
Tourist Guide (Infinity Vacation sdn bhd)
No Tel: 603-8734 2802
Fax: 603-8740 2953
Toll Free: 1800 38 3338
Email: maznah@touristguide.com.my
Website: http://www.touristguide.com.my/
- Trip Honeymoon Bali Indonesia Part 1
- Trip Honeymoon Bali Indonesia Part 2
- Trip Honeymoon Bali Indonesia Part 3
- Trip Honeymoon Bali Indonesia Part 4
Teringin nak ke bali…
Yeke bro belum gi Bali? jom jom..nak gi smula ni nanti..