SPA Tradisional Di Bali Indonesia ADI SPA

Assalammualaikum w.b.t

SPA Tradisional Di Bali Indonesia | Jika diberi peluang untuk memanjakan diri di Spa pasti peluang ini tidak akan dilepaskan oleh semua wanita termasuklah Mrsyanie. Dapat manjakan diri di Spa memang best dan rasa tenang jew dibelai dengan alunan muzik yang damai. Kebanyakan Spa di Malaysia pasti akan dikaitkan dengan konsep spa tradisional Bali. Kenapa tak ada Spa tradisional Melayu ke, agaknya kenapa ye? erm..

yanie yusuf SPA Tradisional Di Bali Indonesia
SPA Tradisional Di Bali Indonesia ADI SPA

SPA Tradisional Di Bali Indonesia ADI SPA

Bali merupakan satu lokasi pusat perlancongan yang sangat terkenal diseluruh dunia dengan perkhidmatan Spa nya. Setiap tempat pasti ada butik Spa dengan pelbagai dekorasi, tawaran perkhidmatan dan keunikan konsepnya. Malah hotel atau resort juga turut menyediakan perkhidmatan Spa khas untuk pelanggan mereka. Mungkin disebabkan itu konsep Spa tradisional Bali menjadi terkenal dan pilihan konsep bagi butik-butik Spa.

SPA Tradisional Di Bali Indonesia ADI SPA
Yanie Yusuf di ADI SPA Bali

Akhirnya Mrsyanie berpeluang untuk merasai sendiri SPA dan Massage yang original di Bali Indonesia. Yeah! Memang teruja sangat tau lepas sahaja kami melawat Pulau Penyu terus kami ajak Pak Supir bawa ke butik Spa. Sangup tahan lapar sebab takut karang dah kenyang mengurut mau termuntah balik isinya. haha.. Sebenarnya excited sangat dah nak pergi Spa..

Adi Spa Balinese Traditional Spa

ADI Spa menjadi pilihan kami sewaktu percutian honeymoon kami Bali. Spa ini telah diperkenalkan oleh Pak Supir kerana ianya Spa yang halal. Halal? Ada halal atau haram ke? Apa yang diberitahu kepada Mrsyanie bukan semua Spa menggunakan minyak yang berasaskan bunga atau tumbuhan. Ada jugak Spa yang menggunakan minyak binatang haram seperti Minyak Babi. Sebab itu dikatakan Spa halal kerena penggunaan minyak atau bahan Spa yang halal. Fuh terkejut jugak Mrsyanie ada ke minyak Babi? Tapi itu lah yang dimaklumkan dan pastikan korang berhati-hati dalam memilih butik Spa disini.

See also  Hari Merdeka 2023 Malaysia Dengan Tema Yang Penuh Bermakna
SPA Tradisional Di Bali Indonesia ADI SPA
Dekorasi ADI SPA Bali

Jangan risau ADI Spa menggunakan minyak dan bahan Spa daripada abstrak bunga dan tumbuhan semulajadi. Konsep dekorasi pula mereka memilih konsep Bali kontemporari tradisional dan menjadikan ADI Spa lebih menarik serta klasik yang sangat sesuai dengan perkhidmatan Spa tradisionalnya. Selain dari Spa tradisinonal Bali terdapat juga perkhidmatan Spa yang pelbagai jenis, urutan  Bali (massage), serta rawatan kuku tangan dan kaki.

Pakej Pilihan Spa : Pakej Rawatan Badan Javanese Lulur

Pilihan pakej SPA yang Mrsyanie dan Mrlaling ambil adalah Javanese Lulur. Dalam pakej ini antara rawatan yang disediakan adalah Aromatic Foot Wash, Traditional Balinese Massage, Original Scrub, Yoghurt Body Polsh, Flower Sea Salt Mineral Bath & Body Glow dan akhir sekali diberikan Ginger Tea untuk memberi kesegaran dalam badan. Masa yang ditawarkan adalah 120 minit dengan harga asal adalah US 65 iaitu Rp 871,975 bagi seorang. Tetapi Mrsyanie bertuah dapat harga promosi tau sebab kami dibawa oleh Pak Supir Yanto. Rugi korang tak ambil pakej dengan Pak Supir Yanto tau hihi..

SPA Tradisional Di Bali Indonesia ADI SPA
Pakej ADI SPA dan Urutan Bali
SPA Tradisional Di Bali Indonesia ADI SPA
Haruman Minyak Bunga
SPA Tradisional Di Bali Indonesia ADI SPA
Sesi pilihan minyak

Seperti Mrsyanie bagitahu tadi, ADI Spa menggunakan minyak yang berasaskan abstark minyak bunga dan tumbuh-tumbuhan. Minyak ini digunakan untuk rawatan Traditional Balinese Massage, jika tidak menggunakan minyak badan korang akan sakit sedikit sewaktu urutan dibuat. Bila guna minyak ianya dapat melancarkan urutan dan setiap minyak memberikan aroma ketenangan. Antara minyak yang disediakan oleh pihak Spa adalah bau bunga Lavender, Prangipani, Jasmine dan Green Tea.

SPA Tradisional Di Bali Indonesia ADI SPA yanieyusuf
SPA Tradisional Di Bali Indonesia

Seronok sangat dan segar sahaja selepas rawatan Spa dilakukan. Sampai terlena Mrsyanie dibuatnya tau, bila terjaga siap tanya Mrlaling,” berdengkur tak tidur” hahaha.. Ia merupakan satu pengalaman terindah buat kami kerana kami sama-sama melakukan aktiviti ini. Mrlaling pun layan Spa tau, jangan risau jika korang datang bersama suami diorang boleh sediakan bilik khas untuk korang berdua. Nak bilik asing pun boleh hihi..

See also  Biskut Ulat Untuk Hidangan Hari Raya ?

Disyorkan jika korang datang bercuti ke Bali, ambil peluang untuk ke Spa bagi merehatkan dan memanjakan diri sekali sekala. Mrsyanie dah pernah merasai Spa di Malaysia, Bandung dan kini di Bali. Apa yang boleh Mrsyanie katakan setiap rawatan atau perkhidmatan yang disediakan berbeza dan mempunyai keistimewaan masing-masing. Apa yang sama adalah ia memberikan satu aura positif dan baru dalam diri kita. hihi..

Untuk maklumat lanjut:

Adi Spa Balinese Traditional Spa

Alamat: Jl. By Pass Ngurah Rai 501 Nusa Dua,

Bali, Indonesia.

No Tel: +62 361 776 995, +62 361 776 996

Fax: +62 361 776 995

Email: sales@adispa-bali.com

Website: Adi Spa Balinese

 

 

Boleh jugak klik entry dibawah:

 

 

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*