[Hotel Review] Homestay Bajet Di Pulau Tioman Pahang

Assalammualaikum w.b.t

Pulau Tioman Pahang Part 2 | Paling utama kalau nak bercuti mesti nak tahu dulu penginapan yang sesuaikan. Dalam trip percutian bajet ke Pulau Tioman, Mrsyanie dan rakan ambil keputusan untuk menginap di Kampung Tekek. Dimana Kampung Tekek merupakan pekan bagi Pulau Tioman, disini terdapat pusat kerajaan dan muzium laut. Pilihan penginapan kami kali ini bukan hotel, bukan resort tetapi homestay. Yeahh!! Leh main masak-masak hihi…

2

Trip Percutian Bajet Ke Pulau Tioman Pahang Part 2

Jenuh jugak Mrsyanie dan rakan survey  penginapan yang bersesuaian dan bajet. Bila kata bajet, demand pulak nak yang selesa dan lengkap. Kebanyakkan tawaran penginapan di Pulau Tioman jenis hotel atau resort. Tapi cari punya cari, kawan Mrsyanie jumpa perkhidmatan sewa homestay yang terletak di Kampung Tekek. Sesuai dah tu tapi selesa ke? Risau jugak mulanya yelah takut pulak macam rumah yang kurang selesa hihi.. Maaf lah Mrsyanie penakut sedikit (sikit jew hihih).

Homestay Bajet Di Pulau Tioman Pahang
Map Pulau Tioman

Homestay Bajet Di Pulau Tioman Pahang

Akhirnya selepas tengok gambar dalam website rasa agak melegakan. Tak pelah bukan nak stay lama pun, hanya 2 malam sahaja itu pun siang memang jenis nak berjalan je tak lekat kat bilik selalunya. Pilihan kami adalah RN Global Homestay. Kawan Mrsyanie yang tolong uruskan bab penginapan, katanya mudah berurusan dengan pihak RN Global. Nama orang yang uruskan adalah Niki.

RN Global bukan sahaja menyediakan perkhidmatan sewa homestay tetapi pelbagai jenis penginapan disediakan. Antaranya bilik, chalet dan dorm. Semua harga berpatutan dan korang boleh pilih mengikut kesesuaian bajet. Homestay pula ada 2 jenis iaitu homestay 2 bilik untuk 6 orang dan homestay 2 bilik untuk 8 orang keatas. Pilihan kami adalah homestay jenis 2 bilik untuk 6 orang orang. Memang cukup selesa dan lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti rumah sendiri hihi. Kiranya percutian ala-ala percutian rumah ku syurga ku gitu hihi..

See also  Part 1: Itinerari Bajet Trip Sehari Ke Singapore
Homestay Bajet Di Pulau Tioman Pahang
Bilik Pertama
Homestay Bajet Di Pulau Tioman Pahang
Bilik Kedua

Kemudahan Utama Homestay Bajet Di Pulau Tioman Pahang

Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin dan katil. Seperti yang korang tengok gambar diatas, bilik pertama disediakan katil jenis double decker dan bilik kedua katil single serta katil queen size. Diruang tamu pula disediakan sofa, kipas siling dan TV.

Dapur pula disediakan kemudahan peti sejuk, pinggan mangkuk, dan dapur masak single. Untuk keperluan lain seperti iron + iron board, ketel air, periuk nasi dan pisau juga disediakan tetapi diorang letakkan wang deposit sebanyak RM50.00, tapi sebelum balik korang pulangkan semula peralatan dalam keadaan baik diorang akan pulang semula wang deposit tadi. Kiranya sebagai cagaran sementara lah, risau kang korang bawa balik jadikan cenderahati pulak hihi.. Gurau jew..

Homestay Bajet Di Pulau Tioman Pahang
Dapur Dan Kelengkapan Masak
Homestay Bajet Di Pulau Tioman Pahang
Tandas/Bilik Mandi

Tandas yang disediakan pun bersih dan selesa cuma baldinya agak kecil. Nak mandi kena lama sedikit sebab bagi penuh baldi baru puas hihi.. Seperti entry yang lepas kemudahan air kerajaan (air paip dari sumber kerajaan) agak terhad, kejap ada airnya kejap tak ada tapi pihak homestay memang ada simpanan air yang cukup untuk kegunaan mandian semua pelanggan.

Kemudahan Lain Homestay Bajet Di Pulau Tioman Pahang

Pihak homestay juga menyediakan kemudahan seperti pakej aktiviti, sewaan motorsikal, basikal, kayak, bilik karoake, surau umum, set BBQ, cabana dan terdapat juga disediakan bilik seminar. Perkhidmatan pickup dari jetty ke hotel dan pulang jugak disediakan secara percuma untuk semua pelanggan RN Global. Kalu korang nak tahu waktu Mrsyanie balik seawal 5.00 pagi, sepanjang perjalanan Mrsyanie nampak ramai pelancong berjalan kaki ke jetty tau. Terpikir pihak hotel atau chalet diorang tak tolong hantar kan ke. Untung jugak lah kami disediakan perkhidmatan pickup, awal pagi nak berjalan kaki fuh mau terlena sambil jalan hihi..

See also  Winter Trip South Korea 2017 Part 3

1

Pekerja homestay pun peramah dan mesra, tak rasa kekok sangat. Dan korang juga boleh bawa berbincang tentang aktiviti yang korang nak, diorang boleh sediakan tetapi ada lah bajet bayarannya tau. Dari homestay ke pantai lebih kurang 2-3 minit dan ke Marina (lokasi boat disimpan) 3-4 minit, jadinya petang jika tiada aktiviti korang boleh berjalan menikmati pemandangan laut yang cantik. Boleh tengok matahari terbit dan terbenam, memang cantik tau.

Secara keseluruhan homestaynya selesa, bersih dan penghawa dingin pun sejuk best tidur malam hihi Suasana sekeliling pula agak kedamaian dengan pokok-pokok, kiranya macam suasana kampung yang tenang.

Untuk maklumat lanjut:

RN GLOBAL HOUSE
 Alamat: Kg. Tekek Pulau Tioman,
                  26800 Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur.
Tel: 03 – 9081 4447
         Niki Yusof : 012-5533 052 / 012-3430 447
         Zull Safar : 017-3748 307
Fax: 03 – 9081 4447 / 03-2037 2796
Email: sales@bercuti.com / rn.globalholidays@gmail.com
Boleh jugak klik entry dibawah:
Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

5 Comments

  1. puan nak tanya, jarak dari homestay ke pantai jauh tak? cantik tak pantainya ya? boleh snorkeling tak disitu? terima kasih andai sudi menjawab 🙂

    • Jarak dr pantai tak jauh sgt dalam 2-3 minit sampai.sebab homestay dekat area pantai tak perlu seberang jalan. Tapi untuk snorkeling boleh sewa motor untuk ke kawasan snorkeling.tak jauh dalam 5-10 minit.

  2. Nak tnye la puan berapa harga homestay tu utk 3H2M ye? Lg 1, harga utk snorkling trip by homestay RM70 per person kan? Utk kanak² berapa ye? Peralatan snorkling include sekali ke dlm harga tu?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*