Assalammualaikum w.b.t

Trip Honeymoon Bali Indonesia Part 7 | Alamak cerita percutian ke Bali tak habis lagi ni. hihi.. Masih lagi cerita untuk hari kedua di Bali, selepas kami menyaksikan pertunjukan Tari Barong Dan Keris Di Bali Indonesia kami terus dibawa ke lokasi dimana antara perkara wajib korang lakukan sekiranya datang ke Bali. Apa lagi kalau bukan aktiviti sukan air di Bali Indonesia. Tapi Mrsyanie fokus datang ke Bali lebih kepada konsep percutian ketenangan (cewah lebih kepada relaxing). Bila fikir balik rugi pulak kalau tak join aktiviti air di Bali sebab disini terkenal dengan lokasi pantai dan sukan airnya. Erm..

Aktiviti Sukan Air Di Bali Indonesia
Aktiviti Sukan Air Di Bali Indonesia

Aktiviti Sukan Air Di Bali Indonesia

Pada mulanya untuk aktiviti hari kedua ini kami akan lakukan aktiviti yang tidak melibatkan air tetapi tour guide (Pak Supir) kami cadangan untuk terus ke lokasi pantai untuk aktiviti sukan air (Water Sport). Alamak mana bawa baju yang bersesuaian tetapi disebabkan cuaca pagi itu sangat baik dan berbiru langitnya sangat sesuai untuk aktiviti sukan air. Esok pagi belum tentu lagi akan secerah ini kerana bila dah masuk hujung tahun musim tengkujuh akan menyebabkan lebih banyak waktu hujan berbanding cuaca yang cerah. Jadi kami pun setuju, kang rugi tak dapat pergi tengok.

Aktiviti Sukan Air Di Bali Indonesia
Aktiviti Sukan Air Di Bali Indonesia

Lokasi Sukan Air Pantai Tanjung Benoa

Kami dibawa terus ke Pantai Benoa yang merupakan antara lokasi yang terkenal dengan anjuran sukan air. Memang ramai pelancong terutamanya pelancong dari Eropah. Besar pulak mata Mrlaling ini melihat pemandangan pantai kan.. amboii cuci mata dia. haha.. Siapa paham oklah, yang tak paham buat-buat paham ye. Disana ada orang yang dah menanti dengan tawaran pakej sukan air, kami diterangkan setiap aktiviti yang mereka sediakan beserta harga bagi seorang.

Antara aktiviti yang korang boleh jalankan disini seperti Parasailing, Jet Ski, Banana Boat, Glass Bottom Boat, Turtle Island, Snorkeling, Fly Fish, Diving, dan menariknya disini sediakan perkhidmatan Seawalker. Mrsyanie tertarik dengan Seawalker, alah yang korang pakai helmet dan baju seperti ke angkasawan itu tapi digunakan untuk berjalan didasar laut untuk melihat dan bermain dengan ikan-ikan yang comel. Tapi bajet pulak macam kurang je ni sebab diorang tawarkan seorang dengan harga Rp 1 juta. Mrlaling bagi 2 pilihan samada nak buat Seawalker atau pergi manjakan diri di SPA. Buntu tau, tapi Mrsyanie lama dah target nak ke SPA Bali. haih…

Pulau Penyu Bali (Turtle Island)

Kalau pilih SPA tak kan tak buat langsung aktiviti air? Erm.. Belek punya belek pamplet water sport yang diberikan, Mrsyanie pilih untuk ke Pulau Penyu. Harga pun tak mahal sangat tapi boleh jugak merasa naik boat di Bali. Sedih je bila Mrsyanie bagitau Mrlaling (dalam hati harap dia setuju ler, ini ala-ala pujuk rayu ni). haha.. Mrlaling kira-kira, oklah kita ke Pulau Penyu je. Selain ke Pulau Penyu, pakej ini termasuk aktviti Fish Feeding (memberi makan ikan) jugak.

Aktiviti Sukan Air Di Bali Indonesia
Aktiviti Sukan Air Di Bali Indonesia

Bila korang setuju je pembayaran mesti dibuat terus dan diorang akan bawa ke boat yang akan membawa ke Pulau Penyu. Mrsyanie ingatkan akan bersama pelancong lain dalam boat rupanya satu boat ini khas untuk kami sahaja. Bayangkan boat agak sederhana besar dan hanya kami berdua je. Fuh rasa macam VVIP dah dapat boat persendirian haha..

Boat yang disediakan jenis Glass Bottom Boat dimana didalam boat bahagian tengahnya ditutup dengan menggunakan glass untuk memudahkan pelancong melihat dasar laut hanya di dalam boat. Tetapi waktu Mrsyanie pergi hari tu air laut agak kuat dan kurang jernih walaupun cuaca panas terik. Waktu bagi makan ikan pun tiada sangat ikan yang muncul (ada tapi tak puas tengok), ikan dah kenyang kot tu yang tak timbul.huhu.. Tak pelah kami terus ke lokasi Pulau Penyu.

Aktiviti Sukan Air Di Bali Indonesia
Turtle Farm Bali Indonesia

Turtle Farm, TF (Pusat Penjagaan dan Rawatan Penyu)

Sampai sahaja dah nampak penyu menunggu kami, eehh tak lah penyu batu yang dalam gambar tu je yang tunggu kami hihi.. Masuk sini hanya dikenakan bayaran Rp 10,000 jika duit Malaysia RM 3.20 sebagai sumbangan kepada Penyu-penyu yang ada. Menarik disini korang akan di guide oleh seorang pekerja untuk memberi penerangan dan yang akan membawa korang pusing Turtle Farm ini.

Disini korang boleh pegang penyu besar, yang anak-anak penyu tidak dibenarkan pegang kerana untuk menghindari dari jangkitan kerana ianya sangat sensitif yang boleh menyebabkan kematian. Tapi korang masih boleh lihat dengan lebih dekat. Berat tau Penyu yang Mrsyanie pegang tu dan ini baru beberapa bulan sahaja usianya. Ada lagi yang lebih besar dan usianya beberapa tahun.

img20161004113108

Korang juga boleh beri makan kepada Penyu-penyu disini tau. Makanan yang disediakan adalah rumpai laut dan menjadi kegemaran Penyu disini. Siap boleh masuk dalam kolam yang mempunyai berpuluh-puluh ekor Penyu yang bersaiz sederhana sehingga yang paling besar. Penyu tu siap datang kat korang tau, laju je sampai terkejut lah Mrlaling melompat naik balik. haha.. Mrsyanie ermm sah-sah penakut nak turun tapi turun jugak lah dibahagian hujung yang kurang ada Penyu. hihi..

1

TF bukan sahaja pusat penjagaan dan penternakan Penyu tetapi disini juga menyediakan rawatan. Apa yang diterangkan oleh staff TF rawatan dilakukan kepada Penyu, sebagai contoh. Penyu yang terletak atau tersangkut di jaring atau pukat nelayan yang menyebabkan kecederaan maka disini mereka dapat merawat sehingga pulih dan akan dilepaskan semula ke laut.

Disini juga mempunyai satu program melepaskan anak-anak Penyu di laut yang selalu dilakukan pada hujung tahun. Program ini boleh diikuti oleh pelancong yang berminat dalam melepaskan anak-anak Penyu ke laut. Program seperti ini bukan sahaja menarik lagi kedatangan pelancong malah ianya dapat memupuk semangat cintakan haiwan ini dan menjaga khazanah hidupan laut.

img20161004113611

img20161004113619

Antara haiwan dan aktiviti lain di Turtle Farm

Bukan sahaja korang boleh kenali, pegang dan siap boleh bagi makan lagi kepada Penyu, malah terdapat juga beberapa haiwan lain yang ada disini. Seperti Kelawar, Burung Helang, Ular dan sebagainya yang boleh korang pegang. Kalau korang berani macam Mrlaling boleh lah pegang dan bergambar tetapi Mrsyanie alah serius cukuplah sekadar tengok sahaja hihi..

2

20161004_115259

Untuk rehatkan kaki setelah penat berjalan korang boleh mencuba SPA Fish dengan bayaran Rp 50,000 untuk tempoh yang ditetapkan. Juga terdapat jualan cenderahati dan juga terdapat cafe yang disediakan. Mrsyanie hanya order air Kelapa je untuk hilangkan rasa dahaga kerana cuaca yang agak terik. Kalau nak makan macam kurang konfiden samada ianya halal atau tidak.

Pakej yang diberikan untuk 2 orang ke Pulau Penyu adalah Rp 600,000. Mrsyanie bercadang untuk datang lagi ke Bali untuk lakukan aktiviti sukan air yang lebih extreme. Nak fokus pada sukan air jew nanti tau. Bila itu tak pasti tapi berharap akan datang semula ke sini. Memang menarik dan teruja tengok pelancong bermain dengan pelbagai sukan air yang disediakan disini.

Ringkasan Bajet :

  • Trip Pulau Penyu 2 orang: Rp 600,000
  • Tips masuk: Rp 20,000
  • Minuman: Rp 50, 000
Boleh jugak klik entry dibawah:

 

 

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

You may also like

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *