Assalammualaikum w.b.t
Tips Pemakanan untuk Mengandung | Siapa yang tidak mahu zuriat dari darah daging sendiri kan selepas mendirikan rumahtangga. Rezeki ditangan Tuhan, insya-Allah doakan Mrsyanie mendapat zuriat ye. Hari Mrsyanie ada pergi dengar ceramah yang di berikan oleh Ustaz Dr. Wan Nasyrudin Wan Abdullah. Diberikan beberapa tips untuk persediaan untuk mendapatkan zuriat. Insya-Allah dengan izin-NYA.
![]() |
sumber gambar : google.com |
Tips Pemakanan untuk Mengandung
Ustaz Dr. Wan Nasyrudin Wan Abdullah merupakan seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia di ‘Faculty of Islamic Studies, Al-Quran & Al-Sunnah Studies’. Kini beliau telah melahirkan bersama-sama 12 peyelidik dalam menghasilkan buku yang bertajuk Indahnya Pemakanan & Perubatan Islam. Dalam buku ini tergandung makanan-makanan sunnah, fungsi dan petua-petua perubatan dengan mengamalkan pemakanan sunnah. Begitu jua dengan usaha dalam mendapatkan zuriat.
Mrsyanie telah menanyakan petua-petua yang menbantu dalam usaha mendapatkan zuriat. Jom Mrsyanie kongsikan bersama moga kita sama-sama mendapat faedahnya dan dimurahkan rezeki zuriat.
Tips Pemakanan untuk Mengandung:
- Elakkan mengambil madu sekurang-kurangnya 6 bulan (Madu bagus untuk kesihatan tetapi sampai satu tahap madu bukan makanan sunnah yang sesuai bagi mendapatkan zuriat, mungkin agak panas).
- Amalkan makan makanan sunnah iaitu Kurma dan kekacang seperti badam, kacang cerdik dan sebagainya kecuali elakkan makan kacang tanah.
- Amalkan membuat bekam dititik sunnah bagi setiap pasangan.
Untuk air penawar dijadikan amalan minuman harian:
- Dibaca surah Al-Rahman + Al-Jin
- atau Baca 41 kali surah Al-Fatihah.
Tambahan info dari rakan:
- Elakkan menggunakan pencuci wanita yang mempunyai bahan-bahan kimia. Jika boleh pencuci dari semulajadi seperti air daun sireh dan sebagainya.
Kata-kata dari buku Indahnya Pemakanan & Perubatan Islam:
“Perumpamaan orang yang membaca Al-Quran adalah seperti buah utrujjah (sitron), rasanya sedap dan baunya pun harum. Orang yang tidak membaca al-Quran seperti tamar: rasanya sedap tetapi tiada bau. Perumpanaan seorang pendosa yang membaca al-Quran adalah seperti pohon raihanah (basil), baunya harum tetapi rasanya pahit. Perumpamaan seorang pendosa yang tidak membaca al-Quran adalah seperti peria, rasanya pahit dan tidak juga berbau.”
Insya-Allah Mrsyanie akan cuba kongsikan lagi beberapa petua dari buku Indahnya Pemakanan & Perubatan Islam tetapi untuk lebih terperinci dapatkan buku Indahnya Pemakanan & Perubatan Islam di pasaran. Boleh dapatkan buku Indahnya Pemakanan & Perubatan Islam di kedai buku berhampiran. Tidak rugi jika korang dapatkan buku ini, pelbagai petua dengan amalan pemakanan sunnah dalam membantu menyembuhkan penyakit.
Harga: RM70.00
Tq for this entry.. berguna untuk wawa..")
tq yanie for this info.. usaha dan tawakal untuk dapat kan 2nd child..mudahan
Usaha Tangga Kejayaan… InsyaAllah Aamiin,
in shaa Allah yanie.
usaha dan doa sentiasa.
Allah tu Maha Mendengar 🙂
tQ Yanie for info..baru tahu, madu tak elok untuk diamalkan kalau plan pregnant..