Ayam Tulang Lunak Malioboro Makanan Bali Indonesia

Assalammualaikum w.b.t

Trip Honeymoon Bali Indonesia Part 4 | Selalu kita dengar menu terkenal di Indonesia yang berunsurkan nasi adalah Nasi Ayam Penyek kan. Tapi di Bali terkenal dengan Ayam Tulang Lunak. Kata Pak Supir yang ambil kami di airport, kalau datang Bali wajib rasa walaupun sekali makan Ayam Tulang Lunak. Lunak yang dimaksudkan adalah lembut, kiranya ni menu Ayam Tulang Lembut. Wah terkejut jugak macam mana tulang tu leh lembut?? ermm..

 Makanan Bali Indonesia
Ayam Tulang Lunak Malioboro Makanan Bali Indonesia

Ayam Tulang Lunak Malioboro Makanan Bali Indonesia

Ayam Tulang Lunak Malioboro Makanan Bali Indonesia merupakan ayam yang dimasak dengan herba-herba sehingga tulang ayam itu sendiri lembut dan boleh dimakan. Mrsyanie memang agak kurang percaya macam mana nak makan tulang ayam? Tapi inilah dia kelebihan masakan di restoran Malioboro Bali. Korang boleh makan tulang ayam sekali tau, boleh licin makannya. Kiranya tak membazir lah haha..

Tulang dan sumsum adalah sumber kalsium dan zat besi, konsumsi dalam jumlah yang cukup sangat bermanfaat bagi kesihatan tulang, gigi dan jantung”- Malioboro Restoran.

Risau sebanarnya bila nak mencuba sesuatu makanan yang baru sebab di Bali ini kebanyakkan beragama Hindu walaupun ianya kelihatan seperti wajah kemelayuan. Jadi perlu mencari yang betul-betul halal dan perlu berhati-hati dalam pemilihanan makanan di Bali. Dengan pakej Pak Supir Ari Yanto, Mrsyanie dah tak perlu risau kerana mereka akan bawa ke restoran atau kedai makan yang halal dan bersih.

Ayam Tulang Lunak Malioboro Makanan Bali Indonesia
Menu makanan Ayam Tulang Lunak Malioboro

Halal Restoran Malioboro Bali Indonesia

Begitu juag di Malioboro Bali, restoran ayam yang halal dan bersih. Dalam restorannya bersih dan siap dengan penghawa dingin. Harga pula agak sederhana tetapi memang berbaloi kerana rasa dan keunikkan dalam masakannya. Puas hati tau!

See also  Kitsui Whitie Snow, Kejelitaan Kulit Bermula Dari Dalaman. Usus sihat kulit cantik !

Menu Makanan

Tengok sahaja menu yang diberikan buntu jugak nak makan apa, sebab kami agak kekenyangan makan dalam flight sebelum tiba. Tapi Mrsyanie pantang bab makan ni, yelah ”food hunter” katanya. Nak jugak rasa keunikkan masakan dan betul ke tulang tu boleh dimakan. Jadi Mrsyanie order Ayam Presto Telur Asin dan nasi putih. Kuantiti ayam yang diberikan adalah 1/2 atau seekor tetapi ayam disini kecil jew tak besar macam ayam bandar di Malaysia. 1/2 ekor ayam ini cukup untuk seorang makan je tau tapi Mrsyanie kongsi dengan Mrlaling sebab kekenyangan.

Ayam Tulang Lunak Malioboro Makanan Bali Indonesia
Ayam Presto Telur Asin
Ayam Tulang Lunak Malioboro Makanan Bali Indonesia
Nasi putih + Ayam Presto Telur Asin

Disini diorang tak jual set makanan tau, jadi korang pilih lauk dan kena tambah nasi putih tetapi dibekalkan bersama sambal merah pedas. Memang sedap makan nasi bersama ayam yang rasanya sedikit masin kerana ada telur asin dan sambal yang pedas. Memukau rasa tekak Mrsyanie ini, licin jugak nasi yang diberikan walaupun dah kekenyangan haha..

Menu Minuman

Air pula disini disyorkan ambil air blended buah kerana diorang memang menggunakan buah-buahan tanpa tambahan air yang banyak. Kiranya pekat dan puas rasa buah-buahannya. Mrsyanie order jus buah segar, jus Alpukat. Ha apa tu? Alpukat ini adalah buah Avocado hijau. Macam menarik kan letak nama air Alpukat hihi.. Kalau jus disini akan buat macam blended tau tapi memang 98% adalah buah dan 2% lain-lain. Nikmat dapat rasa buah yang segar, pekat dan sedap tambahan pula ada sedikit campuran coklat.

Ayam Tulang Lunak Malioboro Makanan Bali Indonesia
Menu air yang disediakan
Ayam Tulang Lunak Malioboro Makanan Bali Indonesia
Jus buah segar, Jus Alpukat
Ayam Tulang Lunak Malioboro Makanan Bali Indonesia
Keenakkan Jus Segar Alpukat
Ayam Tulang Lunak Malioboro Makanan Bali Indonesia
Bersama Pak Supir dan pekerja Ayam Tulang Lunak Malioboro

Mrlaling pula order jus buah segar, Jus Sirsak atau kita panggil Buah Durian Belanda dan Pak Supir pula Jus Jeruk iaitu air jus Oren. hihi Nama semua yang jarang kita dengar kan tapi itulah yang digunakan dalam bahasa Indonesia. Tambah lagi ilmu bahasa bila kita dapat melancong ke negara orang tau.

See also  Ummiza Cafe Masakan Melayu

Memang puas hati dapat makan disini dan inilah pertama kali Mrsyanie jumpa tulang ayam boleh dimakan sekali. Ayam Tulang Lunak Malioboro Makanan Bali Indonesia ini memang lembut dan mudah untuk dimakan. Rasanya pun tidak pelik kerana telah disebati dengan masakan bersama telur masin. Korang kena datang mencuba sendiri makan ayam bersama tulang-tulang ayam sekali tau.

Rate matawang yang Mrsyanie tukar di Malaysia: RM 321.45 = Rp 1,000,000.

Harga :

  • Ayam Presto Telur Asin: Rp 90,000. = RM 28.93
  • Jus Alpukat: Rp 37,000. = RM 11.89
  • Jus Sirsak: Rp 37,000. = RM 11.89
  • Jus Jeruk: Rp 34, 000. = RM 10.93

 

Boleh jugak klik entry dibawah:

 

 

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*