Assalammualaikum w.b.t

Pak Supir Muslim Di Bali | Masih mencari tour guide untuk percutian korang ke Bali? Tak perlu susah mencari yang lain, yang ada ini pun cukup bagus tau. Siapa? Ha siapa lagi kalau bukan pemandu pelancong Avriel Yantohood. Dia antara pemandu pelancong yang sangat terkenal dikalangan rakyat Malaysia yang bercuti ke Bali. Tambahan pula dia juga Pak supir muslim. Bukan apa di Bali ni korang perlu berjaga-jaga dari segi pemilihan kedai makan atau butik spa, supaya tidak tersalah masuk ke kedai yang menjual makanan haram (terutamanya daging atau minyak Babi). Jika dengan tour guide akan bawa ke kedai yang halal dan memudahkan percutian kami.

Yanto Tour Guide dan photographer Di Bali Indonesia
Bersama Tour Guide dan photographer Honeymoon Kami, Avriel Yantohood

Bali Tour Guide Dan Photographer Honeymoon Avriel Yantohood

Di Indonesia gelaran bagi pemandu pelancong adalah pak supir yang merujuk kepada pemandu. Sepanjang percutian honeymoon Mrsyanie ke Bali diaturkan oleh Pak Yanto. Tapi kalau korang ada lokasi menarik yang ingin pergi, boleh usulkan sahaja kepadanya. Bagi Mrsyanie mudah sahaja, Mrsyanie serahkan perancangan percutian kami di Bali kepada Pak Yanto sebab dia lebih arif lokasi wajib yang perlu kita lawati dalam masa yang singkat ni. Memang tak puas rasanya sebab lokasi yang dibawa semua cantik dan menarik.

tour guide Avriel Yantohood Di Bali
Avriel Yantohood Supir Di Bali

Mula sampai di Bali, bukan Pak Yanto yang datang ambil tapi diambil oleh Supir Rizki yang merupakan team supir dibawah Yanto. Hari berikutnya baru pak Yanto yang bawa kami jelajah Bali sepenuhnya sampai hari terakhir. Korang jangan risau apa yang Mrsyanie tahu semua supir dibawah pak Yanto memang sangat bagus dan peramah. Boleh dibawa berborak dan mesra seperti supir Rizki. Jika berkelapangan pak Yanto sendiri yang akan bawa trip pelancong yang booking dengan dia.

Yanto Tour Guide dan photographer Di Bali Indonesia

Pak Yanto bukan sahaja tour guide malah dia juga merupakan seorang jurugambar professional di Bali. Pakej Yanto Tour Guide dan photographer Di Bali Indonesia ini yang sangat sesuai untuk pasangan, keluarga dan juga untuk trip kawan-kawan. Tak perlu pikir pasal siapa nak ambilkan gambar sebab korang boleh dapatkan perkhidmatan 2 dalam 1 tau.

Yanto Tour Guide dan photographer Bali Indonesia
Yanto Tour Guide dan photographer Honeymoon Di Bali Indonesia

Mrsyanie sangat bertuah kerana diberi peluang untuk jalankan photoshoot ala-ala post-wedding di Bali yang juga dikatakan sebagai pulau honeymoon. Lokasi photoshoot yang dibawa oleh pak Yanto di KLAPA Club Dreamland Beach dan Tanah Lot Bali. Memang sangat puas hati dan bertuah rasanya diberikan satu kenangan terindah buat kami.

Pakej Yanto tour guide dan photographer di Bali Indonesia membuatkan Mrsyanie rasa seperti trip honeymoon lepas sanding yang selalu pasangan baru berkahwin buat. Alah yang jadi trend terkini buat photoshoot pre-wedding dan post-wedding di luar negara macam artis-artis tu.hihi.. Ada gaya cam Che ta dengan Zain tak? hihi…

Yanto Tour Guide dan photographer Honeymoon Di Bali Indonesia
Hasil candid Avriel Yantohood

Lagi satu kalau tak ada jurugambar mana nak dapat aksi candid macam gambar kat atas tu. Time ini kami tengah cari posisi photoshoot, sekali ombak kuat ha habis basah kaki seluar. haha Betul orang kata setiap gambar akan mengingatkan kita pada kenangan waktu gambar dirakam. Huwaa rindu nak bercuti ke Bali lagi.. Pengangkutan sepanjang kami di Bali dengan kereta, sangat selesa dan siap ada wifi disediakan tau.

Yantohood Tour Guide dan photographer Honeymoon Di Bali Indonesia
Kereta yang digunakan sepanjang kami di Bali.

Harga bagi pakej bersama Pak Supir Yanto (tidak termasuk photographer)

  • Dari Lapangan Terbang Bali – Restoran makan malam – Hotel: IDR 100k.
  • Trip sepanjang hari (penuh) : IDR 400k x 2hari : IDR 800k
  • Jumlah: IDR 900k (RM 289.30)

*Rate matawang yang Mrsyanie tukar di Malaysia: RM 321.45 = Rp 1,000,000.

Harga bagi pakej Yanto Tour Guide dan photographer Di Bali Indonesia, korang boleh hubungi terus Pak Yanto sebab Mrsyanie pun tak tahu harga pakej 2 dalam 1 tu. hihih Mrsyanie kiranya dapat photoshoot percuma gitu..hihi Terima kasih pak Yanto. Oh lupa pada yang nak ke Lombok pun boleh dapatkan tour guide dari pak Yanto tau, Mrsyanie tengah tunggu tiket flight murah ke Lombok ni. Harap tahun depan dapat lah buat trip ke Lombok pulak. hihi…

 

Untuk maklumat lanjut:

Pak supir muslim Bali Indonesia

No tel (whatsapp): +62 815 5828 9999

Facebook: Avriel Yantoohood

 
Boleh jugak klik entry dibawah:

 

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

You may also like

6 Comments

  1. Assalamualaikum Wr.Wb
    Mohon ijin nak ikut promosi kat blog Tuan / Puan
    Jom ke BALI?
    Kami dari Maira Tours Bali menawarkan private tour driver , pakej tour murah full day
    Untuk selengkapnya sila Contact : Call/WhatsApp +6282235160518

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *