Assalammualaikum w.b.t
Trip Honeymoon Bali Indonesia Part 1 | Macam tak percaya mrsyanie dapat ke Bali Indonesia dengan hanya RM300 sahaja untuk pakej hotel dan kapalterbang. Korang pun mesti tak percaya kan? Tak percayalah sebab Mrsyanie dah sampai tau ke Bali dengan selamat dan bersuka ria siap haha.. Mulanya Mrsyanie takut juga nak percaya, tapi bayar gak lah dengan perasaan redha jika tertipu.
Pakej Ke Bali Indonesia Murah?
Bukan mudah nak percaya, tambahan bila kita deal dengan pihak agent yang tak kenal (bukan tak percaya tapi bukan mudah, almaklumlah banyak kes terjadi). Tak mahu lah tertipu sebab duit bukan senang nak dapat. Kalau main petik je turun dari langit tak apa jugak. haha.. Tapi Mrsyanie ambil pakej ini sebab peluang keemasan untuk ke Bali dengan bajet yang sangat murah. Lagipun rekemen dari rakan blogger, yakin sket nak bayar ni.hihi..
Dengan RM300 Mrsyanie dapat pakej hotel untuk 3 hari 2 malam yang bertaraf 3 bintang dan tiket kapalterbang pergi balik. Paling menarik dan tak percaya Mrsyanie dapat kapalterbang Malindo Air yang menyediakan lunggage sebanyak 30kg dan disediakan makan didalam kapal.
Pakej Tourist Guide
Pakej yang Mrsyanie beli ini berupa voucher, boleh digunakan mengikut tempoh yang ditetapkan. Kiranya pakej yang Mrsyanie beli ini sempena pelancaran menjadi ahli Tourist Guide dengan bayaran hanya RM150 untuk seorang. Yang bawah ini banner promotion yang Mrsyanie beli hari tu. Mrsyanie beli pada bulan April (4) yang lepas dan bulan Oktober (10) baru boleh voucher ini digunakan. Tapi promosi dibawah telah tamat tau, diorang ada promosi lain pulak. hihi
Cara penggunaan voucher 2 bulan sebelum korang planning tarikh, perlu emailkan kepada pihak Tourist Guide tetapi diingatkan jika mempunyai kekosongan ye. Alhamdulillah tarikh yang Mrsyanie pilih diterima dan segala urusan di uruskan oleh pihak Tourist Guide.
Seminggu sebelum tarikh Mrsyanie dapat butiran flight dan nama hotel. Dalam hati masih ragu-ragu sebenarnya, tapi 2 hari sebelum tarikh penerbangan Mrsyanie buat checkin secara online. Wah ada nama Mrsyanie, lega seribu kali lega. Hilang segala rasa ragu-ragu kepada pihak Tourist Guide tau. Terus rasa syukur dan wah untung dapat pergi Bali dengan harga yang sangat murah. Mana nak dapat tiket kapalterbang dan hotel dengan hanya RM150 seorang.
Untuk promosi korang boleh hubungi talian dibawah tapi promosi voucher macam Mrsyanie dapat tu rasanya dah habis. hihi Terima kasih juga kepada Cik Maznah (Masz Rafiaudin) kerana menguruskan hal-hal tiket dan hotel Mrsyanie di Bali Indonesia.
Untuk maklumat lanjut:
Tourist Guide (Infinity Vacation sdn bhd)
No Tel: 603-8734 2802
Fax: 603-8740 2953
Toll Free: 1800 38 3338
Email: maznah@touristguide.com.my
Website: http://www.touristguide.com.my/
Wow menarik ni….
NIce — memang murah. Coz biasanya tambang sehala pun x dpt cover
Nice sharing… One fine day nak jejak Bali gak
wah! macam menarik je ni. sebab tengok harga dia murah je. nampaknya dah boleh planning dah ni. hehehe
memang murah dan sangat berbaloi2….
smart plan marketing flight tiket & hotel & diambil kira pendafatran rm150 seorang luggage free 30 kg semua perancangan dan kos memang masih menjana keuntungan dan kelebihan dan mempunyai pengetahuan & perancangan baik serta lebih menjana pendapatan keuntungan bersih & mengurangkan permasalahan trip ke destinasi kepujian A
Wahhhh murahnya…pakej korea ada yang murah camni.? Hahahaah #siscuba