Assalammualaikum w.b.t
Pengalaman Lebih Berharga | Bagi Mrsyanie macam mana pun trip yang korang pilih, pastikan ianya cukup berharga. Mungkin ada yang kata trip perjalanan Mrsyanie mahal sebab trip Bali kos perbelanjaan Mrsyanie hampir RM1000 jugak untuk 2 orang, ini tak termasuk pakej flight dan hotel tu tau. Ini kos Mrsyanie makan, shopping dan kos aktiviti yang Mrsyanie jalankan sepanjang 3 hari 2 malam di Bali. Tak kisah janji ianya satu pengalaman yang sangat berharga dan apa yang Mrsyanie rancang untuk trip Bali berjalan dengan lancar.
KLAPA New Club Dreamland Exclusive Di Bali Indonesia
KLAPA New Club Dreamland Exclusive Di Bali Indonesia adalah sebuah tempat hiburan dengan restoran mewah yang terletak di atas tebing berhadapan dengan pemandangan Pantai Dreamland Bali. Ianya menawarkan pemandangan dan suasana matahari terbit serta terbenam di Samudra India yang membuat korang rasa akan nyaman dan santai untuk menikmati suasana diatas tebing. Lokasinya yang terletak diatas bukit hadapan pantai Dreamland menjadikan ia sebuah kelab yang exclusive dan tumpuan para pelancong.
Kemudahan yang disediakan @ KLAPA New Club Dreamland Exclusive Di Bali Indonesia
KLAPA club ini agak lokasi baru yang dibina untuk para pelanggan menikmati pemandang indah dari atas tebing bukit dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Ianya berkonsep santai dan mewah kerana memfokuskan kepada pelancong international. Menariknya disini korang boleh mandi kolam renang yang disediakan sambil menikmati pemandangan laut yang sangat cantik. Tambah-tambah lagi pada waktu senja atau matahari terbenam.
Tempat ini juga dimeriahkan lagi dengan alunan muzik dari DJ sambil melihat suasana pantai yang indah. Untuk tiket masuk adalah berharga Rp. 100.000 bagi seorang dan diberikan dalam bentuk voucher. Voucher ini dapat korang tukarkan untuk pembelian makanan ataupun Minuman di Klapa Resto (New Kuta Beach). Bukan bayar kosong semata nak tengok pemandangan je ye. Dapat minum dan makan sekali ikut nilai voucher jika lebih korang kena tambah bayaran lah ye. Mrsyanie hanya ambil minuman je sebab penat berphotoshoot yang diambil oleh travel guide kami iaitu Avriel Yantohood.
Pemandangan Sekitar KLAPA New Club Pantai Dreamland Di Bali Indonesia
Sebenarnya kalau korang buat trip bajet tak perlu untuk kesini, korang boleh melalui jalan menaiki van untuk ke Pantai Dreamland ini. Tapi jika inginkan kelaianan dan pemandangan yang lebih menarik Mrsyanie sarankan untuk korang ke sini. Tak rugi pun bayar kerana dapat pulangan dalam bentuk makanan dan minuman. Lagi-lagi korang boleh dapat satu pengalaman yang cukup indah yang boleh diabadikan dalam memori korang.
Bagi yang inginkan buat photoshoot wedding atau post wedding pun boleh untuk kesini. Sangat cantik dan pasti gambar korang akan jadi menarik kerana dikelilingi dengan pemandangan yang indah. Lagi best kalau korang ambil trip dengan travel guide (Pak Supir) yang Mrsyanie ambil ini, siap sekali pakej photoshoot lagi tau. Gambar photoshoot dan pakej travel guide Mrsyanie cerita kemudian ye. Jom tengok gambar sekitar KLAPA New Club Dreamland Exclusive Di Bali Indonesia.
Korang juga boleh turung ke pantai Dreamland tau. Mereka menyediakan laluan khas untuk pelanggan KLAPA New Club Di Bali Indonesia ke pantai. Disini ada pekerja yang menjaga keluar masuk ke KLAPA New Club untuk mengelak dari dikunjungi oleh bukan pelanggan club.
Bagi yang ingin ke sini dicadangan korang bawa kelengkapan seperti baju mandi, seliar, tuala dan baju salinan. Mana tahu korang teringin nak mandi kolam atau pantai ke, macam Mrsyanie teringin gak lah tapi tak bawa sebab tak bajet untuk kesini hihi.. Ingat nak tengok pemandangan je, sekali bila sampai cantiknya rugi tak bawa untuk mandi. Rasa nak terjun je kolam tu tau, pastu mandi sambil melihat matahari terbenam. Fuh memang rasa santai je tau, sebab Mrsyanie yang tak mandi ini pun rasa teruja dengan pemandangan disini. Memang betul kata orang yang Bali ini pulau yang indah sesuai untuk honeymoon. hihi..
Untuk maklumat lanjut:
KLAPA New Kuta
Waktu operasi:  Buka Setiap Hari, dari 09.30 hingga jam 23.30, *Kecuali hari perayaan.
Alamat:Â Jalan New Kuta Beach, Pecatu Indah Resort, Kuta Selatan, Kabupaten Badung, Bali Indonesia.
No tel: 80361 (0361) 8484581
Website:Â http://klapa-newkutabeach.com
- Trip Honeymoon Bali Indonesia Part 1
- Trip Honeymoon Bali Indonesia Part 2
- Trip Honeymoon Bali Indonesia Part 3
- Trip Honeymoon Bali Indonesia Part 4
- Trip Honeymoon Bali Indonesia Part 5
- Trip Honeymoon Bali Indonesia Part 6
- Trip Honeymoon Bali Indonesia Part 7
- Trip Honeymoon Bali Indonesia Part 8
- Trip Honeymoon Bali Indonesia Part 9
bestnya dapat jalan sana sini..nadnak jejak keluar dari Malaysia pun tak tau bila
Menariknyaaaaaa…seronok tgok Yanie spend time kat sana
Syoknya aihh… Bila la kami dpt p honeymoon yer.
menarik percutian ke bali
Gambar ni simpan.
Sbb best
Wah bali enak bangat.. Azni mmg suka gilak g bali. Kalau boleh tiap tahun nak p hahaha.. Dpt uru plak .. Best
suka tengok gambar kat pantai tu.. bila ntah nak dpt peluang gini.. tp betul eh kat bali makanan halal susah nak dapat?
caantiknya pantai di bali..bila la dapat pegi ni..hihih
bestnya dpt pi honeymoon kat sana.. tempatnya cantik sgt!