Tari Barong Dan Keris Di Bali Indonesia

Assalammualaikum w.b.t

Trip Honeymoon Bali Indonesia Part 6 | Hari kedua lepas sarapan di hotel, kai terus dibawa untuk menyaksikan antara kesenian budaya dan kepercayaan agama Hindu di Bali Indonesia. Semangat Mrsyanie nak tengok tau kerana ianya mempunyai kepercayaan yang kuat tentang setiap apa yang berlaku dalam kehidupan mereka. Katanya ada berkaitan dengan pemujaan dan hantu? ermm…

Tari Barong Dan Keris Di Bali Indonesia
Tari Barong Dan Keris Di Bali Indonesia

Tari Barong Dan Keris Di Bali Indonesia

Kami dibawa terus ke Sari Wista Budaya dimana disitu mereka adalah persembahan Tari Barong Dan Keris Di Bali Indonesia. Kiranya macam panggung budaya gitu dan masuk sini dikenakan bayaran sebanyan Rp 100,000 untuk seorang. Kawasannya jenis terbuka dan berlatar belakang dengan sawah padi yang sangat cantik. Persembahan Tari Barong Dan Keris ini memakan masa selama hampir 1 jam. Naik je panggung nampak patung seperti patung tuhan agama Hindu. Seram juga tengoknya hahaha..

Tari Barong Dan Keris Di Bali Indonesia
Simbol pemujaan agama Hindu di Bali

Tari Barong Dan Keris Di Bali Indonesia ini merupakan satu tarian dan jalan cerita yang mengambarkan pertarungan antara “kebaikkan” melawan “kejahilan’. Barong adalah binatang purbakala yang melambangkan, “kebaikkan” dan Rangda adalah binatang purbakala dahsyat yang menggambarkan “kejahilan”.

Tari Barong Dan Keris Di Bali Indonesia
Lokasi yang terbuka di Sari Wista Budaya
Tari Barong Dan Keris Di Bali Indonesia
Pementasan Tarian Barong Dan Keris

Barong dan Rangda

Barong adalah karakter dalam mitologi Bali. Dia adalah raja dari roh, pemimpin host yang baik, dan pelindung magis desa. Semangat pelindung, ia sering diwakili oleh seekor singa, dan pertunjukan tradisional perjuangan melawan Rangda adalah bagian populer dari budaya Bali.  Rangda adalah musuh kepada Barong dalam tradisi mitologi Bali yang mewakili sebagai kejahilana atau kejahatan.

Selama festival Galungan Kuningan, Barong (ada banyak jenis, termasuk barong ket, barong macan, dan barong Bangkal) mengembara dari pintu ke pintu (nglawang)bagi membersihkan wilayah pengaruh jahat. Barong dan Kris tari kecak seperti menari tarian Barong dan Kris adalah pertempuran antara roh baik dan jahat. Barong dapat mengambil berbagai bentuk tetapi dalam tarian ini ia mengambil bentuk tari Barong Keket, yang paling suci Barong. Barong Keket adalah makhluk aneh, setengah anjing berbulu dan setengahnya adalah singa dan dimainkan oleh dua orang dalam banyak cara yang sama sebagai badut-kuda.

Tari Barong Dan Keris Di Bali Indonesia
Pementasan Tari Barong Dan Keris Di Bali Indonesia
Tari Barong Dan Keris Di Bali Indonesia
Tari Barong Dan Keris Di Bali Indonesia

Dalam persembahan yang dilakonkan mempunyai babak-babak penceritaan. Ianya melibatkan lima babak yang menceritakan tentang perjuangan dan perlawanan antara Barong dengan Rangda. Mrsyanie sebenarnya agak kurang paham dengan cerita yang cuba disampaikan tambahan pula mereka berdialog dengan menggunakan bahasa mereka. Tetapi korang jangan risau mereka akan memberikan salinan penceritaan kepada setiap pengunjung yang hadir. Bagi yang sukakan kesenian dan ingin mengetahui tentang budaya di Bali boleh datang kesini tapi bagi Mrlaling dia kata mengantok tengoknya hahaha..

See also  Ho Chi Minh City | Vietnam | Day 2 | Buah-buahan Tempatan
Tari Barong Dan Keris Di Bali Indonesia
Bergambar bersama Barong Keket

Akhir persembahan mereka adalah salah satu pertunjukan pumujaan dengan menggunakan keris dan mencucuk badan tanpa ada luka atau tercucuk. Diorang menjadi kebal dan tidak sedar melakukan persembahan cucuk keris. Selepas persembahan korang boleh bergambar dengan Singa-Naga yang melambangkan Barong Keket untuk kenangan para pengunjung dan tiada bayaran dikenakan tetapi korang boleh sumbangkan duit tanpa nilai yang tetap. Tak berani Mrsyanie nak bergambar dekat sangat tapi nak juga bergambar haha takut tau sebab diorang kuat pemujaan hahhah..

 

Boleh jugak klik entry dibawah:

 

 

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*