Zoo Negara Masih Mendapat Perhatian Pengunjung Cuti Sekolah

Zoo Negara Malaysia 2024 | Bila mula cuti sekolah Ibu Bapa akan sibuk mencari lokasi menarik untuk membawa anak-anak bercuti. Zoo Negara masih mendapat perhatian pengunjung cuti sekolah setiap kali tiba waktunya. Malah ianya juga lokasi wajib untuk sekolah atau tadika membuat lawatan kesini.

Zoo Negara Malaysia

Baru-baru ini Mamayanie berkesempatan untuk membawa anak-anak ke Zoo Negara. Sebenarnya tak rancang untuk ke sini tapi bila dah alang-alang kami bercuti di Kuala Lumpur. Terus lah kami rancang untuk bawa ke Zoo Negara.

Kami menginap di Corus Hotel Kuala Lumpur, jadi perjalanan ke sana mengambil masa dalam 20 minit. Perjalanan hari Ahad pula alhamdulillah lancar dan tidak jem.

Sampai sahaja kesana kami diarahkan untuk ke kawasan Parking B, kerana kawasan Parking A telah penuh. Mulanya ingat perlu berjalan tapi rupanya kawasan Parking B terletak dibelakang dan mempunyai kaunter dan pintu masuk. Parking pun tak jauh dan mudah untuk ke kaunter. Malah perkhidmatan trem juga disediakan.

Sejarah Zoo Negara

Zoo Negara Malaysia diuruskan oleh Persatuan Zoologi Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan untuk mewujudkan zoo tempatan pertama untuk rakyat Malaysia. Zoo Negara dibuka secara rasmi pada 14 November 1963 dan telah berkembang menjadi zoo yang terkenal di seluruh dunia. Kami mempunyai sejumlah lebih 5137 spesimen daripada 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Ia meliputi 110 ekar tanah yang terletak hanya 5km dari bandar Kuala Lumpur.

Selama bertahun-tahun, zoo telah mengubah dirinya menjadi zoo konsep terbuka dengan lebih 90% haiwannya disimpan dalam pameran yang luas dengan landskap yang sesuai dengan alam semula jadinya. Kami sedang berusaha untuk memastikan konsep zoo lama ditukar sepenuhnya.

See also  UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE (PART2)

Antara Menarik Yang Boleh Dilakukan

Dekat sini banyak sangat menarik yang korang bawa anak-anak untuk melihat pelbagai jenis haiwan. Terdapat haiwan yang jenis Karnivor, Omnivor, Herbivor, Burung-burung, Hidupan Air, dan haiwan liar. Tapi Mamayanie nak kongsikan beberapa aktiviti menarik di Zoo Negara:

  • Pertunjukan Berbilang Haiwan

Ini salah satu menarik yang dinanti-nantikan oleh pengunjung, Pertunjukan Berbilang Haiwan. Disini ada beberapa haiwan yang terlibat dan pertunjukan secara live. Menarik sangat sebab ianya mendekatkan lagi anak-anak dengan aksi dari haiwan-haiwan yang terlibat.

Waktu pertunjukan berbilang haiwan ini ada 2 masa, jam 11.00 pagi dan 3.00 petang sahaja. Jadi korang yang nak tengok persembahan dari haiwan terpilih ini korang perlu setkan masa mana yang korang nak tengok. Kami sampai waktu tu ngam-ngam je jam 11.00 pagi untuk persembahan, terus kami kesana dulu.

Info: Sabtu – Khamis : 11.00 pagi & 3.00 petang. Pameran Pelbagai Haiwan kami TUTUP pada hari Jumaat KECUALI cuti sekolah & cuti umum.

Zoo Negara
  • Children’s World

Disini antara tempat menarik yang korang kena bawa anak-anak tau. Ianya dipanggil Children’s World. Terdapat pelbagai haiwan yang jinak dan boleh dipegang. Menarik disini haiwan dibuka bebas untuk anak-anak pegang dan bermain. Tapi perlu dalam pantauan Ibu Bapa ye.

Disini anak-anak memang sangat seronok tau tapi Adikfh takut nak pegang haiwan yang ada. hihi

Zoo Negara
Zoo Negara
Zoo Negara
  • Panda Centre

Dulu kalau tak silap Mamayanie nak masuk ke Panda Centre perlu membuat bayaran tiket asing tau. Nampak sangat Mamayanie dah lama tak jejak kaki kesini hihi Sekarang harga tiket yang dibeli untuk masuk termasuk sekali dengan tiket masuk ke Panda Centre.

Disini korang boleh bawa anak-anak mengenali lebih dekat mengenai Panda. Waktu kami datang seekor tengah asyik tidur dan seekor lagi tengak sedap makan.hihi Seronok tengok gelagat Baby Giant Panda yang ada. Sambil tu boleh lah dapat angin penghawa dingin sekejap sebab cuaca agak panas waktu kami datang.

See also  [Hotel Review] Grand Lexis Hotel Port Dickson
Zoo Negara
Zoo Negara

Zoo Negara Pengurusan Terbaik

Walaupun ramai pengunjung yang hadir tetapi pengurusan yang dijalankan oleh pihak Zoo Negara sangat bagus dan teratur.

Contohnya bila kawasan parking A telah penuh, terus mereka buka kawasan parking B untuk pengunjung. Dimana kawasan Parking B juga terdapat kaunter untuk pembelian tiket samada online atau walkin. Pembelian tikat pun sangat cepat dan teratur.

Harga Tiket

Untuk harga tiket bagi warganegara dan bukan warganegara adalah berbeza ye. Dimana rakyat Malaysia mendapat kelebihan harga lebih murah berbanding pelancong atau bukan warganegara.

  • Harga warganegara dewasa : RM45.00
  • Harga warganegara kanak-kanak: RM18.00

Bagi harga tiket ini adalah termasuk untuk ke Panda Centre tau. Jadi tidak perlu untuk membuat bayaran lain untuk masuk ke Panda Centre.

Zoo Negara

Lokasi (maps)

Alamat: Zoo Negara, Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Untuk Maklumat Lanjut

Website: https://www.zoonegara.my/

Hubungi : +603-4108 3422/7/8

Faks : +603-4107 5375

1 Trackback / Pingback

  1. Tips Hadapi Anak Tantrum

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*