Assalammualaikum w.b.t

Cerita Lama Membawa Seribu Nasihat | Lega bila dapat rehatkan diri di rumah, yelah dah 3 hari berkursus di Seremban. Penat badan pun tak habis lagi ni, tapi kalau ada cerita arwah P.Ramlee mesti nak jugak tonton. Tak jemu-jemu rasanya tengok walaupun dah beribu kali ulangan. Nasib baiklah Astro memang jenis siaran yang ulang-ulang banyak kali (makna makna ni haha opss…). Mrsyanie rasa korang pun pasti tak jemu kan tengok cerita P.Ramlee, tapi kenapa cerita P.Ramlee menjadi cerita yang tak pernah jemu dari genarasi ke genarasi?

Kenapa Tidak Jemu Layan Cerita P.Ramlee
Kenapa Tidak Jemu Layan Cerita P.Ramlee

Kenapa Tidak Jemu Layan Cerita P.Ramlee

Memang tak pernah jemu kerana cerita zaman dahulu banyak sangat pengajaran dan tauladan untuk dicontohi. Bagi Mrsyanie cerita dahulu lebih banyak pengajaran dan menghiburkan berbanding drama zaman sekarang yang lebih kepada percintaan dan ada sesetengah yang menjadi kurang sesuai untuk tontonan umum. Cerita apa yang korang paling suka? Mrsyanie suka dengan cerita Pendekar Bujang Lapuk. Bukan sahaja lawak tetapi ada banyak pengajaran yang korang boleh ambil sebagai panduan dalam kehidupan. Cerita Penuh Klik SINI untuk tontonan.

5 Sebab Cerita P.Ramlee Tidak Jemu Untuk Tontonan:

  1. Penuh tauladan dan pengajaran
  2. Lawak dan menghiburkan
  3. Cerita yang santai dan tidak memerlukan berfikir tentang cerita yang ingin disampaikan
  4. Jalan cerita yang tersusun
  5. Lagu-lagu yang sedap didengar

Jom kita lihat antara 10 filem arwah P.Ramlee yang menjadi pilihan Mrsyanie:

  1. Pendekar Bujang  Lapok
  2. Seniman Bujang Lapok
  3. Madu Tiga
  4. Ibu Mertuaku
  5. Masam Masam Manis
  6. Anak Bapak
  7. Tiga Abdul
  8. Sarjan Hassan
  9. Nujum Pak Belalang
  10. Ali Baba Bujang Lapok

Penceritaan dan kisah yang santai membuat setiap cerita dahulu sangat mudah difahami dan tidak membuatkan penonton perlu berfikir lebih tentang jalan cerita. Lagi satu lagu yang dicipta dan didendangkan memang best dan sedap didengari tau.  Ianya filem dari generasi ke generasi yang menjadi tontonan ramai bagi rakyat Malaysia dan Singapore.

 

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

You may also like

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *