Online Game Dengan Konsep Memasak | Bila sebut memasak bukan hanya orang dewasa je suka ye, anak-anak pun turut suka. Kalau Mamayanie mula nak memasak mesti Abangfh akan datang tanya “Mama masak apa? Abangfh nak tolong”. Kini boleh dah bagi Abangfh praktis memasak sambil bermain di Culinaryschools.org Game Online Memasak yang sesuai untuk kanak-kanak.
Game Online Memasak Eksklusif Untuk Kanak-kanak
Bukan kata kanak-kanak akan teruja, Mamayanie sendiri pun teruja untuk bermain game online yang berkonsepkan memasak ini. Culinary Schools Games menawarkan beratus jenis permianan yang terdiri daripada pelbagai kategori menarik.
Kategori Permainan Culinaryschools.org Game Online
Setiap kategori yang disediakan berkonsepkan memasak dan keseronokan. Bukan itu sahaja ianya turut menerapkan elemen pendidikan untuk kanak-kanak. Menarik sangat untuk memberi anak-anak bermain bersama family. Sebagai Ibu Bapa kita inginkan sesuatu yang baik untuk mereka. Jadi daripada anak-anak bermain permainan yang tiada memberi manfaat, lebih baik kita berikan mereka permainan atas talian yang memberi pendidikan buat mereka.
Terdapat beberapa kategori permaian yang kanak-kanak boleh pilih, antaranya:
- Food Education Games (Cooking and Kitchen Work, Recycling, Farming)
- Serving Eaters (Grocery Stores, Drinks, Pizzarias, Cheeseburgers, Sandwich, Mexican food, Lunch, Dinner, Ice Cream , Desserts, Other Business Simulation Games)
- Other Fun Food-themed Games (Snake , Maze Attack Games , More Arcade Classic Games, Platform Games, Music Games, Glass Filling Games, Physics Puzzle Games, Slicing Games, Knife Throwing Games, Bubble Shooter Games, Match 3 Games , Tile Breaker Games, 2048 Games, Merge Games, Watermelon Games, Running Games, Flying Games, Driving Games ,& Idle Games)
- Brain Games (Word Games, Tetris Games, Memory & Matching Games, Mahjong Solitaire, Mahjong Connect, 3D Mahjong, Mahjong Solitaire, Paint by Number Games, Logic Puzzle Games, Puzzle Games, Hidden Objects, Math Games, Sorting Games, Solitaire Games & Card Games)
Dalam setiap kategori yang disediakan ada banyak pilihan game tau. Untuk keseluruhan game hampir ratusan jenis game yang ada dan menarik untuk dimain oleh kanak-kanak dan orang dewasa.
Game Online Percuma
Banyak pilihan permainan yang emnarik tau. Mamayanie sendiri teruja tengok permaianan yang emreka sediakan. Tambahan pula semua permainan atas talian ini adalah percuma. Antara permainan yang menjadi pilihan Mamayanie dan anak adalah:
The Boiled Eggs Game
Nampak simple tapi serius sangat menarik dan enjoy ye game ni. The Boiled Eggs adalah permainan bagaimana kita merebus telur dengan suhu yang baik dan kepantasan dalam merebus telur. Bila sampai 6 periuk itu, mula lah kelang kabut Mamayanie main haha Tapi sangat menarik dan boleh hilangkan stress jugak.
Ice Cream Bar Game
Ini permainan yang kanak-kanak suka sebab melibatkan ais krim. Anak Mamayanie suka game ini sebab dia melibatkan proses penyediaan aiskrim dan proses jual beli dengan pelanggan. Mamayanie pun khusus main game ini tau. Korang kena cuba game ini sebab menarik sangat.
Food Count
Ini antara permainan yang boleh korang berikan pada Kanak-kanak untuk sesi pembelajaran tau. Permainan yang berunsurkan matematik mudah yang boleh kanak-kanak belajar cara mengira seperti menambah.
Dimana pelbagai koleksi makanan yang akan dipaparkan seperti donut, ayam, cheese. Dari situ akan mengira berapa bilangan yang ada mengikut pada paparan dalam nota tu. Contoh dia nak donut sahaja, berapa bilangan donut yang ada dalam gambar tersebut.
Mamayanie suka bagi anak main game food count ini sebab dia boleh membantu pembelajaran dari aspek Matematik pengiraan. Main sambil belajar akan lebih menyeronokkan kanak-kanak tau.
Ini antara permainan yang menjadi pilihan Mamayanie dan Abangfh tau. Korang pulak bagaimana? Boleh lah korang cuba bermain di Culinaryschools.org Game Online Memasak.
Selain itu Mamayanie nak kongsikan antara website yang menarik jugak untuk korang layari bagi yang ingin menjadi berat badan atau pengiraan body weight.
- https://www.culinaryschools.org/blog/weight-loss/
- https://www.culinaryschools.org/blog/body-fat-calculator/
- https://www.culinaryschools.org/blog/workout-calories/
Selamat mencuba!
Leave a Reply