Assalammualaikum w.b.t
Ho Chi Minh City | Vietnam | Day 2 | Buah-buahan Tempatan | Tak habis lagi entry Mrsyanie tahu travel ke Vietnam. Banyak yang Mrsyanie nak ceritakan, moga setiap info yang diberikan sedikit sebanyak membantu korang yang nak travel ke Vietnam nanti. Selepas dah layan rasa madu, ehh madu lebah tau bukan madu lain hihi, kami teruskan untuk aktiviti seterusnya.
Hasil Seni Tempatan | Vietnam
Aktiviti seterusnya di Sungai Mekong adalah makan Buah-buahan Tempatan sambil layan nyanyian dari orang tempatan Vietnam. Sebelum kami ke resoran buah-buahan sempat jugak Msryanie dan group melihat jualan orang tempatan disini. Kebanyakkan jualan adalah hasil seni dan buatan tangan. Ada jugak benda-benda pelik yang msrayanie pertama kali tengok. Jom layan..
![]() |
siap bahasa Melayu pun ada tau |
Ha gambar dibawah ini lah pada mulanya Mrsyanie ingatkan minyak jampi apa lah siap ada binatang berbisa. Sekali baca dilabel tulisnya arak, tapi entahlah ada ke yang nak minum arak gtu hahaha.. Seram pulak tengok lelama tau. Jualan disini agak murah juga terutama beg-beg yang dihasilkan dari hasil tangan. Tapi Mrsyanie bukan pengemar beg galas, tak ada lah beli hihi Dah balik baru rasa rugi tak beli sebagai kenangan kan hihi..
Menikmati Buah-buahan Tempatan Vietnam
Seterunya kami dibawa ke restoran buah-buahan. Pada mulanya Mrsyanie ingat diorang nak hidangan buah durian, giler durian ni, teringin gak nak rasa durian Vietnam tapi punah harapan huhu.. Tak apalah layan makan buah-buahan yang lain. Antara yang dihidangkan adalah Tembikai, Ciku, buah Mata Kucing, Nenas dan Betik. Disertakan dengan pencicah garam dan sedikit asam, minuman pula teh hijau yang tak sedap hihi..
Sambil layan makan buah-buahan, kami dipersembahkan dengan nyanyian dari rakyat Tempatan Vietnam. Mula lagu Vietnam, satu apa tak paham, pastu diorang nyanyi lak lagu bahasa Melayu. hihih cecomel jew..
![]() |
Team lelaki teruja kot nak bergambar bersama penyanyi Vietnam hihi |
Mrsyanie pun nak jugak lah kan bergambar dengan antara penyanyi muda Vietnam hihi.. Diorang tak faham pun cakap bahasa Melayu tetapi diorang dapat menghafal lagu-lagu dalam bahasa Melayu. Mudah belajar bahasa Melayu kita, tapi masih ada yang tidak bangga untuk bercakap dalam bahasa Melayu kan. ehh lagi tajuk kejap..hihi Apa-apa pun walaupun kejap je diorang nyanyi tapi enjoy dan seronok dapat emrasai suasana disana. Jauh beza kemajuan kita dengan sana. Alhamdulillah kerana dilahirkan sebagai rakyat Malaysia. !!
Boleh jugak klik entry dibawah:
- Part 1 Vietnam (Day 1)
- Part 2 Vietnam (Day 1)
- Part 3 Vietnam (Day 1)
- Part 4 Vietnam (Day 1)
- Part 5 Vietnam (Day 2)
- Part 6 Vietnam (Day 2)
- Part 7 Vietnam (Day 2)
bestnya!!!
beg tu cantik!!!
penyanyi yang rambut panjang sampai lantai tu tak da yer…:)
akak…bila laa yaya dpt g sana…
Alaaa x dpt rasa buah durian vietnam ye…wahhh lawanya penyanyi2 vietnam ni dik yanie…pesal diorang flawless sgt ek…