Cuci Gambar Mahal Sekarang?

Assalammualaikum w.b.t

Cuci Gambar Dengan Photobook Website Lebih Murah | Lama dah Mrsyanie nak cuci gambar-gambar yang lama berkurun tersimpan baik dalam laptop ni. Bila pikir lama sangat tersimpan rapi risau pulak kang terjadi apa-apa pada laptop sayang je kan gambar yang ditangkap. Tiada lah kenangan terindah dapat diimbas kembali. cewah.. Gambar pergi Vietnam, Hong Kong, Macau dan baru ni Bali banyak tak diprintkan. Jadi semalam buat sesi memilih gambar yang sesuai dan terbaik untuk diprintkan dan diabadikan dalam album pulak. Tapi terkejut harga sekeping gambar untuk diprintkan meningkat?

Cuci Gambar Dengan Photobook Website Lebih Murah
Cuci Gambar Dengan Photobook Website Lebih Murah

Cuci Gambar Mahal Sekarang?

Huwaa berkurun ke Mrsyanie ni tak cuci gambar? Ermm seingat dulu cuci sekeping gambar hanya RM0.40 paling tinggi untuk saiz gambar 4R tau. Tapi sekarang hampir seluruh kedai gambar Tanjung Malim ini Mrsyanie terjah dan tanya harga. Rata-rata sekeping RM0.60 untuk gambar berkuantiti 200 keping ke atas. Menangis rasanya kalau nak cuci semua gambar yang ada dalam simpanan ni tau.

Cuci Gambar Dengan Photobook Website Lebih Murah
Photobook Malaysia

Cuci Gambar Dengan Photobook Website Lebih Murah

Akhirnya Mrsyanie tak jadi nak printkan yelah kalau 200 keping dah berapa. Ini lebih dari 500 keping gambar. Tadi sempat lah Mrsyanie cuba cari print gambar secara online mana tahu dapat murah dan terjumpa page Photobook Malaysia. Ingatkan harganya mahal sebab agak terkenal jugak website ini dalam bidang perkhidmatan gambar dan printing. Punya godek-godek dalam website, wah terkejut Mrsyanie kira-kira kalau cuci gambar 500 keping bersaiz 4R boleh dapat harga sekeping RM 0.318 tau, ini dah termasuk kos gst ye. Tapi postage diberikan percuma bagi pembelian RM150 keatas. Jadi Mrsyanie tak perlu bayar kos penghantaran hihi.. Tak perlu nak habiskan duit minyak kereta dan bayaran parking untuk ke kedai gambar.

See also  Kekal Cantik Dan Bertenaga Dari Dalaman
Cuci Gambar Dengan Photobook Website Lebih Murah
Resit pembayaran secara online
Cuci Gambar Dengan Photobook Website Lebih Murah
photobook

Mrsyanie pernah buat sekali dengan photobook Malaysia. Jenis photobook 8”x8” dapat produk dengan puas hati dan berbaloi tau. Tapi kali ini Mrsyanie tak tahu lagi sebab Mrsyanie gunakan perkhidmatan untuk print gambar 4R. Nanti dah dapat produknya Mrsyanie akan updated semula kualiti yang diterima tau. Jadi kenapa perlu bayar lebih.. yeahh!! Boleh cuci gambar banyak-banyak. Dan sekarang ada promosi tau cuci gambar bersaiz 4R sebanyak 500 keping dengan harga RM50.00 sahaj tapi belum termasuk postagedan gst ye. Tapi masih dalam harga yang berbaloi dan murah!

Untuk maklumat lanjut:

Website: http://www.photobook.com.my/

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

15 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*