Yeah! Kembali Ke Sekolah Promosi Pusat Pakaian Hari-Hari

Yeah! Kembali Ke Sekolah | Sekejap je rasa cuti sekolah dah sampai pertengahan bulan. Persiapan persekolah perlu dibuat bagi memastikan persiapan berjalan dengan lancar dan tidak lah kalut dihujung cuti nanti. Mamayanie kali ini lebih excited dan risau pun ada jugak. Sebab tahun ini adalah tahun dimana Abangfh akan masuk ke Pra-Sekolah di sekolah kebangsaan.

Tidak lagi disekolah lama nya, sebab itu sebagai seorang Mama perasaan bimbang tetap ada. Jadi Mamayanie tak nak kalut kalau beli dihujung cuti nanti. Beli awal dapat jugak lah kita pilih saiz dan design yang menarik dan cantik. Pusat Pakaian Hari-Hari Promosi Yeah! Kembali Ke Sekolah telah berlangsung tau. Antara kedai pakaian kegemaran Mamayanie untuk keperluan sekolah dan pakaian harian atau jalan.

Alhamdulillah selesai persiapan sekolah di Pusat Pakaian Hari-hari untuk Abangfh ke Pra-Sekolah!

Yeah! Kembali Ke Sekolah

Pusat Pakaian Hari-Hari One Stop Center

Jika sebut sahaja Pusat Pakaian Hari-hari mesti ramai dah kenal kan. Ianya merupakan salah satu pusat pakaian yang menjadi One Stop Center. Bukan hanya menyediakan pakaian tetapi mempunyai pelbagai lagi keperluan terutamanya untuk keperluan sekolah.

Malah pakaian harian pun Mamayanie lebih suka beli disini tau. Tak lama lagi kita nak sambut Puasa dan Raya kan, korang jugak boleh beli baju Raya disini. Sebab ianya banyak pilihan dari segi design, jenis dan kualiti kain. Saiz pun macam-macam ada, jadinya senang beli baju untuk abang dan adik sekali satu tempat.

See also  Rizq Design Hasilkan Jubah Lelaki Moden

Yeah! Kembali Ke Sekolah

Promo kembali ke sekolah telah berlangsung di Pusat Pakaian Hari-hari yang mana korang boleh dapatkan pelbagai pilihan design baru dan jugak harga yang berpatutan.

Keperluan Asas Sekolah Lengkap Disediakan

Pusat Pakaian Hari-hari menyediakan segala keperluan sekolah dari pakaian sekolah (baju & seluar), sampin, songkok, tudung sekolah, kasut sekolah, beg sekolah dan keperluan alat tulis turut disediakan disini. Sebab itu setiap tahun bila buat persiapan persekolah anak-anak, Mamayanie akan ke Pusat Pakaian Hari-Hari One Stop Center.

Yeah! Kembali Ke Sekolah
Yeah! Kembali Ke Sekolah Promosi Pusat Pakaian Hari-Hari

Untuk anak-anak Pra-Sekolah, pakaian harian mereka adalah tshirt bewarna putih dan seluar sukan warna hitam atau biru gelab. Pelbagai pilihan baju dan seluar korang boleh pilih dekat sini. Macam Mamayanie belikan tshirt lengan pendek dan kain jenis cotton untuk Abangfh sebab cuaca sekarang agak panas.

Mamayanie perhatiankan di Pusat Pakaian Hari-hari terdapat pelbagai jenis baju sekolah dan warna ye. Jika anak korang pengawas baju biru pun boleh beli disini.

Yeah! Kembali Ke Sekolah
Yeah! Kembali Ke Sekolah

Alatan Tulis dan Lain-lain Juga Disediakan

Gelaran One Stop Center bukan saja-saja ye. Sebab ini Pusat Pakaian Hari-hari digelar One Stop Center kerana ianya menyediakan keperluan lengkap untuk kembali ke sekolah termasuk alatan tulis, beg sekolah, stokin, botol air dan sebagainya. Malah korang juga boleh dapatkan keperluan solat seperti telekung dan kopiah untuk anak-anak.

Yeah! Kembali Ke Sekolah
Yeah! Kembali Ke Sekolah

Harga Lebih Jimat dengan Promosi Yeah! Kembali Ke Sekolah

Ini paling penting dalam pemilihan kedai hihi Bukan apa untuk tahun ini kita turut sambut bulan Puasa seresntak dengan tarikh kemasukkan sekolah anak-anak. Jadi dua (2) persiapan yang perlu kita sediakan iaitu persiapan persekolah dan persiapan Raya nanti.

Disini harga sangat berpatutan dan kualiti jugak bagus ye. Walaupun harganya murah tapi kualiti kain sangat bagus sebab tahun lepas pun Mamayanie dah beli dan nampak kualitinya. Jadi lah pengguna yang bijak dalam memilih, jadi korang kena datang shopping disini.

See also  Simple Contest Le'sanda Sweet Foundation

Perkhidmatan Tukar Disediakan

Salah beli saiz? Tersilap warna baju?

Jangan risau mama-mama semua. Di Pusat Pakaian Hari-hari menyediakan perkhidmatan pertukaran jika korang tersalah beli saiz atau warna. Yelah kalau korang tak sempat bawa anak-anak sekali untuk shopping risau saiz tak kena kan. Disini korang boleh bawa semula baju atau pakaian yang tersalah itu untuk pertukaran tetapi pastikan korang simpan resit dan pertukaran dalam tempoh yang diberikan tau.

Cawangan Pusat Pakaian Hari-hari Di Seluruh Malaysia

Cawangan Pusat Pakaian Hari-hari mempunyai 109 cawangan di seluruh Malaysia. Jadi tiada maslaah untuk korang dapatkan keperluan sekolah disini tau. Korang boleh lihat cawangan yang terdekat dengan korang di http://www.hari.com.my/locator/.

Malah di Sarawak juga terdapat 4 cawangan Pusat Pakaian Hari-hari tau. Korang jom kita support lagi mereka untuk lebih banyak cawangan akan dibuka di seluruh Malaysia.

Selain cawangan yang banyak, perkhidmatan dari staff juga sangat baik ye. Diorang akan layan setiap pelanggan yang hadir dan korang boleh tanya mereka untuk mencari saiz atau apa sahaja mengenai pakaian atau barang di sana.

Pembelian Online untuk Yeah! Kembali Ke Sekolah

Sekarang ini semua mudah dengan pembelian atas talian (online). Pusat Pakaian Hari-hari juga menyediakan platform pembelian atas talina (online) tau untuk kempen kembali ke sekolah ini. Korang boleh dapatkan di:

  • Shoppe: https://shoppe.com.my/harihari_

Mudah sekarang boleh je korang pilih nak datang ke kedai (store) atau buat pembelian secara online. Macam Mamayanie beli di kedai senang sebab berdekatan dengan rumah je. Lepas boleh buat pilihan dan test terus pada anak. Apa pun pilihan, jangan lupa dengan Pusat Pakaian Hari-hari tau.

See also  Kekal Kesihatan Dalaman Dengan Bowel dan Women Wellness Himalaya

Lokasi Pusat Pakaian Hari-hari di cawangan Tanjung Malim Perak

Alamat: No.30, 32 & 32A, Jalan Setia Utama, 35900 Tanjong Malim, Perak

Untuk maklumat lanjut

Hari-Hari Online Store: http://ehari.com.my

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*