Buffet Ramadan 2024 Klana Beach Resort Port Dickson – Sajian Nasi Padang & Selero Negeri Sembilan

Buffet Ramadan 2024 Klana Beach Resort Port Dickson | Dengan mewarnai Ramadan 2024 tahun ini, Klana Beach Resort Port Dickson kembali dengan sajian buffet Ramadan dengan keunikkan sajian. Setiap tahun Klana Beach Resort akan memberikan yang terbaik untuk setiap pengunjungnya. Tak sabar pulak rasanya menanti Ramadan ini. Malu-malu pulak para pemuzik tradisional ini bergambar dengan Mamayanie hihi Alunan muzik mereka sangat indah sambil menikmati makanan dan pemandangan disini.

Buffet Ramadan 2024 Klana Beach Resort Port Dickson

Klana Beach Resort Port Dickson

Kalau korang nak tahu Klana Beach Resort PD merupakan resort yang menjadi pilihan Mamayanie jika bercuti ke Port Dickson. Ia kerana kedudukan resort betul-betul dihadapan laut yang sangat cantik dan menjadi pilihan untuk healing. Malah ianya merupakan satu-satunya resort yang Mamayanie jumpa menekankan konsep Islamik dan patuh Syariah.

Kiranya ini kali kedua Mamayanie datang ke sini untuk percutian cuti sekolah 2hari 1malam di Port Dickson Negeri Sembilan. InsyaAllah ada rezeki lagi kami akan sampai kesini lagi untuk bercuti bersama keluarga.

Buffet Ramadan 2024 Klana Beach Resort Port Dickson

Buffet Ramadan Klana Beach Resort 2024

Tahun 2024 kali ini pihak resort bakal menyajikan hidangan dengan bertemakan Sajian Nasi Padang & Selero Negeri Sembilan. Ia memberikan satu hidangan yang penuh menyelerakan bakal dirasai pada Ramadan kali ini.

See also  Rasai Ikan Patin Tempoyak Asli Dari Pahang | Istana Bambu Restoran

Diketuai oleh Chef Sidi bersama pasukan, mereka akan menyajikan pelbagai hidangan yang pasti menjadi kegemaran ramai khususnya bagi mereka yang menantikan masakan Negeri Sembilan. Menu-menu yang bakal diketengahkan pada Ramadan kali ini berinspirasikan dari Nasi Padang dan Selero Negeri Sembilan.

Seleksi Menu Buffet Ramadan 2024

Menu-menu menarik dari Selera Nasi Padang seperti Masak Lemak Ayam Padang, Gulai Nangka Telur Sotong, Tempe Masak Kicap, Gulai Daging, dan Sambal Ikan Goreng.

Bukan itu sahaja malah masakan Negeri Sembilan yang menjadi pilihan pengunjung setiap tahun. Menu seperti Rendang Pucuk Maman, Keli Masak Lomak Ciliapi, Asam Podeh dan Gulai Urat Keting, Sambal Kering Pucuk Ubi Ikan Bilis, dan Daging Dendeng Batakok. Bermacam lagi menu yang pasti membangkit selera pengunjung bakal disajikan.

Korang wajib rasa tau Rendang Pucuk Maman dan Sambal Kering Pucuk Ubi Ikan Bilis kerana ianya jarang jumpa di tempat lain ye. Hanya di Klana Beach Resort Buffet Ramadan je tau.

Sajian Istimewa Buffet Ramadan

  • Kibas Golek

Ini sajian istimewa yang wajib korang rasa ye. Kibas golek yang sentiasa menjadi rebutan dan buruan pada pengunjung setiap kali buffet Ramadan. Kira dah jadi menu wajib setiap kali buffet Ramadan di Klana Beach Resort Port Dickson.

Buffet Ramadan 2024 Klana Beach Resort Port Dickson
Buffet Ramadan 2024 Klana Beach Resort Port Dickson
  • Sup Kibas

Ianya mendapat permintaan yang tinggi dari para pengunjung setiap kali buffet Ramadan. Masakan yang memang kaw dan cukup rasa bersesuaian dengan rasa daging Kibas.

Buffet Ramadan 2024 Klana Beach Resort Port Dickson

Mamayanie tak pernah makan Kibas, kali pertama rasa pun hanya dekat Klana Beach Resort PD ini lah. Rasanya lain sedikit dari Kambing tapi masih ada bau-bau ala Kambing gitu.

Masakan Panas Tetap Disajikan

Bukan hanya disajikan dengan sajian Nasi Padang dan Selero Negeri Sembilan, tapi mereka juga menyediakan masakan panas untuk pengunjung. Masakan yang akan dimasak di setiap kioks-kioks untuk pengunjung. Antara menu yang bakal menjadi pilihan seperti Satay, Mini Apam Balik, Murtabak Ayam dan Daging, dan masakan goreng-goreng.

See also  Ajaran Qadiani (Ahmadiah) Ajaran Sesat & Menyimpang Dari Landasan Islam Sebenar!
Buffet Ramadan 2024 Klana Beach Resort Port Dickson
Buffet Ramadan 2024 Klana Beach Resort Port Dickson
Buffet Ramadan 2024 Klana

Menu Kanak-kanak Tidak Dilupakan

Setiap buffet Ramadan Mamayanie akan pastikan yang buffet Ramadan Mamayanie pergi mesti ada menu untuk kanak-kanak. Yelah tak akan kita makan sedap-sedap tapi anak tengok je hihi Mesti ada menu khas untuk anak-anak makan yang kena dengan selera mereka.

Menu kanak-kanak tidak dilupakan, antara menjadi pilihan kanak-kanak seperti Spaghetti Carbonara yang penuh berlemak dan padat isinya. Selain itu terdapat juga pencuci mulut yang menjadi buruan ramai seperti kek, kuih-muih dan sebagainya.

Buffet Ramadan 2024 Klana Beach Resort Port Dickson
Buffet Ramadan 2024 Klana Beach Resort Port Dickson

Lima Putaran Menu Buffet Ramadan 2024 Klana Beach Resort

Buffet Ramadan 2024 Klana Beach Resort Port Dickson akan menawarkan 5 putaran menu yang berbeza-beza. Maknya bukan lah menu yang sama dari awal hingga akhir Ramadan. Korang boleh rasai pelbagai variasi menu yang akan disajikan bermula dari 3 Ramadan sehingga 27 Ramadan 1445H.

Mengadakan Solat Terawih Berjemaah

Selain daripada berbuka puasa, Klana Beach Resort PD turut mengadakan Solat Terawih berjemaah yang dipimpin oleh Iman jemputan sekitar Port Dickson bagi tujuan ibadah pengunjung. Selepas berbuka, korang boleh terus Solat Terawih berjemaah yang disediakan tempat di Balai Cerap dengan tempat yang selesa.

Harga Buffet Ramadan 2024 & Sumbangan

  • Harga dewasa: RM69.00
  • Harga Kanak-kanak, Warga emas & Orang kelainan upaya (OKU): RM30.00

Jangan lepaskan peluang merebut tawaran potongan harga istimewa (early-bird) serendah RM60.00 sahaja untuk dewasa sebelum 1 Ramadan ini.

Selain itu disamping menjamu selera di Buffet Ramadan, korang secara tidak langsung turut menyumbang RM1 bagi setiap pembelian voucer dimana ianya akan disalurkan kepada tabung Wakaf Tunai Majlis Agama Islam Negeri Sembilan sebagai saham akhirat korang. Sambil kita menikmati rezeki yang diberikan Allah SWT, sambil itu kita beramal kejalan Allah SWT, insyaAllah.

See also  Buymall | Online Shopping Malaysia No.1 Trusted Taobao Expert

Tawaran Menarik Pakej Penginapan dan Pakej Seminar di Klana Beach Resort 2024

Bukan sahaja pakej berbuka puasa yang ditawarkan, malah pakej penginapan dan seminar juga ditawarkan untuk bulan Ramadan ini. Pakej penginapan untuk bulan puasa turut dilengkapi dengan pakej bersahur tau.

Lokasi & Tempahan Buffet Ramadan 2024

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Klana Beach Resort Port Dickson di talian 06-6487888 / sales@klanabeachresortpd.com.my.

Alamat: Kompleks Baitul Hilal Lot 4506 Batu 8, Jalan Pantai 71050 Port Dickson Negeri Sembilan, Malaysia

Untuk Maklumat Lanjut

Telefon: +606 6487888

Facebook: https://www.facebook.com/klanabeachresortpd

Website: www.klanabeachresortpd.com.my

Untuk video: https://www.instagram.com/p/C3otYA1PHCo/

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*