Gaji Pertama Dengan Google AdSense

Assalamualaikum w.b.t | Rezeki Selepas Hampir 10 Tahun Menulis | Dah lama jugak sebenarnya daftar bersama Google AdSense (rasanya dalam 2tahun jugak lepas dapat surat pin dari Google AdSense) tapi tahun ini permulaan untuk merasa gaji pertama dengan Google AdSense.

Setiap blog masing-masing berbeza tau, sebenarnya agak terlewat jugak untuk Mamayanie tapi tak pe kita mula perlahan-lahan ye. Sejak blog ada masalah dulu uv dan pv blog memang drop tapi alhamdulillah makin hari makin naik semula. Ibarat kita kena mulakan semula lah untuk stabilkan balik statistik blog ni. Terkini baru Mamayanie dapat merasa gaji pertama dengan Google AdSense.

Bagi Mamayanie walaupun kita tak dapat capai setiap bulan nilai minimum USD100 tapi bila sikit-sikit akan capai jugak. Ianya pelaburan jangka masa panjang untuk yang ada blog. Jadi jangan putus asa dan teruskan menulis.

Gaji Pertama Dengan Google AdSense

Gaji Pertama Dengan Google AdSense

Google AdSense kalau nak cashout korang perlu ada minimum USD100 tau. Alhamdulillah tercapai jugak lah nilai tu baru-baru ini. Walaupun baru capai USD100, tapi terasa gembiranya dan syukur sangat sebab berjaya lah jugak capai gaji pertama bersama dengan Google AdSense. Gaji ini belum masuk bank lagi ye, masih lagi di Google AdSense. Kebiasaan yang Mamayanie google dan tanya kawan-kawan, pembayaran akan dilakukan pada tarikh 21hb keatas.

Gaji Pertama Dengan Google AdSense

Ada yang bertanya macam mana kaedah pembayaran gaji dengan Google AdSense ini?

Ada 3 cara kalau tak silap Mamayanie, iaitu melalui pindahan terus ke akaun (wire transfer), melalui cek, atau boleh pilih melalui western union.

Selain daripada blog, sebenarnya Youtube jugak korang boleh daftarkan dengan Google AdSense ini. Caranya tetap sama untuk sistem pengiklanan, cuma kalau Youtube korang kenalah tengok iklannya dan sama dengan blog boleh klik ye.

See also  Kewajipan Zakat Untuk Keberkatan Hidup Keluarga : Zakat@FAMILY Diperkenalkan

Cara untuk daftar korang boleh ke website https://adsense.google.com/start/

Terima kasih pada yang beri sokongan dan membaca blog Mamayanie dan jangan lupa layan lah iklan-iklan di blog sama ye. hihi

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*