Detik Demi Detik Hadirnya Seorang Penyeri | Macam tak percaya akhirnya Mamayanie bergelar seorang Mama, Ibu, Mak, Mummy, Ummi atau apa sahaja panggilan yang diberikan yang membawa maksud yang sama. Tapi Mamayanie pilih gelaran Mama hihi Kiranya macam nak sweet-sweet gitu. haha Ok saja je semuanya sama indah gelaran itu.
Selalu orang kata rezeki tidak pernah salah alamat, yup itu Mamayanie tidak nafikan. Rezeki yang hadir pasti akan diberikan oleh Allah SWT tepat pada waktunya. Rezeki yang diberikan juga kadang-kadang merupakan dugaan atau kekuatan buat kita.
BACA: Cara untuk move on
Mama Gelaran Paling Indah Dalam Hidup
Alhamdulillah dah genap 3bulan anak Mamayanie yang telah dilahirkan secara normal pada 9 Julai 2018 tepat jam 6.12 petang di Hospital Slim River Perak, anak Perak ini yop hihi. Cakap pasal anak, Mamayanie hampir 7 tahun menanti untuk dikurniakan anak. Macam-macam ikhtiar dan usaha yang Mamayanie lakukan. Kalau bab orang asyik tanya itu, ermm dah jadi satu persoalan lali buat Mamayanie.
Tipulah kalau kata awal perkahwinan bila orang tanya pasal zuriat, kelu lidah nak berkata dan kaku bibir untuk memberikan senyuman. Menahan sebak jangan dikatakan, air mata hampir kering rasanya. Tapi alhamdulillah 7tahun yang lepas suami, keluarga Mamayanie dan keluarga mertua tidak pernah menganggap itu satu kesalahan atau kekurangan. Diorang sangat memahami dan sentiasa berdoa yang terbaik buat kami.
Penantian 7 Tahun Hadirnya Seorang Penyeri Zuriat
Macam-macam cara atau ikhtiar yang kami lakukan dan sampai satu tahap rasa tak nak buat apa-apa. Tapi niat dan berharap tidak pernah luput. Selepas berkahwin hampir setahun jugak Mamayanie tidak datang bulan (period), katanya hormon kacau. Mamayanie dapatkan rawatan untuk perbetulkan hormom di hospital kerajaan, hampir setahun jugak nak bagi hormon kembali seperti zaman anak dara hihi Walaupun bulan dah kembali tiba (period), tapi masih tidak teratur sangat.
Doktor teruskan rawatan untuk kami dapatkan zuriat. Mamayanie disahkan ada PCOS, apa itu( alah korang google ye nanti) hihi. Antara caranya adaah kurangkan berat badan, tapi yelah bukan mudah nak turunkan berat badan kalu tak tekad (Mamayanie bab ini payah sikit). Walaupun macam itu, doktor tetap berikan rawatan terbaik untuk Mamayanie dalam usaha dapatkan zuriat. Ulang alik hospital jangan katalah kan, memang selalu lah dan setiap bulan.
Hadirnya Seorang Penyeri
Terima kasih doktor dan nurse di Hospital Slim River yang memberikan rawatan yang baik untuk Mamayanie. Dalam rawatan di hospital, Mamayanie ada jugak cari jalan yang lain. Mengurut salah satu caranya, ini kalau tanya emak-emak dema suruh mengurutkan. Banyak orang dah mengurutkan Mamayanie tapi belum rezeki.
Tahun 2016 kami diberikan rawatan Intrauterine insemination (IUI) atau bahasa kita sebut rawatan kesuburan. Mamayanie buat dekat Hospital Ipoh (dirujuk oleh doktor Slim River ke Hospital Ipoh) dengan Doktor pakar, baik Doktornya (Doktor Cina lelaki, lupa lak namanya) dan doktor ini tidak pernah nak berikan tekanan mengenai berat badan. Jadi tak ada lah tekanan sangat kan. Tapi masih belum rezeki, doktor suruh kami rehat dalam 3 bulan baru mula semula untuk IUI.
Tapi Mamayanie tangguh terus setahun, haha. Waktu itu Mamayanie dah sampai satu tahap yang malas nak pikir dan cuba. Sehingga tahun pertengahan 2017 yang menjadi satu titik permulaan yang membuka semula hati Mamayanie untuk terus berusaha semula. Dugaan melanda ibarat ombak Tsunami, siapa sangka tetapi Allah SWT memberikan cahaya didalam gelab buat Mamayanie.
Usaha Untuk Hamil
Mamayanie usaha kurangkan berat badan tapi bukan niat untuk zuriat asalnya. Tapi untuk kesihatan diri sendiri, Mamayanie jalankan program diet bersama dengan Kak Diana (Pemilik Qolbun Salim HomeSpa). Sambil itu Mamayanie amalkan juga pemakanan sihat untuk kesuburan.
Alhamdulillah bulan November (11) 2017, Mamayanie disahkan mengandung buat pertama kali dalam hidup. Waktu tahu itu, pelbagai perasaan ada. Pengalaman apabila Mamayanie disahkan hamil sempat lagi makan durian tau. Ini hanyalah ringkasan pengalaman hidup Mamayanie. Kini babyfh genab 3 bulan dan. Mama sentiasa doakan anak mama panjang umur, sihat, jadi anak yg soleh, sentiasa dimurahkan rezeki, diberi kebahagian dunia akhirat dan semua yang baik-baik untuk anak mama. Aamin.
Dalam masa 3bulan ini jugak mama banyak belajar erti kesabaran dan sentiasa bersyukur dari anak mama ini. Syukur sangat kepada Allah SWT kerana hadirnya seorang penyeri dan kurniakan anak yang sangat baik buat Mamayanie. Alhamdulillah! tak terkata syukur dan bertuahnya Mamayanie.
Ahamd Faiz Hayyan nama yang diberikan atau dikenali sebagai babyfh. Dia menjadi kekuatan buat mama yang telah dikurniakan oleh Allah SWT. Mama tahu mama tak sempurna tapi mama akan berikan yang terbaik untuk anak mama. Alhamdulillah.
BABYFH|3BULAN {09julai2018}
Yanieyusuf.com
Alhamdulillah….syukur sangat-sangat.
Alhamdulillah. Akhirnya Allah hadiahkan mamaYanie Pelangi yang sangat indah.Tahniah mama. Comel Faiz Hayyan.