Avant Chocolate Cameron Highlands Antara Lokasi Menarik Untuk Dikunjungi

Assalamualaikum w.b.t | Cameron Highlands Penuh Rasa Cinta | Ibarat cinta gabungan buah Strawberry dengan Coklat, begitulah rasanya bila dapat jejakkan kaki ke Cameron Highlands untuk kali ke berapa pun Mrsyanie tak ingat. Memang tak dapat dipisahkan kalau kesini untuk rasa cinta pada buah Strawberry, nikmat makan disana berbeza. Mungkin sebab cuaca dan rasa segar buahnya dengan gabungan coklat yang sungguh manis. hihi Tambahan pula ada satu lokasi menarik Cameron Highlands Avant Chocolate & Ice Cream nama diberi.

Lokasi Menarik Cameron Highlands

Lokasi Menarik Cameron Highlands Avant Chocolate

Bagi yang mencari destinasi untuk riadah bersama keluarga tetapi mencari lokasi selain dari Pantai atau pusat perlancongan yang lain, korang boleh lah datang ke Cameron Highlands. Lokasi yang penuh dengan keindahan alam semulajadi dan cuaca yang nyaman sejuk. Kali ini Mrsyanie ke Cameron Highlands dibawa oleh adik Mrsyanie iaitu Syima Yusuf bersama Mak. Almaklumlah orang tu bawa keluarkan kereta barunya, rezeki jugak untuk Mrsyanie boleh lah ajak dia kemana je lepas ni. hihi

Ikutkan Cameron Highlands lokasi yang dah beberapa kali Mrsyanie jejak, samada tidur sana atau balik hari tapi kali ini agak berbeza sedikit. Mrsyanie bukan hanya bawa diri sendiri tetapi membawa satu lagi nyawa dalam perut comel Mrsyanie. Alhamdulillah rasa kenikmatannya sangat berbeza. Hanya Allah SWT yang tahu betapa syukurnya.

Avant Chocolate Cameron Highlands

Antara lokasi menarik Cameron Highlands Avant Chocolate menjadi salah satu tumpuan setiap pengunjung ke sini. Ianya terletak di Kampung Raja Cameron Highland. Lebih mudah untuk mengetahuinya jika korang melalui jalan dari Ipoh ke Cameron Highland, korang akan jumpa lokasi ini terlebih dahulu yang terletak disebelah kiri pemanduan.

Lokasi Menarik Cameron Highlands
Lokasi Menarik Cameron Highlands Avant Chocolate

Lokasi Menarik Cameron Highlands di Avant Chocolate

Disini mempunyai 2 gabungan konsep , iaitu Green Garden View dan Strawberry Moment Dessert Cafe. Dimana disini bukan sahaja memberikan korang pemandangan yang cantik dengan hiasan alam flora, tanaman segar buah Strawberry dan konsep dekorasi yang menarik, malah disini juga menyediakan cafe untuk korang beristirehat.

See also  PG Mall Merchant Recruitment Incentive – Jana Pendapatan Tanpa Modal

Green Garden View

Lokasi Menarik Cameron Highlands
Lokasi Menarik Cameron Highlands

Di Green Garden View terdapat beberapa spot menarik, anataranya tanaman Strawberry, House of Lavender dan Make A wish. Sewaktu Mrsyanie sampai, House of Lavender tutup atas sebab tak tahu kenapa. Tapi dapat jugaklah Mrsyanie tengok pokok Lavender yang ditanam dikawasan sini.

Make A wish merupakan satu laluan yang disinikan untuk korang letakkan hajat korang dalam botol dan digantung disini. Alah konsepnya sama seperti yang kat Korea tu, pakai padlock, cuma disini menggunakan kertas masuk dalam botol perfume yang comel jew. Tapi korang jangan percaya pula hajat akan tercapai ye, lebih baik bergantung pada Tuhan. Setakat nak syok-syok boleh lah, tapi Mrsyanie sayang duit hihi. Dari melabur kesini baik simpan untuk makan dicafe dia nanti hihi.

Lokasi Menarik Cameron Highlands
Lokasi Menarik Cameron Highlands
Lokasi Menarik Cameron Highlands
Lokasi Menarik Cameron Highlands

Strawberry Moment Dessert Cafe

Ini merupakan tempat kegemaran hihi Mau tak nya makanan yang disediakan disini kebanyakkan berasaskan Strawberry, Ice Cream dan coklat.  Korang boleh makan disini atau bawa pulang, tapi bagi Mrsyanie baik makan dekat situ rasanya lagi enak dengan suasana keindahan alam semulajadi dan dekorasi lanskapnya yang cantik.

Selain makanan basah, ada juga disediakan makanan kering yang siap pack untuk dibawa balik. Sini memang lokasi untuk korang yang memang gemarkan berasakan coklat. Agaknya macam mana mama buyong nak kawal makan kan bila tengok semua yang disediakan meliurkan. Lepas bersalin memang kena pantang betul-betul ini, nampak gayanya kena lah join Cabaran Jom Kurus hihi

Lokasi Menarik Cameron Highlands
Lokasi Menarik Cameron Highlands
Strawberry Puff
Lokasi Menarik Cameron Highlands
Ice Cream Strawberry Cake

Avant Chocolate ini beroperasi pada setiap hari bermula jam 9.00 pagi sehingga 6.30 petang. Jika korang ke Cameron Highlands jangan lupa singgah sini tau untuk bergambar dihadapan pintu warna warni tu dan tanda I Love Cameron Highlands.

See also  Selamat Dengan Sabun Organik Zing+ Detergent Film

Untuk maklumat lanjut

Avant Chocolate & Ice Cream Cameron Highlands

Alamat: 11, Taman Matahari Cerah, Kampung Raja,

39010, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.

Kode GPS: 4.579943, 101.379882

Website: www.avantchocolate.com

Email: avantchocolate@gmail.com

No Tel: +6 05 – 4981 982

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

16 Comments

  1. Halal ke kak tmpt nih? Sbb saya cuba cari logo halal kt kotak, x jumpa, tk tauu la kalau saya tersilap pandang, tpi mmg x jmpa logo halal

    • Betul..saya slalu singgah.tp utk ke toilet n amik gambo je la.nak makan x brani sbb x dak terpampang sijil halal.yg peliknya melayu islam ramai makan situ

  2. Pastikan makanan halal sebelum promosi.
    Pemandangan ok tiada halal haramnya. Jaga hak orang islam. Halal dan bersih
    Dont take things for granted
    Kalau semua muslim masuk dan tanya halal certificate In Syaa Allah pengusaha akan dptkn halal certificata. Hak pengguna.

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Aktiviti Menarik di Cameron Highlands
  2. Lawatan ke Cameron Highlands Avant Chocolate & Ice Cream - Green View Garden Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*