Turun Berat Badan Secara Sihat 10kg

Assalamualaikum w.b.t

Menu Diet Seimbang | Lama Mrsyanie dah tak berblogkan, ha bila muncul je dengan entry tips kurangkan berat badan mudah dengan pemakanan sihat. Alhamdulillah mungkin ada ramai yang nampak perubahan dari segi fizikal Mrsyanie baru-baru ini. Walaupun tak ketara sangat tapi alhamdulillah ianya menampakkan hasil tau. Apakah?

Tips Kurangkan Berat Badan Mudah Dengan Pemakanan Sihat
Tips Kurangkan Berat Badan Mudah Dengan Pemakanan Sihat

Tips Kurangkan Berat Badan Mudah Dengan Pemakanan Sihat

Pengurangkan berat badan antara azam setiap wanita khususnya setiap tahun kan. Tambahan tahun 2017 pun dah nak berlalu pergi, tapi azam awal tahun untuk kurangkan berat badan masih belum tercapai. Ermm Mrsyanie antara salah seorang yang setiap tahun berazam untuk kurus tapi sampai kesudah tak turun jugak. Makin naik adalah kan dengan pelbagai aktiviti makan-makan hihi. Tambahan kalau pergi ”food review”, rasa dunia ini ‘anna’ yang punya haha

Nasi Bamboo Sungai Klah
Nasi Bamboo Sungai Klah

Tapi alhamdulillah dengan cara yang betul dan tips kurangkan berat badan mudah dengan pemakanan sihat, tidak mustahil untuk kita turunkan berat badan. Nak turun memang susah, kena lah kerja keras sket tambahan cara nak kawal nafsu makan paling berat lah nak kawal. Bulan Ogos (8) yang lepas Mrsyanie dibawa berjumpa dengan seorang kakak yang merupakan ‘beauty consultant’ yang sangat berpengalaman dalam dunia kecantikan khususnya. Mrsyanie diperkenalkan oleh sahabat baik Mrsyanie dengan kakak ini, namanya Kak Diana kerana Mrsyanie nak buat rawatan muka (facial).

Facial bersama Qolbun Salim HomeSpa
Facial bersama Qolbun Salim HomeSpa
Bersama Pemilik Qolbun Salim HomeSpa, Kak Diana
Bersama Pemilik Qolbun Salim HomeSpa, Kak Diana

Bila borak-borak tentang kecantikkan Mrsyanie usulkan hasrat nak kurangkan berat badan, dan Kak Diana alhamdulillah tawarkan untuk menjadi ”beauty consultant” dalam mengawal berat badan Mrsyanie. Kalau korang nak tahu Kak Diana tinggal di Banting Selangor dan Mrsyanie pula di Perak. Terpikir gak macam mana dia nak guide Mrsyanie, ha apa guna teknologi sekarang tapi satu je korang perlu ada semangat kejujuran dan tekad dalam mencapai setiap apa yang korang nak. Kami hanya gunakan medium ”whatsapp” untuk berhubung setiap apa tindakan dan guide yang diperlukan.

See also  Trip Percutian Bajet Ke Pulau Tioman Pahang | Snorkeling

Perkongsian Menu Harian Diet Sihat

Mrsyanie kongsikan menu tips kurangkan berat badan mudah dengan pemakanan sihat yang telah diaturkan mengikut berat badan dan keperluan harian Mrsyanie. Ok korang perlu dapatkan nasihat yang pakar tau, bukan kata tak boleh ikut menu yang Mrsyanie kongsikan. Ini kerana menu ini telah diubahsuai mengikut berat badan dan kesihatan badan Mrsyanie yang telah disediakan oleh Kak Diana, ”beauty consultant” yang berpengalaman.

Menu disediakan oleh Zahra Qistina.

Isnin
Sarapan pagi
>3 sudu oat+1 sudu madu
>3 biji kurma
>1 gelas susu kambing

Makan Tenghari
>1/4 nasi
>Sup sayur (5 ulas brokoli,1btg celery ,1 biji tomato)
>1 gelas lemon honey
>1 biji buah kiwi

Makan Malam
>1/2 ekor ikan selar bakar
>Sup sayur (2 helai sayur sawi, 1btg celery, 2 biji tomato, 4 ulas brokoli)
>1 gelas limau kasturi honey
>I biji buah kiwi

Selasa
Sarapan pagi
>3 sudu oat+1 sudu milo
>1 gelas susu kambing

Makan Tengahari
>1 biji buah epal hijau
>1 biji telur rebus

Makan Malam
>Sup campur(2 helai syur sawi, 2 biji tomato, 4 ulas brokoli, 4 ulas kubis bunga, 1 btg celery, 3 ketul potong dadu dada ayam)
>1 gelas lemon honey

Rabu
Sarapan pagi
>3 sudu oat+1 sudu honey
>3 biji kurma
>1 gelas susu kambing

Makan Tenghari
>2 biji buah kiwi
>1 biji telur rebus

Makan Malam
>Sup ikan ( 1/2 ikan selar, 1 btg celery,2 biji tomato, 4 ulas brokoli)
>1 gelas jus limau kasturi honey
>1 biji buah kiwi

Khamis
Sarapan pagi
>3 sudu oat + 1 sudu honey
>3 biji kurma
>1 gelas susu kambing

Makan tenghari
>1 biji buah epal hijau
>1 biji telur rebus

See also  Tips Turunkan Berat Badan di Bulan Ramadan

Makan malam
>Sup Ayam(4 ketul ptg dadu isi ayam, 1btg celery, 4 ulas brokoli, 2 btg sayur buncis, 2 keping sayur sawi)
>1 biji buah kiwi
>1gelas lemon honey

Jumaat
Sarapan pagi
>3 sudu oat +1 sudu milo
>1 gelas susu kambing

Makan tenghari
>2 biji buah kiwi
>1 biji telur rebus

Makan malam
>1/2 ikan selar bakar
>Sup sayur (2 helai sayur sawi, 2 biji tomato, 1btg celery,2 btg kacang buncis, 4 ulas brokoli)
>1 gelas lemon honey

Sabtu dan Ahad
#Pagi- (1 keping Roti brown colour + jem,1 gelas milo 0.)
#Tenghari- (1biji epal hijau,2 biji buah kiwi)
#Malam- (sup sayur /sup campur,1 gelas susu kambing)

~Nota = selebihnya minum air suam/biasa dan sekiranya ada penukaran menu sila inform saya..
~Semoga berjaya…

_______________________________________________________________________________________

Setiap minggu Mrsyanie akan hantar laporan pada Kak Diana mengenai berat badan dan jika ada menu tambahan dalam menu. Jadi kita lebih konsisten dan semangat bila ada yang guide pemakanan kita. Cuma korang jangan lah tipu tau, sebab hasilnya korang jugak yang akan terima hihi. Lagi bestnya kita boleh rujuk apa-apa sahaja mengenai pemakanan, cara senaman dan tips-tips untuk kurangkan berat badan. Contohnya korang nak tahu lebih lanjut senaman apa yang sesuai untuk permulaan, jadi boleh terus hubungi kak Diana. Alhamdulillah Kak Diana sangat membantu dan sentiasa memberi nasihat.

Kalau korang nak tahu sebelum Mrsyanie amalkan pemakanan dari ”beauty consultant” ini, Mrsyanie telah mulakan secara perlahan-lahan dengan mengamalkan senaman seperti jogging treadmill, senaman perut yang diajar oleh Mrlaling dan banyakkan minum air kosong. Dari situ badan dah mula menerima perubahan sikit demi sedikit untuk mengurangkan pengambilan pemakanan. Bila amalkan pemakanan yang diaturkan tu, tak adalah badan terkejut sangat dan ianya menurunkan berat badan secara sihat.

See also  Khasiat Jus Kunyit Asam Kunyit Madu (JAKM)
SEBELUM AMALKAN PEMAKANAN SIHAT
SEBELUM AMALKAN PEMAKANAN SIHAT
SELEPAS AMALKAN PEMAKANAN SIHAT
SELEPAS AMALKAN PEMAKANAN SIHAT

Moga perkongsian tips kurangkan berat badan mudah dengan pemakanan sihat dapat memberi dorongan pada korang yang ingin menurunkan berat badan. Yup tak dapat dinafikan agak sukar tetapi jika korang ada semangat dan tekad, insya-Allah ianya pasti boleh dilaksanakan. Jangan terlalu agresif pada peringkat awal, mungkin boleh kawal supaya tidak mengambil pemakanan pada waktu malam sebelum jam 6.00 petang terlebih dahulu.

Mungkin korang nak tahu kan berat badan Mrsyanie sebelum dan selepas, ha kalau nak tahu berat sebelum jalankan program kurangkan berat badan ini adalah 84.5kg dan Mrsyanie dapat turungkan sehingga 74kg. Selamat mencuba ye.

 

Untuk maklumat lanjut:

Qolbun Salim HomeSpa

No Tel: 012-3684285 (Zahra Qistina / Kak Diana)

Facebook page: Qolbun Salim HomeSpa

 

 

Till Next Entry ye!!!

17 Comments

3 Trackbacks / Pingbacks

  1. Tips Turunkan Berat Badan di Bulan Puasa 2023
  2. perkongsian petua untuk hamil
  3. Hadirnya Seorang Penyeri Dan Kekuatan Dalam Hidup

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*