Assalamualaikum w.b.t
Tadom Hill Resort Beri Kelainan | Selalunya Mrsyanie kalau bercuti mesti akan cari penginapan hotel atau resort kan, kali ini Mrsyanie inginkan kelainan dalam percutian singkat. Hari Malaysia yang lepas Mrsyanie kan sambut di Tadom Hill Resort, memang tak pernah lepaskan peluang sambut disana sebab diorang akan sediakan pelbagai aktiviti dan lebih menarik kali ini gabungan Mini Karnival Kebudayaan Orang Asli. Tahun lepas Mrsyanie habis je majlis terus balik tapi penatnya tak hingat, jadi kali ini kami menginap terus di Tadom Hilll Resort.
Pengalaman Bermalam Di Tadom Hill Resort Menarik
Bagi Mrsyanie ianya satu pengalaman yang baru, yelah ini pertama kali Mrsyanie rasai penginapan yang lebih unik dari segi penginapannya. Konsep yang disediakan disini lebih kepada santai dan alam semulajadi. Kalau korang nak tahu penginapan disini tidak disediakan bilik air dalam bilik tau, apa tak ada bilik air??? Ha bukan kata tak ada bilik air langsung, tetapi bilik air yang disediakan diluar dan digunakan secara kongsi. Serius menarik sangat sebab bukan senang nak rasai pengalaman seperti ala-ala kampung tau. Korang hanya boleh rasai di Tadom Hill Resort sahaja, tak perlu pergi jauh-jauh untuk rasai suasana ala kampung dengan pemandangan yang sangat cantik.
Di Tadom Hill Resort ada beberapa jenis penginapan, antaranya Bamboo Hut, Hammock Spheres, Gendui Chalets, Bamboo Garden Tents Site, Bamboo Lakeside Tents Site, Eco Tent Site, Astana Ninik. Pilihan Mrsyanie adalah Bamboo Lakeside Tents Site yang betul-betul terletak disebelah tasik yang sangat indah.
Bamboo Lakeside Tents Site Sangat Selesa
Mula nya terkejut jugak alahai kecil je bilik yang disediakan tetapi ianya sangat selesa dan sesuai juga untuk pasangan tau. Mungkin ada yang tanya ada ke penghawa dingin? Disini tak perlu penghawa dingin kerana cuaca dikawasan sini sangat nyaman dan waktu malam pun sejuk. Bab nyamuk jangan risau kerana pihak resort sediakan ubat nyamuk elektrik dan siap ada kelambu lagi. Ini kalau cerita kat budak bandar pasal kelambu mesti tak pernah cuba kan. Ha tu zaman dulu-dulu waktu Mrsyanie kecil kalau balik kampung memang tidur dalam kelambu untuk elak dari gigitan nyamuk. Sama jugak disini, selesa dan tidur dengan lena tau.
Dalam bilik juga disediakan plug elektrik tau untuk korang cas telefon, hihi sekarang bukan boleh kalau telefon mudah alih korang tak ada bateri kan ahahah termasuklah Mrsyanie. Rugi lah kalau bateri habis, tak dapat bergambar dengan pemandangan yang sangat cantik disini.
Tadi Mrsyanie bagitahu yang tandas dia kat luarkan, ha dibawah ini lah tandas yang korang perlu kongsi. Walaupun kongsi tapi dibahagiakan secara wanita dan lelaki. Paling penting kebersihan tandasnya sentiasa dijaga dan bersih.
Gambar diatas adalah pemandangan dari tepi resort Mrsyanie sewaktu awal pagi. Sangat tenang dan indah, bagi yang tertekan dengan suasana kerja atau riuh bandar, korang boleh datang kesini. Pengalaman bermalam di Tadom Hill Resort menarik dan memberi satu kepuasan bagi Mrsyanie.
5bintang Mrsyanie bagi untuk penginapan dan kemudahan yang disediakan disini. Bagi yang bekerluarga juga boleh menginap disini dan berikan satu pengalaman yang unik lain dari percutian yang lain kepada anak-anak korang. Untuk harga penginapan korang lihat : Rate Resort.
Untuk maklumat lanjut:
Tadom Hill Resort
Alamat: KAMPUNG ORANG ASLI, BUKIT TADOM,
42700 BANTING, SELANGOR.
(GPS: 2.8104925,101.6264641)
No Tel: 012-5225728, 012-5225908, 012-5225883
Email: info@tadomhillresorts.com
Facebook: Tadom Hill Resort
Boleh jugak klik entry dibawah:
- Pemandangan Tadom Hill Resort
- Tadom Hill Tempat Honeymoon Exclusive
- Mini Karnival Kebudayaan Orang Asli Di Tadom Hill Resort
waaaa…nak pergi sini juga…hihihi
teringin pergi tandom hills ni. tapi entah bila la dapat sampainyeee
Eh ingatkan kat Sabah or Sarawak. Rupanya kat Selangor je 🙂
Bestnya, kena masukkan dalam checklist untuk trip next year ni hihi
Cantiknya tempat ni
dining mcm mne ye?? mahal x? breakfast utk the next day tu mmg included kan??
Best nyaaa.. Tak sabaq nak pi cantik tempatnya.. Tq for sharing info2 nie =)