McDonald’s Malaysia Jalin Kerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi Pemasangan Bumbung Fotovoltaik Solar (PV)

Go Green Ekosistem Yang Lebih Lestari Dilaksanakan oleh McDonald’s Malaysia | Salah satu usaha McDonald’s dan TNB Kerjasama dalam mengukuhkan lagi komitmen McDonald’s terhadap kempen sifar karbon dilaksanakan di peringkat global menjelang 2050.

Dalam usaha inisitif hijau ataupun dipanggil Go Green, McDonald’s dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta Gsparx Sdn Bhd (GSPARX) telah menandantangi satu perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Diperbaharui (SARE) bagi memastikan mencapai strategik kurangkan jejak karbon.

BACA: Filem menarik menjelang magrib

McDonald’s dan TNB Kerjasama Dalam Strategik Kurangkan Jejak Karbon Melalui Tenaga Boleh Diperbaharui

McDonald’s dan TNB Kerjasama bagi Pemasangan Sistem Solar dalam Strategik Kurangkan Jejak Karbon melalui Tenaga Boleh Diperbaharui yang akan mensasarkan penjimatan tinggi serta satu pencapaian penting dalam perjalanan McDonald’s kearah inisiatif kelestarian hijau jangka panjang.

Apa Itu Jejak Karbon

Jejak Karbon merupakan pelepasan jumlah Karbon Dioksida (CO2) dan gas-gas lain yang berkaitan keatas kualiti atmosfera dan mempengaruhi alam sekitar akibat ekologi penggunaan yang dilakukan oleh tenaga manusia dalam memenuhi kehidupan seharian.

McDonald’s dan TNB Kerjasama Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Diperbaharui (SARE)

Kerjasama ini terjalin antara McDonald’s dan TNB bersama dengan GSPARX sangat bermakna bagi melaksanakan penyelesaian hijau yang mampu mengurangkan penggunaan elektrik dan pengeluaran karbon dari aktiviti harian.

See also  Cawangan Baru Marrybrown Di Caltex Sungai Choh Rawang
McDonald's dan TNB Kerjasama

Dibawah perjanjian SARE ini, GSPARX bertanggungjawab dalam proses membina, memasang, mengoperasi dan menyelenggara kemduahan solar PV yang bersaiz sistem 2.5MWp untuk 100 restoran McDonald’s terpilih.

Menurut Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia; “Ia juga merupakan sebahagian usaha McDonald’s dalam mencapai sifar karbon dalam segenao operasinya di peringkat global menjelang tahun 2050”.

McDonald's dan TNB Kerjasama

Impak McDonald’s dan TNB Kerjasama Melalui Tenaga Boleh Diperbaharui

  • Dapat melaksanakan penyelesaian hijau dalam penggunaan elektrik dan pengeluaran karbon
  • Mampu mengurangkan kos penggunaan elektrik sebanyak RM7 juta
  • Mengukuhkan lagi komitmen kearah ekosistem yang lebih lestari
  • Dapat mengukuhkan lagi asas dalam mengembangkan perniagaan
  • Meningkatkan lagi dalam menyantuni komuniti
  • Meminimumkan kesan Jejak Karbon terdapat alam sekitar

Pemasangan Sistem Bumbung Solar Bermula Jun 2022

Ia merupakan perjanjian untuk pemasangan bumbung fotovoltaik solar (PV) yang akan dipasang di 100 restoran Pandu-Lalu McDonald’s di seluruh negara secara berperingkat. Proses pemasangan fasa awal inisiatif kelestarian ini telah berlangsung sejak Jun 2022 yang lalu dan dijangka siap pada Disember 2024.

Kini sistem bumbung solar di 39 restoran McDonald’s seluruh negara dengan kapasiti keseluruhan 1216.18kWp telah dipasang oleh pihak TNB dan GSPARX.

McDonald's dan TNB Kerjasama

Menurut Dato’ Indera Ir. Baharin Din iaitu Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif, Tenaga Nasional Berhad;

“Kami sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan McDonald’s Malaysia dan menyumbang kepakaran kami dalam penggunaan tenaga boleh diperbaharui. Kerjasama ini mengetengahkan komitmen TNB menyokong syarikat terkemuka seperti McDonald’s kearah mengurangkan penggunaan karbon dalam operasi mereka. Kami percaya yang kerjasama ini mampu mewujudkan pertumbuhan perniagaan yang signifikan untuk kedua-dua organisasi, pada masa sama mempercepatkan usaha ke arah Peralihan Tenaga,”.

See also  Perkongsian Itinerari Trip Bajet Pulau Tioman

Stesen Pengecas Kenderaan Elektrik (EV) di McDonald’s

Di Malaysia penggunaan mobiliti elektrik makin meningkat penggunaannya. Bagi menggalakkan penggunaan penyelesaian tenaga bersih dan menyokong mobiliti elektrik, McDonald’s Malaysia dengan kerjasama GSPARX dalam usaha pembangunan sistem pengecas EV di restoran McDonald’s terpilih.

Ianya satu berita baik buat pengguna Kenderaan Elektrik, korang boleh menikmati kelebihan ini kelak di restoran yang terpilih.

Inisiatif Kelestarian oleh McDonald’s

Ini adalah salah satu inisiatif yang patut dibanggakan bagi seluruh rakyat Malaysia dalam usaha kita memperkasakan tenaga bersih dan pengurangkan Jejak Karbon bagi alam sekitar.

Usaha dalam meningkatan persekitaran yang lebih selamat dan satu pembangunan yang bagus untuk negara yang lebih mesra alam.

Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif kelestarian oleh McDonald’s, layari www.mcdonalds.com.my.

yanieyusuf.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*