• HOME
  • ABOUT ME
  • LATEST
  • REVIEW
    • HOTEL
    • BEAUTY
      • MEN PRODUCT
      • WOMEN PRODUCT
    • EVENT’S
    • PRODUCT
    • FILEM
  • TRAVEL
    • TIPS TRAVEL
    • MALAYSIA
      • KEDAH
      • PULAU PINANG
      • PERAK
      • SELANGOR
      • KUALA LUMPUR
      • PAHANG
      • NEGERI SEMBILAN
      • MELAKA
      • JOHOR
      • SABAH
      • SARAWAK
    • THAILAND
      • Hatyai
      • Krabi
    • SINGAPORE
    • INDONESIA
      • Bali
      • Bandung – Jakarta
    • VIETNAM
    • CHINA
    • HONG KONG
    • MACAU
    • SOUTH KOREA
  • FOOD
    • RESEPI
    • FOOD: KUALA LUMPUR
    • FOOD: SELANGOR
    • FOOD: PERAK
    • FOOD: KEDAH
    • FOOD: PAHANG
  • FAMILY
  • MEDIA
  • KBBA9 BLOGLIST
  • DISCLAIMER
YanieYusuf
BEAUTY, LATEST, MRS BEAUTY, PRODUK, REVIEW 6

Wangian Enchanteur Paris Tarikan Cinta

By yanieyus · On November 16, 2016

Assalammualaikum w.b.t

Enchanteur Paris Berikan Haruman Romantis | Sebut sahaja Enchanteur pasti akan teringat-ingat akan wangian yang menjadi inspirasi kecantikan wanita. Mrsyanie salah seorang pengguna setia terutamanya produk Eau de Toilette (EDT) yang dikeluarkan oleh Enchanteur. Wangiannya memberikan perasaan romantis dan keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai. Kini Enchanteur Paris telah mengeluarkan lebih banyak pilihan wangian dan pelbagai jenis produk yang berinspirasikan keunggulan haruman Perancis.  Tak dapat pergi Paris dapat wangian pun dah cukup. Cewah..

Wangian Enchanteur Paris Tarikan Cinta

Wangian Enchanteur Paris Tarikan Cinta

Wangian Enchanteur Paris Tarikan Cinta

ENCHANTEUR Paris adalah koleksi wangian dari abstrak bunga-bungaan dan manis buah dari Perancis yang diilhamkan untuk wanita agar kelihatan lebih muda, riang dan elegan. Hidup ini penuh dengan percintaan, kegembiraan dan persahabatan tidak kira samada dengan rakan, suami isteri mahupun orang sekeliling. Ianya ibarat kehidupan yang sentiasa inginkan bau dan haruman yang sempurna. Begitu juga dengan ciptaan wangian Enchanteur Paris yang ingin memberikan daya tarikan, aroma muda dan menjadikan wanita itu lebih berkeyakinan dalam diri.

Enchanteur Paris

Enchanteur Paris

Wangian Enchanteur Paris tarikan cinta bagi orang yang menghidunya dan ianya sesuai untuk dijadikan salah satu rahsia seorang isteri dalam memikat pandangan suami. hihi.. Opps dah terbagitahu pulak. Yelah walaupun kita telah bergelar isteri atau ibu, penjagaan diri perlu dititik beratkan. Bukan sahaja penampilan perlu dijaga malah penjagaan bau badan paling utama yang perlu dikawal oleh semua wanita. Sesibuk mana atau seaktif mana kita haruman badan perlu dijaga supaya orang sekeliling lebih selesa untuk berdamping dengan kita.

Rangkaian wangian penjagaan badan ENCHANTEUR PARIS (EP)

Kali ini Mrsyanie diberi peluang untuk mencuba pula rangkaian penjagaan diri dari EP antaranya Deodoran Wangian Anti Peluh (roll on parfum anti perspirant), Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist),  dan Losyen Wangian Badan (Parfum Lotion). Adakah produk penjaan diri ini tahan dan wangi seperti perfume yang dikeluarkan oleh mereka? Ha jadi Mrsyanie telah mencubanya untuk mengetahui ketahanan haruman sewaktu percutian keluarga di Lumut yang lepas.

Enchanteur Paris

Rangkaian produk Enchanteur Paris

Bila kita bercuti automatik pergerakan kita akan jadi lebih dan badan akan mengeluarkan tanda seperti peluh dan bau badan. Mrsyanie cuba menggunakan produk EP bagi menjaga kawalan bau badan. Sebelum Mrsyanie bagitahu kesan penggunaan produk EP berkesan atau tidak. Mrsyanie kongsikan dengan korang yang Enchanteur Paris mempunyai 3 jenis variasi haruman. Setiap haruman mempunyai 3 jenis keluaran produk iaitu deodorant roll, deodorant spray (semburan) dan perfume lotion.

Rangkaian wangian penjagaan badan ENCHANTEUR PARIS boleh didadapti di dalam 3 variasi wangian yang memukau pemakai dan orang sekeliling iaitu:

  • ENCHANTEUR PARIS Mon Amie

Wangian Enchanteur Paris tarikan cinta dalam perhubungan dan saat indah persahabatan. Harumannya lebih ringan dan segar sesuai untuk aktiviti santai bersama keluarga dan rakan. Mrsyanie telah gunakan Deodorant Wangian Anti Peluh (roll on parfum anti perspirant) yang dapat kesegaran berterusan sehingga 72 jam serta menjadi agen memutihkan.

Losyen Wangian Badan (Parfum Lotion) Enchanteur Paris Mon Amie memberi kesegaran dan pencerahan dengan khasiat Aloe Vera, Portulaca dan Sunscreen Active. Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) Enchanteur Paris Mon Amie pula memberikan kelembapan berganda dan ketahanan sehingga 24 jam dan diperkaya dengan Ultra Hyaluronic & Minyak Zaitun, kombinasi yang sesuai untuk memberikan manfaat hidrasi kulit serta merta dengan intensif. Ianya dapat memberi keharuman dan keceriaan Mon Amie sepanjang hari.

deodorant roll ENCHANTEUR PARIS Mon Amie

ENCHANTEUR PARIS Mon Amie

  • ENCHANTEUR PARIS Adore 

ENCHANTEUR PARIS Adore adalah kombinasi wangian bunga-bungaan dan buah-buahan yang membangkitkan keajaiban nostalgia indah berkekalan setiap hari. Bagi mendapat kulit yang sihat dan membina keyakinan dalam diri, antara perkara utama adalah penggunaan produk yang dapat menjadi benteng pertahanan daripada kuman, bakteria, sinaran UV dan pencemaran. Dimana Losyen Wangian Badan Enchanteur Paris deperkayakan dengan Perlindungan Anti Bakteria (Antibacterial Care Parfum Lotion) bagi memastikan kulit sentiasa dilindungi daripada pelbagai bakteria merbahaya sambil menjadikan kulit kekal wangi dengan wangian Adore yang tidak dapat dilupakan.

Deodorant Wangian Anti Peluh (roll on parfum anti perspirant) Enchanteur Paris Adore memberikan pencerahan dan menyenangkan (Whitening & Soothing Parfum Anti-perspirant Deododrant). Ia dapat memelihara bawah lengan dengan memberikan kelegaan melindungi kulit dan kesegaran yang berpanjangan. Manakala Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) Enchanteur Paris Adore pula memberikan wangian semerbak sehingga 24 jam dan memukau orang sekeliling.

semburan deodorant ENCHANTEUR PARIS Adore

ENCHANTEUR PARIS Adore

  • ENCHANTEUR PARIS Belle Amour 

Enchanteur Paris Belle Amour menggambarkan bibit cinta dan putik asmara yang berkembang mekar. Ia adalah wangian yang dapat memukau sang cinta dengan penuh rasa haruman cinta. Wow! Untuk wangian jenis Belle Amour ini Mrsyanie gunakan Losyen Wangian Pencerah Belle Amour dan digunakan selepas mandi pagi dan sebelum tidur supaya kekal wangi dan kulit yang lembut disisi Mrlaling tau. hihi Selain itu, ianya turut memberi pencerahan kulit 3 kali ganda pencerahan (Triple Whitening Parfum Lotion). Ini kerana losyen Belle Amour mengandungi 3 agen pencerahan iaitu ekstrak Likoris, ekstrak Sakura dan Vitamin B3 yang memberikan manfaat pencerahan kulit dengan segera serta berseri untuk jangka masa panjang.

Deodoran Wangian Anti Peluh Pencerahan Ekstra (Extra Whitening Parfum Anti-perspirant Deodorant) Belle Amour dapat mengekalkan haruman menusuk kalbu yang berpanjangan sehingga 72 jam dan mempertingkatkan pencerahan tima kulit bawah lengan yang berganda.

Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) Belle Amour dapat mengekalkan wangian dan melindungi badan dari mengeluarkan bau yang kurang enak sehingga 24 jam. Ianya mampu memberikan rasa romantis dan menjadikan Enchanteur Paris wangian berpanjangan.

losyen wangian ENCHANTEUR PARIS Belle Amour

ENCHANTEUR PARIS Belle Amour

Harga dan Kuantiti Produk Enchanteur Paris

1. Produk Losyen dan Serum

  • Ianya boleh didapati dalam 2 bentuk:
  1. Bentuk tiub 85ml dan 100ml dengan harga RM 7.90 (85ml) dan RM 7.50 (100 ml),
  2. Bentuk botol ia dijual pada harga RM18.00 / RM16.95 (275ml / 300ml).
  • Ianya mempunyai pelbagai jenis kuantiti bagi memudahkan dibawa bersama ketika aktiviti luar untuk melindungi kulit di samping mengekalkan penampilan yang mempersona dan sentiasa berbau harum.

2. Deodoran Wangian Anti-Peluh pula dijual pada harga RM8.70 untuk 50ml sebotol.

3. Semburan Pewangi Deodoran diijual pada harga RM10.10 untuk 100ml sebotol.

 

Wangian Enchanteur Paris tarikan cinta paling wangi dan produk haruman yang tahan lama yang membolehkan memberi keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai. Mrsyanie telah mengunakan ketiga-tiga variasi wangian dan jenis, kesemua memberikan satu aura yang berbeza-beza mengikut wangian yang tersendiri. Yang pasti deodorant roll dan semburan dapat bertahan sepanjang hari walaupun kita aktif bergerak. Rasa lebih yakin untuk berhadapan dengan ramai orang serta tidak perlu bimbang tentang bau badan bila kita berada di tempat awam. Lagi satu mrlaling pun tegur kata wangi tau. erm.. seronok rasanya. Korang pun boleh dapatkan produk Enchanteur Paris di semua pasaraya atau farmasi yang berdekatan.

Untuk maklumat lanjut:

Enchanteur Paris

Website: http://enchanteur.com.my/

Facebook: Enchanteur

Instagram: Enchanteurmy

 

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

Share this:

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Print

Related

ENCHANTEUR PARIS Mon AmieWangian Enchanteur Paris Tarikan Cinta
Share Tweet

yanieyus

You Might Also Like

  • BEAUTY

    8 Manfaat Kecantikan Bersama SAFI Fair Beauty

  • EVENT'S

    Malaysia Halal Expo 2019 di Kuala Lumpur Convention Centre Tak Best?

  • BEAUTY

    Kelas Makeup Inspire Bersama MUA Hayati Hashim Mak Andam Kiri

6 Comments

  • ema says: November 17, 2016 at 11:13 am

    Jenama enchanteur mmg sgt wangi…ema suka pakai losyen dia.

    Reply
  • Mama Kembar 3 says: November 17, 2016 at 12:24 pm

    Akak guna lotion yang pink Bella Amour tu, wangiiiii

    Reply
  • Amin Hakim says: November 17, 2016 at 7:51 pm

    Isteri saya suka sangat guna perfume enchanteur.. memang wangi sangat

    Reply
  • umminani says: November 18, 2016 at 3:33 pm

    wah..bestnya yaniee…pilih pink jugaaaa…yeayyy..ada nak hadiahkan kat Ummi ke

    Reply
  • Hans says: April 24, 2017 at 7:57 pm

    Boleh ty…yg parfume deo mist tu bkn utk spray ketiak ke?…mcm deodorant spray produk lain

    Reply
  • Razak says: February 25, 2018 at 10:31 am

    Halal tak produk ni

    Reply
  • Leave a reply Cancel reply

    This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

    Data Internet Only RM28 !!

    Visondata pocket WiFi

    INGIN PERCUTIAN BAJET? JOM KLIK

    Kelab-Blogger-Ben-Ashaari-800x800

    JANA PENDAPATAN !

    • MALAYSIA
    • THAILAND
    • SINGAPORE
    • INDONESIA
    • CHINA
    • HONG KONG
      • MACAU
    • SOUTH KOREA
    • VIETNAM

    Subscribe & Follow

    Follow @hayaniyusuf
    Follow on Instagram

    Recent Comments

    • yanieyus on Singapore Day Trip Part Akhir | Sentosa Island
    • Rozana on Singapore Day Trip Part Akhir | Sentosa Island
    • cik nor on 8 Manfaat Kecantikan Bersama SAFI Fair Beauty
    • SitiYangMenaip on 8 Manfaat Kecantikan Bersama SAFI Fair Beauty
    • sha mohamed on 8 Manfaat Kecantikan Bersama SAFI Fair Beauty

    AABC

    POCKET WiFi PILIHAN

    Visondata pocket WiFi

    © 2013 Solo Pine Designs, Inc. All rights reserved.