Tips Hadapi Anak-Anak Tantrum

Anak Hadapi Tantrum | Tantrum dari anak-anak adalah perkara biasa yang akan berlaku pada peringkat umur mereka masih kecil. Fasa paling ketara bermula umur 15 bulan sehingga 3 tahun bila anak tantrum. Itu adalah salah satu cara anak-anak untuk dapatkan sesuatu yang mereka inginkan atau inginkan perhatian daripada Ibu Bapa. Mamayanie nak kongsikan dengan korang tips hadapi anak-anak tantrum yang mana Mamayanie pun mengamalkan tip-tips ini.

Anak-anak tantrum merujuk kepada perilaku emosional yang melibatkan kemarahan atau kekecewaan yang meluas dan intensif pada kanak-kanak. Apabila anak-anak mengalami tantrum, mereka mungkin menunjukkan tindak balas berlebihan seperti menangis, berteriak, atau melempar benda sebagai cara untuk menyuarakan ketidakpuasan atau kekecewaan mereka.

Tips Hadapi Anak-Anak Tantrum

Emosi Tantrum

Perilaku ini boleh berlaku apabila mereka tidak dapat mengungkapkan perasaan atau keperluan mereka dengan kata-kata atau apabila mereka menghadapi batasan atau ketidaksetujuan terhadap kehendak mereka. Tantrum bukan hanya merupakan manifestasi tekanan emosional tetapi juga proses pembelajaran bagi kanak-kanak untuk menguruskan emosi dan menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

Penting bagi ibu bapa dan penjaga untuk memberikan sokongan emosional dan membimbing anak-anak dalam mengatasi tantrum secara positif.

Tips Hadapi Anak-Anak Tantrum

Tips ini Mamayanie dapat daripada perkongsian Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) mengenai tips hadapi anak-anak tantrum. Selain itu, kita dapat membantu anak-anak dalam proses belajar cara mengawal emosi mereka.

1. Tentukan kenapa anak-anak mengamuk

Kanak-kanak mula meragam, menangis dan tantrum jika mereka tidak dapat apa yang mereka mahukan. Cuba tanya dengan nada perlahan kenapa mereka berbuat sedemikian. Cuba bertanya kenapa mereka mahukan sesuatu itu dan terangkan kenapa mereka tidak boleh mendapatnya.

See also  Lebih Santai di EL Ray Café Dengan Sajian Menyelerakan!

2. Bagi anak-anak sibuk dengan ‘sesuatu’

Apa yang dimaksudkan dengan sesuatu itu adalah aktiviti atau perkara yang boleh membuat mereka leka semula dengan sesuatu baru yang kita berikan. Anak-anak yang mengamuk mungkin sebab mereka bosan dan untuk tarik perhatian Ibu Bapa. Untuk elak mereka menghadapi bosan, korang boleh cuba aktiviti yang menyeronokkan seperti mewarna, melukis, menari dan membaca bersama mereka.

3. Jangan layan tantrum anak tersebut

Kemungkinan anak-anak mengamuk dan menangis kerana hanya tidak dapat apa yang mereka nak. Jangan bagi respon pada mereka. Biarkan dahulu mereka melayan emosi mereka. Ini kadang-kadang Mamayanie sendiri buat untuk anak. Lagi kita layan lagi dia menangis dengan teruk hihi Tapi masih perlu diperhatikan setiap gerak-geri anak yang sedang tantrum.

4. Minta anak-nak buat sesuatu yang mudah

Jika anak-anak mula mengamuk dan sebaginya, minta mereka sesuatu yang mudah contoh mintak anak-anak bawa pinggan mangkuk di siniki atau ajak mereka berikan makanan kepada haiwan peliharaan mereka. Benda ini sama seperti konsep alihkan perhatian mereka.

5. Tips hadapi anak-anak tantrum dengan tidur

Pastikan anak-anak korang dapat tidur yang mencukupi. Kadang-kadang anak-anak yang tidak dapat tidur yang cukup yang menyebabkan mereka mengamuk atau menangis. ini kerana keletihan minda dan badan mereka membuatkan mereka rasa tantrum. Bila mereka dapat tidur yang cukup, mereka akan mendapat tenaga yang banyak. Maka mood mereka juga akan jadi lebih baik.

Penggunaan Essential Oils Antara Tips Hadapi Anak-Anak Tantrum

Ada juga beberapa kaedah lain yang membantu melegakan anak-anak yang sedang tantrum. Antaranya dengan penggunaan essential oil Young Living yang membantu anak-anak menghadapi dan mengawal emosi tantrum mereka. Bukan anak sahaja malah Ibu Bapa juga dapat mengawal emosi amarah atau tekanan yang tinggi semasa menghadapi anak yang sedang tantrum.

Seperti mana korang sedia maklum yang pure essential oil dapat membantu mengawal emosi di limbic system otak manusia. Tambahan pula essential oil Young Living adalah 100% pure semulajadi tanpa campuran bahan kimia yang membuatkan kita tidak ragu-ragu dalam menggunakannya. Terutamanya penggunakan kepada anak-anak dalam usaha meredakan tantrum anak.

See also  Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

Essential Oils Pilihan Untuk Meredakan Tantrum

#Peace & Calming

Aroma yang dihasilkan sangat lembut yang mana ianya mendorong kepada ketenangan yang mendalam. Minyak pati Peace & Calming adalah gabungan beberapa minyak pati seperti Ylang Ylang, Patchouli, Tangerine, Orange dan Blue Tansy.

Gabungan minyak pati ini menghasilkan aroma yang bagus dalam:

  • Membantu badan dalam menyesuaikan diri dari tekanan (stress)
  • Membatu rasa tidur yang lebih lena
  • Membantu menenangkan kanak-kanak yang sedang tantrum agar lebih relax
  • Mengurangkan mengetap gigi(teeth grinding)
  • Boleh dijadikan minyak urut (relaxing massage)
  • Membantu mengurangkan rasa kebimbangan
  • Dapat membantu perasaan atau emosi amarah
  • Membantu menyegarkan udara apabila dibaurkan
  • Memperbaiki permukaan kulit apabila disapu secara terus
  • Mencipta suatu persekitaran yang tenang sesuai untuk yoga dan bertafakur
Tips Hadapi Anak-Anak Tantrum

#Stress Away @ YL Haven

Nama dulunya dipanggil Stress Away, tapi telah diperkenalkan dengan nama baru iaitu YL Haven. Ianya juga merupakan satu minyak pati gabungan dari beberapa minyak pati yang lain. Antara campuran minyak pati:

  • Copaiba (Copaifera reticulata)
  • Lime (Citrus aurantifolia)
  • Cedarwood (Cedrus atlantica)
  • Vanilla (Vanilla planifolia)
  • Ocotea (Ocotea quixos)
  • Lavender (Lavandula angustifolia).

Semua gabungan minyak pati ini mempunyai kelebihan yang membantu dlam memberi ketenangan kepada pengguna samada dari bau mahupun pengguna terus ke kulit. Ianya juga membantu mendorong relaksasi dan mengurangi ketegangan saraf. Bagus jugak untuk atasi masalah tekanan emosi dengan essential oils bagi Ibu lepas bersalin.

Menarik tentang YL Haven Essential Oils Young Living ini, ianya mempunya gabungan minyak pati Vanilla dan Cedarwood. Dimana Vanilla mengandungi eugenol yang dapat memerangi atau mengurangkan rasa ketegangan saraf. Manakala cedrol yang ditemukan dalam Cedarwood membantu meningkatkan relaksasi.

Jangan risau ianya sangat sesuai untuk anak-anak tau, malah bila kita gunakan minyak pati ini kita pun ada rasa tenang. Mamayanie kalau untuk tidur malam wajib ye guna Cedarwood untuk membantu lagi tidur yang lebih lena dan tenang.

#Gentle Baby

Minyak pati yang paling Mamayanie suka gunakan untuk anak-anak teruatamnya yang Adikfh. Sejak kecil memang Gentle Baby ini lah menjadi peneman minyak untuk dia. Mamayanie tak guna minyak telon atau lain-lain, Mamayanie gantikan dengan minyak pati Gentle Baby ini.

See also  Singapore Day Trip Part 5 | Jejak Lokasi Melayu Di Singapore

Sama seperti YL Haven dan Peace & Calming, ianya adalah minyak pati campuran dengan beberapa minyak pati yang lain. Antaranya:

  • Geranium
  • Jasmine
  • Palmarosa
  • Lavender
  • Roman Chamomile
  • Ylang Ylang
  • Lemon
  • Bergamot
  • Coriander dan
  • Rose.

Menarik kan minyak pati akhir tu, Rose, tau ada dalam Gentle Baby. Memang sangat menbantu untuk anak-anak yang sedang tantrum atau untuk tenangkan baby. Kelebihan Gentle Baby bukan hanya untuk memberi ketangan dan melegakan dari tekanan atau emosi tantrum kepada pengguna malah ianya bagus untuk:

  • Mengurangkan dan melegakan colic & kembung perut (sebagai minyak baby)
  • Mengurangkan kurangkan strecth mark
  • Mengurangkan parut
  • Menenangkan kulit pecah (chapped skin)
  • Mencantikkan kulit bayi dan ibu
  • Mengurangkan ruam lampin
  • Mengurangkan rasa tekanan (stress) semasa mengandung
  • Menghilangkan wrinkle.

Cara Penggunaan Essential Oil untuk Tips Hadapi Anak-Anak Tantrum

Penggunaan essential oil pula korang boleh menggunakan secara:

  • diffused (letah dalam diffuser Young Living)

Korang boleh dropkan 5-8 drop essential oils semasa anak-anak tengah tanrum atau boleh diffusedkan sebelum anak bangun tidur. Korang dah boleh pasang sepanjang hari bila anak dirumah.

  • boleh digunakan secara terus secara sapuan pada bahagian yang diingini

Perlu bawa essential oil pilihan korang bila keluar bersama anak-anak. Sebelum keluar sapukan siap-siap pada belakang leher dan pergelangan tangan anak-anak.

Kenapa Essential Oils Young Living?

Korang boleh lah amalkan antara tips hadapi anak-anak tanrum. Mengapa Mamayanie syorkan menggunakan essential oil (minyak pati) Young Lving ini. Kerana aroma dari essential oil bukan hanya untuk bauan atau wangian (bukan minyak wangi tau). Ianya 100% asli (pure) tanpa campuran bahan yang merbahaya.

Ianya mempunyai bahan asli dari sumber semulajadi tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang di ekstark dalam bentuk cecair minyak dan mudah meruap. Molekul dari essential oil ini sangat halis dan mudah menyerap kedalam salur darah yang membolehkan dibawa ke seluruh badan dan otak untuk memberi kesan yang positif dan baik.

Jadi yang berminat untuk dapatkan essential oil Young Living boleh hubungi https://linktr.ee/yleoyanie dan sebarang pertanyaan juga boleh dapatkan disitu.

yanieyusuf.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*