
Assalammualaikum w.b.t
Wedding Of The Year | Setiap pasangan yang ingin berkahwin pasti akan idamkan satu majlis yang istimewa untuk jadikan kenangan seumur hidup. Tetapi bukan semua akan memiliki apa yang kita idamkan. Rezeki setiap orang berbeza, jika dapat ianya satu bonus. Siapa sangka perkahwinan yang diidamkan menjadi kenyataan dan ditaja hampir 500 Ribu!
Rezeki buat gadis yang menjadi viral di facebook hanya membantu dalam membuat jualan online ditaja untuk majlis perkahwinan beliau. Gadis kecil yang petah berkata dan sweet sangat iaitu SITI SURIANI atau lebih dikenali sebagai SITI JAMUMALL telah menerima tajaan perkahwinan idam beliau sehingga 500 Ribu.

Gambar perkahwinan Siti Jamumall yang ditaja RM500 Ribu
Apa pun tahniah buat Siti Jamumall dan pasangan. Harap Mamayanie tak terlewat untuk ucapkan Selamat Pengantin Baru dan cepat dapat zuriat aamin. Mesti comel macam mama dan ayah nya kan, insya-Allah. Jom kita tengok antara gambar yang membuatkan Mamayanie nak berkahwin semula hahah.. Ok kena lah cari #hubbybaru dulu kan. ehh gurau jew. Jom lihat gambar perkahwinan Siti Jamumall yang ditaja RM500 Ribu.
Asalnya beliau sangkakan ingin buat majlis biasa secara kecil-kecilan, tetapi siapa sangka setelah memuat naik satu status di facebook beliau tentang majlis perkahwinannya terus mendapat whatsapp dan telefon bertalu – talu dari founder produk, owner kedai dan bermacam lagi untuk sponsor majlis beliau.

Hampir 100 syarikat dari pelbagai produk berminat untuk taja majlis perkahwinan Siti Jamumall dan paling menyentuh hati bila ada syarikat yang baru berjinak dalam perniagaan juga berbesar hati taja majlis perkahwinan Siti Jamumall. Kata Siti Jamumall, beliau sangat sebak dan tidak menyangka, majlis yang mulanya dirancang secara biasa-biasa kini menjadi luar biasa. Inilah berkat usaha beliau selama 3 tahun membuahkan hasil. Beliau menjadi promoter atau host untuk Jamumall.com dan menjual pelbagai jenis produk kosmetik, kesihatan, fesyen dan makanan.
Selama ini Siti Jamumall mempromosikan produk orang dengan ikhlas, beliau membantu dari produk biasa-biasa tak dikenali, sampai dikenali dan viral sebab itu ramai hargai jasa Siti Jamumall dan bila beliau kahwin mereka sanggup taja macam-macam. Menurut Siti Jamumall , ”Siti Jamumall sangat-sangat bersyukur dapat sponsor dari nikah, pre wedding, majlis berinai, majlis kahwin sampailah ke honeymoon pakej”.




Cantik sangat baju perkahwinan beliau, Mamayanie paling suka yang gaun itu. Korang tengok lah gambar perkahwinan Siti Jamumall yang ditaja RM500 Ribu serius cantik dan ‘Wedding of The Year‘ majlisnya. Antara penaja yang telah menaja Majlis Perkahwinan Siti Jamumall:
- Pelamin dan Hiasan Dewan dari Wedding by emma https://www.instagram.com/weddingsbyemma/
- Baju Pengantin dari Dlia Jane Bridal Collectionhttps://instagram.com/mahligai_dlia_jane_bridal
- Grand Cake dari Mad About Cakehttps://instagram.com/madaboutcake_official
- Vip Menu dari Rumpun Selerah https://instagram.com/rumpunselera
- Coffe Es-Cream dari Ana Zahra Beauty https://www.facebook.com/anazahrabeautyhq/
- Jamu dari Seri Lady Empire Resourceshttps://instagram.com/seriladyofficialhq
- Tudung Bawal Bridesmaids dari Gallery Bawalhttps://instagram.com/gallerybawal_galeri_bawal
- Kain Pasang Diamond dari Irahsukri https://instagram.com/irah_sukri
- Telekung dari Pretty Ainihttps://instagram.com/prettyainiumrahhaji
- Make Up Set dari Zacthira Navillionnizahttps://www.facebook.com/kenitzcosmetic/
- Scarft dari Scarft By Mehrunhttps://instagram.com/scarfbymehrun
- Printed Box dari Art Creation Printinghttps://www.facebook.com/artcreationprintingmoq50pcs/
- Perfume dari Luxe Essencia Resources
- Honeymoon Pakej dari Arwana Resorthttps://instagram.com/arwanaperhentianresort

*Antara sumber gambar dari instagram:
https://www.instagram.com/sitijamumall
Till Next Entry ye!!!
Leave a Reply