
Pentingnya Vaksin Influenza Untuk Anak-anak? | Influenza antara penyakit yang sering didengari dan ianya boleh menjadi gelaja ringan sehingga boleh mengancam nyawa seseorang. Vaksin Influenza bukan tergolong dalam plan vaksin kebangsaan (Program Imunisasi Kebangsaan). Jadi vaksin Influenza adalah vaksin pilihan samada nak ambil mahupun tidak.
Tapi pentingkah Vaksin Influenza untuk anak-anak?
Vaksin Influenza Pentingkah Untuk Anak-anak?
Apa Itu Penyakit Influenza
Influenza adalah penyakit yang disebabkan oleh virus yang menjangkiti saluran pernafasan yang mana ianya boleh memberi kesan yang serius kepada manusia. Ianya boleh menjadi gelaja ringan sehingga ke serius sehingga boleh mengancam nyawa seseorang yang dijangkiti. Ia mudah dijangkiti terutamanya buat kanak-kanak dan warga emas disebabkan imun badan yang kurang.
Gejala atau Kesan Penyakit Influenza
Gejala atau simptom yang biasa untuk jangkitan virus ini antaranya demam, batuk, selsema, sakit kepala, dan keletihan. Bagi individu berisiko tinggi, ia boleh menyebabkan komplikasi yang berbahaya kepada mereka, termasuk kesan kepada:
- Radang paru-paru
- Jangkitan telinga
- Sakit otot dan sendi
- Masalah pernafasan yang serius.
Pendedahan kepada virus influenza juga membawa risiko wabak, yang boleh menyebabkan kematian dan kesan negatif terhadap ekonomi dan masyarakat.
Cara Penularan Penyakit Influenza
Penularan penyakit influenza berlaku melalui pelbagai cara dan merupakan virus pernafasan yang sangat mudah menjangkiti. Penyakit ini merebak dari seorang indivisu yang dijangkiti kepada seorang individu yang lain melalui titisan salur pernafsan.
Berikut adalah beberapa cara penularan penyakit influenza:
- Penularan melalui percikan air liur ketika orang yang jangkit batuk atau bersin.
- Sentuhan dengan benda yang telah tercemar oleh virus influenza, kemudian sentuhan muka, mulut, atau mata.
- Kontak dekat dengan individu yang sedang mengalami gejala flu.
- Penularan menerusi titisan ludah atau sekret hidung dari individu yang terinfeksi.
- Partikel virus influenza yang berada dalam udara akibat batuk atau bersin boleh tersebar di kawasan yang berhampiran.
- Penularan menerusi sentuhan tangan dengan permukaan yang telah disentuh oleh orang yang jangkit.
- Virus juga boleh bertahan pada permukaan benda-benda selama beberapa jam, meningkatkan risiko penularan.
Individu Yang Berisiko Tinggi Mendapat Influenza
Kumpulan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, ibu mengandung, warga emas, dan individu dengan penyakit kronik lebih mudah terdedah kepada virus dan berpotensi mengalami komplikasi serius.

Selain itu, kumpulan yang berisiko tinggi lebih terperinci adalah:
- Kanak-kanak 5 tahun kebawah
- Ibu mengandung atau selepas bersalin
- Warga emas (berusia 65 tahun ke atas)
- Individu dengan penyakit kronik seperti penyakit jantung, kencing manis, dan penyakit paru-paru kronik
- Orang yang sistem imunnya lemah akibat penyakit atau rawatan seperti kemoterapi
- Pekerja kesihatan yang berdepan dengan pesakit influenza
- Penduduk di institusi penjagaan jangka panjang seperti rumah orang tua atau rumah penjagaan.
Bagaimana pun, penyakit ini boleh dijangkit kepada sesiapa yang berada di tempat awam atau sesiapa yang berinteraksi dengan ramai orang setiap hari. Jadi perlu kita untuk berjaga-jaga dan sentiasa mengambil langkah menjaga kebersihan.
Vaksin Influenza
Rawatan Khusus Bagi Influenza
Untuk pengetahuan korang tiada rawatan khusus untuk merawat sepenuhnya jangkitan Influenza tetapi terdapat satu rawatan iaitu menggunakan ubat anti-viral yang mana ianya tertakluk kepada hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan (doktor) yang merawat.

Korang jugak boleh mengambil langkah membantu untuk meredakan gejala dan mempercepat pemulihan.
Antara tindakan atau rawatan yang perlu dijalankan segera:
- Dapatkan rawatan segera ke klinik atau hospital
- Rehat secukupnya
- Hidrasi atau banyakkan minum air kosong
- Penggunaan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor seperti Paracetamol untuk meredakan demam dan sakit badan.
Bagi individu berisiko tinggi dan yang mengalami komplikasi serius, perlu segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital bagi mengelakkan komplikasi penyakit.
Cara Mencegah Penyakit Influenza Yang Baik
Penyakit Influneza ini boleh dicegah dengan mendapatkan vaksin dimana vaksin ini merupakan salah satu alternatif bagi langkah pencegahan awal dan perlindungan dari dijangkiti virus Influneza.
Vaksinasi influenza juga penting dalam mengurangkan risiko penularan dan kesan yang serius kepada orang yang dijangkiti. Selain itu, antara langkah pencegahan yang boleh diamalkan seperti:
- Menjaga kebersihan diri dan sekitar dengan baik,
- Amalan mencuci tangan secara kerap menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer,
- Menjaga adab ketika batuk atau bersin dengan menutup mulut dan hidung menggunakan tisu atau penutup muka,
- Mengamalkan pembuangan tisu atau penutup muka terpakai ke dalam tong sampah bertutup dengan baik,
- Menjaga jarak diri daripada individu yang bergejala,
- Jika bergejala, rehat dirumah dan jauhi dari berada ditempat awam atau tumpuan ramai.
Pengambilan vaksinasi adalah cara utama untuk mengurangkan penularan penyakit influenza dan melindungi diri serta komuniti daripada wabak flu.
Siapa Yang Layak Mengambil Vaksin Influenza
Vaksin ini layak diambil oleh individu yang berusia 6 bulan ke atas. Bagi yang mempunyai penyakit kronik boleh dapatkan ansihat doktor terlebih dahulu.
Anak-anak Mamayanie dari Abangfh setahun dah ambil vaksin ini dan baru-baru ini Adikfh yang berusia 7 bulan dah ambil jugak vaksin Influenza.

Untuk pengetahuan korang, bagi permulaan yang baru ambil untuk kank-kanak perlu ambil 2 dos. Jarak dos pertama dengan dos kedua sebulan. Selepas itu vaksin Influneza perlu diambil setiap tahun sekali sahaja (satu dos).
Bagi kanak-kanak atau bayi yang masih dalam program imunisasi kebangsaan (cucuk ikut bulan di klinik kerajaan), korang perlu jarakkan sekurang-kurangnya 2 minggu ke atas sebelum ambil vaksin lain. Korang boleh dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Pengambilan Vaksin Influenza Secara Tahunan
Kenapa perlu diambil setiap tahun?
Vaksin Influenza ini perlu diambil setiap tahun kerana formulasi vaksin ini perlu dikemaskini berdasarkan saranan yang telah dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi memastikan kandungannya sepadan dengan virus yang diunjurkan menular pada setiap tahun/musim.
Ianya disebabkan oleh perubhan yang berlaku pada struktur virus secara berterusan dan proses ini dikenali sebagai antigenic drift.
Dimana Boleh Dapatkan Vaksin Influenza?
Vaksini Influenza ini tidak termasuk dalam Program Imunisasi Kebangsaan seperti vaksin terbaru yang disenaraikan iaitu Vaksin Pneumokokal.
Ianya boleh diambil di mana-mana klinik atau hospital swasta yang menawarkan suntikan Vaksin Influenza. Macam anak-anak Mamayanie dapatkan suntikan di Hospital KPJ Rawang, sebab dari mula Abangfh dapatkan disana. Jadi Adikfh pun Mamayanie terus daftarkan untuk mengambil suntikan vaksin sekali di KPJ Rawang.
Kadar Kos Rawatan Vaksin Influenza
Kadar kos atau bayaran bagi vaksin Influenza ini bergantung kepada klinik atau hospital kerana ia akan termasuk sekali kos rawatan atau pemeriksaan jika ada. Kebiasaan kadar kos rawatan vaksin bermula RM80 dan keatas. Bagi Adikfh dan Abangfh baru-baru ini (Julai 2023) kadar kos vaksin adalah RM117 seorang termasuk kos perubatan.

Vaksin influenza juga penting bagi kesihatan masyarakat kerana ia membantu melindungi daripada jangkitan virus flu yang boleh menyebabkan komplikasi serius. Melalui vaksinasi, tubuh dapat mengenal pasti virus influenza dan menghasilkan pertahanan imun yang kuat.
Ini memainkan peranan penting dalam mengurangkan risiko penularan dan menyelamatkan nyawa, terutamanya bagi golongan rentan (mudah dijangkiti) seperti kanak-kanak kecil, warga emas, dan individu dengan penyakit kronik.
Kepentingan vaksin influenza juga melibatkan pengurangan beban sistem kesihatan dan ekonomi negara akibat wabak flu yang merebak setiap tahun. Oleh itu, masyarakat perlu menyedari nilai dan kesan positif vaksinasi influenza sebagai langkah berjaga-jaga dalam melindungi diri dan orang lain.
Untuk maklumat lanjut
Website Kementerian Kesihatan Malaysia: https://www.moh.gov.my/
Bahagian Pendidikan Kesihatan: https://www.infosihat.gov.my/component/mediasihat/
Till Next Entry ye!!!
yanieyusuf.com
Leave a Reply