Ubat Sakit Perut Anak-anak Bawah 5 Tahun

Anak-anak Kerap Alami Sakit Perut? | Sakit perut merupakan salah satu masalah kesihatan yang kerap dialami oleh kanak-kanak. Ia boleh menjadi sumber ketidakselesaan pada perut anak-anak dan ianya menyebabkan mood mereka terganggu. Kalau kita yang dewasa pun, jika alami sakit perut sangat tidak selesa apatah lagi buat anak-anak bawah 5 tahun. Kali ini Mamayanie kongsikan Ubat Sakit Perut yang sesuai untuk anak-anak bawah 5 tahun.

Ubat Sakit Perut Anak-anak Bawah 5 Tahun

Kebiasaan sakit perut boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti jangkitan virus, masalah pencernaan, gangguan makanan, atau masalah psikologi. Kesakitan ini boleh menyebabkan anak-anak kurang dan tidak mahu untuk bermain atau menjalani aktiviti harian dengan gembira. Malah ianya juga boleh mempengaruhi selera makan dan tidur mereka.

Ubat Sakit Perut

Tanda-tanda Fizikal Anak-anak Alami Sakit Perut

Sakit perut ini sukar untuk kita didiagnos terutamanya buat anak-anak yang masih belum boleh bercakap. Untuk anak-anak yang boleh bercakap, mudah untuk mereka menyatakan pada kita bahawa mereka sakit perut tapi untuk anak-anak yang belum boleh bercakap seperti bayi mereka hanya akan memberi reaksi atau tindakan fizikal bila mereka alami sakit perut.

Antara reaksi fizikal yang mereka tunjukkan seperti:

  • Menangis atau merengek
  • Pegang perut
  • Perut tegang
  • Menggigil
  • Menolak makan
  • Muntah
  • Kerap buang air besar atau cirit-birit
  • Kesulitan buang air besar / seharian tidak membuang
  • dan Kurang aktif.

Tanda-tanda merupakan antara reaksi yang mana anak-anak kita tunjukkan kepada kita yang mereka sedang alami sakit perut atau ketidakselesaan dibahagian perut. Jadi Ibu Bapa tolong perhatikan anak-anak setiap tingkah laku fizikal anak-anak.

Baca: Ubat Buasir

Punca Sakit Perut Yang Dialami Oleh Anak-anak

Penyakit sakit perut ini merupakan satu masalah yang sering dialami oleh anak-anak dan boleh disebabkan oleh beberapa punca. Berikut adalah beberapa punca-punca umum sakit perut pada anak-anak:

1. Jangkitan Virus dan Bakteria

Jangkitan seperti gastrik, gastroenteritis, atau infeksi saluran kencing boleh menyebabkan sakit perut pada kanak-kanak. Gejalanya termasuk muntah, cirit-birit, dan demam.

2. Gangguan Pencernaan

Gangguan ini seperti konstipasi atau sembelit, sindrom iritasi usus, atau GERD (gastroesophageal reflux disease) boleh menyebabkan ketidakselesaan perut dan kembung perut kepada anak-anak.

See also  Kelebihan Eyeshadow Stick | Obsess Cosmetics

3. Alahan Makanan

Reaksi alahan terhadap makanan tertentu seperti susu, kacang, atau gluten boleh menyebabkan anak-anak alami sakit perut dan ketidakselesaan usus. Ini buat anak-anak yang sensitif dan jenis tidak tahan dengan sumber-sumber yang dinyatakan.

4. Masalah Psikologi

Kebimbangan, tekanan, atau tekanan emosi boleh menyebabkan sakit perut fungsional yang dikaitkan dengan gangguan seperti sindrom iritasi usus dan sakit perut berulang. Ini bukan sahaja anak-anak boleh alami, malah orang dewasa juga boleh alaminya. Sebab itu kita perlu atasi masalah ini terlebih dahulu, antara cara atasi masalah tekanan dengan essential oils.

Ubat Sakit Perut

5. Parasit dan Infeksi Usus

Parasit seperti cacing usus atau infeksi lain dalam usus juga boleh menyebabkan sakit perut pada anak-anak. Oleh itu, Ibu Bapa perlu memastikan anak-anak yang berusia 2 tahun keatas mengambil ubat cacing secara konsisten setiap tahun.

6. Peningkatan Gas

Penumpukan gas dalam perut akibat menelan udara atau makanan tertentu boleh menyebabkan kembung dan ketidakselesaan. Ini kerap berlaku buat anak-anak samada kurang makan atau lambat makan dan bayi juga kerap berlalu.

7. Masalah Ginjal

Kadang-kala, masalah dengan ginjal seperti batu ginjal atau infeksi ginjal dapat menunjukkan gejala sakit perut pada anak-anak. Adalah penting untuk mendapatkan rawatan perubatan jika anak mengalami sakit perut yang berterusan atau sakit yang kuat untuk diagnosis serta mendapatkan rawatan yang tepat.

Gelaja Sakit Perut Yang Dialami Oleh Anak-anak

Gejala-gejala sakit perut yang dialami oleh anak-anak termasuk:

  • Kembung dan perut akan tegang
  • Demam dalam beberapa kes yang disebabkan oleh jangkitan
  • Rasa ketidakselesaan atau sakit di kawasan perut
  • Mual dan cirit-birit
  • Muntah atau muntah berulang
  • Kesukaran buang air besar atau konstipasi
  • Keletihan dan kurang bersemangat
  • Kurang selera makan atau menolak makan
  • Menangis atau merengek kesakitan
  • Perubahan dalam tingkah laku seperti kurang aktif atau gelisah.

Jika gejala-gejala ini berterusan atau menjadi lebih teruk, adalah penting buat Ibu Bapa membawa anak-anak untuk mendapatkan rawatan perubatan dan diagnosis oleh doktor yang pakar di klinik atau hospital.

Petua Ubat Sakit Perut Secara Semulajadi Yang Sesuai Untuk Anak-anak

Untuk merawat sakit perut pada kanak-kanak secara semulajadi, terdapat beberapa ubat semulajadi yang boleh membantu meredakan ketidakselesaan dan gejala-gejala yang dialami. Berikut adalah lima (5) ubat semulajadi yang biasa diamalkan:

  • Daun Peppermint

Minyak peppermint atau teh daun peppermint dapat membantu mengurangkan kembung dan ketidakselesaan perut. Ia mempunyai kesan relaksan otot dan membantu mengurangkan gas. Untuk anak-anak bawah 2 tahun penggunaan minyak peppermint perlu dicampur dengan minyak carrier untuk mengurangkan rasa sejuk nya.

  • Halia
See also  How can a small business loan give benefits to my business ?

Penggunaan Halia sangat terkenal dan salah satu ubat sakit perut yang menjadi pilihan ramai. Biasa kita dengar bila sakit perut atau kembung perut orang dulu-dulu akan suruh minum air halia. Ia sangat bagus kerana mempunyai sifat anti-radang dan boleh membantu meredakan kesakitan perut serta mual. Halia juga membantu meningkatkan penghadaman dan mengurangkan kembung.

Untuk pengetahuan Ibu Bapa, halia mempunyai rasa yang pedas jadi untuk pemberian kepada anak-anak perlu dapatkan nasihat doktor atau minimal kan penggunaannya.

  • Lemon

Air lemon suam dengan campuran sedikit madu boleh membantu mengatasi masalah pencernaan dan meredakan sakit perut akibat gangguan pencernaan. Untuk pemberian kepada anak-anak perlu minimalkan perahan lemon supaya tidak mengganguan sistem pencernaan anak.

  • Yoghurt Probiotik

Yoghurt yang mengandungi probiotik membantu meningkatkan flora usus yang sihat dan mengurangkan masalah pencernaan seperti cirit-birit.

  • Chamomile

Teh chamomile mengandungi bahan yang menenangkan dan membantu mengurangkan kram serta ketidakselesaan perut.

Senarai diatas merupakan antara bahan semulajadi yang biasa digunakan untuk ubat sakit perut. Namun, sebelum memberikan ubat semulajadi kepada anak-anak, disyorkan untuk berunding dengan doktor atau pakar perubatan untuk memastikan sesuai dengan keadaan anak-anak terutamanya bagi anak-anak bawah 2 tahun.

Selain itu, pastikan dos dan cara penggunaan yang betul sesuai dengan umur dan berat badan anak-anak untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan yang tidak diingini.

Cara Merawat Dengan Essential Oils

Bahan semulajadi yang dinyatakan juag ada yang telah diproses menjadikan essential oil yang tanpa sebarang campuran bahan lain. Antara essential oils yang boelh digunakan untuk sakit perut:

  • KidScents T-Gize Essential Oils

T-Gize merupakan essential oil gambungan essential oil (blend) yang khusus dalam kategori (range) Kidsents, kegunaan anak-anak. Ianya memberikan aroma yang menyenangkan dan membantu melegakan rasa kembung dan sakit perut buat anak-anak. Antara essential oil yang terkandung dalam T-Gize :

  • Gliserida caprylic/capric,
  • Mentha spicata† (Spearmint) ekstrak daun,
  • Mentha piperita† (Peppermint) Minyak,
  • Citrus reticulata† (Tangerine) kulit minyak,
  • Foeniculum vulgare† (Fennel) Oil,
  • Pimpinella anisum†(Anise) minyak biji officinale
  • (halia) minyak akar,
  • Elettaria cardamomum†(Pelaga) minyak biji

Dan kelebihan T-Gize ini telah dicampur dengan †100% minyak pati gred terapeutik tulen dan mengandungi bahan kelapa untuk dicairkan (dilute) bagi sesuai dengan kulit anak-anak.

Ubat Sakit Perut
  • Digize Essential Oils

Essential oil Digize ini juga merupakan gabungan beberapa essential oils yang memberi kelegaan dan rasa nyaman kepada perut. Ianya sangat sesuai digunakan bagi melegakan kembung, perut sebu, sembelit, senggugut dan yang berkaitan dengan perut untuk dewasa dan kanak-kanak.

See also  Pemberian Vaksin Pneumokokal Percuma Untuk Kanak-kanak 4 dan 5 tahun Mulai 1 Jun 2023

Essential oils yang terkandung dalam Digize adalah campuran minyak pati:

  • Tarragon
  • Halia
  • Peppermint
  • Juniper
  • Lemongrass
  • Anise
  • Patchouli
  • Fennel

Bagi kegunaan anak-anak pula ianya perlu dicampur dengan carrier oil (V6 oil-V6 Enhanced Vegetable Oil Complex) bagi mengurangkan kepekatan essential oil yang bersesuaian dengan kegunaan anak-anak.

Jadi kenapa Ibu Bapa perlu bersusah payah untuk dapatkan bahan semulajadi, jika kita sebagai Ibu Bapa boleh simpan dan standby ubat sakit perut dengan essential oils dirumah. Ianya juga adalah semulajadi yang tiada campuran bahan lain.

Bagi yang berminat untuk dapatkan essential oil Young Living dengan distributor yang berdaftar boleh hubungi : https://linktr.ee/yleoyanie atau layari instagram yleo.yanieyusuf.

Makanan Yang perlu Dielak Oleh Anak-anak

Beberapa makanan perlu dielakkan oleh anak-anak untuk mengurangkan risiko sakit perut atau sewaktu anak alami sakit perut:

  • Hindari makanan pedas atau berlemak berlebihan, kerana boleh menyebabkan gangguan pencernaan.
  • Elakkan minuman berkafein seperti kopi dan minuman berkarbonat, kerana boleh merangsang perut dan menyebabkan ketidakselesaan.
  • Kurangkan konsumsi makanan berlemak tinggi seperti makanan segera dan makanan gorengan, kerana sukar dicerna.
  • Hindari makanan yang mengandung banyak gula seperti makanan ringan manis, kerana boleh menyebabkan ketidakseimbangan dalam perut.
  • Elakkan makanan yang menyebabkan alahan atau sensitiviti perut.
  • Ada anak-anak bila sakit perut tidak boleh minum susu kerana ia akan membuat mereka muntah. Jadi pastikan anak-anak minum minuman lain seperti air kosong atau air perisa contohnya Ribena yang dibancuh sendiri (sebaiknya) dan sebagainya supaya tidak berlaku penyahhidratan atau dehidrasi.

Amalan pemakanan seimbang dengan serat, sayur-sayuran, buah-buahan, dan protein ringan seperti ayam atau ikan adalah penting bagi kesejahteraan perut anak-anak.

Jumpa Pakar Perubatan

Oleh itu, adalah penting bagi ibu bapa untuk peka terhadap gejala-gejala sakit perut dan mencari cara merawat secara perubatan yang tepat untuk membantu anak-anak mengatasi masalah ini dengan cepat dan efektif. Jika semakin melarat, jumpa dengan pakr perubatan di klinik atau hospital bagi mendapatkan rawatan segera. Untuk bayi 2tahun dan kebawah perlu rujuk dengan pakar perubatan.

Dengan memberikan perhatian dan penjagaan yang baik, diharapkan anak-anak kita dapat pulih sepenuhnya dan kembali ke kehidupan mereka tanpa rasa sakit perut yang mengganggu. Semoga perkongsian ini membantu dan bermanfaat buat semua.

yanieyusuf.com

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Petua Hilangkan Batuk dan Gatal Tekak Dengan Cepat
  2. Nama Anak Lelaki Dalam Islam Yang Mempunyai Makna Yang Baik

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*