Wajah Anak Datuk Seri Siti Nurhaliza

Assalamualaikum w.b.t

Comel Pipi Merah | Tahniah Mrsyanie ucapkan pada penyanyi, usahawan dan pujaan Malaysia yang kini telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.55kg. Seluruh rakyat Malaysia menanti kehadiran Comel Pipi Merah setelah hampir 11 tahun menantinya. Mrsyanie sendiri merasainya penanti itu cukup perit tetapi bila dah dapat ianya satu rahmat dan keindahan yang Allah SWT kurniakan.

Wajah Anak Perempuan Datuk Seri Siti Nurhaliza
Wajah Anak Perempuan Datuk Seri Siti Nurhaliza

Wajah Anak Perempuan Datuk Seri Siti Nurhaliza

Ramai menanti rupa wajah anak perempuan Datuk Seri Siti Nurhaliza termasuklah Msryanie, mesti comelkan. Tapi kita perlulah hormati keputusan DCTK sekeluarga untuk berkongsikan wajah anak mereka selepas 7 hari kelahirannya. Mesti ada sebab kenapa mereka memilih untuk berkongsikannya selepas 7 hari. Antaranya mungkin untuk mengelak dari penyakit Ain’ dan mungkin ada sebab tertentu. Biarlah DCTK dan keluarga meluangkan masa terlebih dahulu dan memberi Datuk Seri Siti Nurhaliza masa untuk berehat.

Sumber gambar dari instagram : https://www.instagram.com/ctdk
Sumber gambar dari instagram : https://www.instagram.com/ctdk

Dalam instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza juga telah kongsikan gambar tangan bayi perempuan mereka yang buat masa sekarang diberi nama panggilan sementara Fatimah Az-Zahra. Sedap namanya mesti sesejuk wajah Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Diikutkan begitu juga dengan Mummy Jihan yang memgambil keputusan untuk tidak menyiarkan wajah anak mereka terlebih dahulu. Jadi korang hormatilah buat masa sekarang keputusan yang mereka buat, pasti ada sebab dan jangan risau sampai waktunya artis kesayangan semua ini akan berkongsikan wajah anak mereka.

Alhamdulillah kandungan Mrsyanie hampir 6 bulan, tak sabar pulak rasanya nak menanti kehadirannya. Jika Datuk Seri Siti Nurhaliza menanti hampir 11 tahun, Mrsyanie menanti hampir 7 tahun. Sangat memahami perasaannya bila apa yang kita nantikan menjadi kenyataan. Syukur alhamdulillah, Mrsyanie berharap korang dapat doakan kesihatan dan panjang umur buat kandungan Mrsyanie juga ye.

See also  Singapore Day Trip Part Akhir | Sentosa Island

”Ya Allah, peliharalah zuriat ku dan diriku. Semoga sihat sejahtera kami berdua. Semoga zuriat dalam kandungan ku ini menjadi hamba-MU yang sempurna pada sifat dalaman dan luarannya., taat pada perintah dan larangan- MU serta taat pada kedua ibubapa. aamin Ya Rabbal Alamin”

Buat masa sekarang Mrsyanie tak sabar nak scan, katanya sekarang dah ada scan 5D yang boleh lihat wajah anak dalam kandungan. Agaknya kat mana tempat scan yang menarik ye, kongsikan dengan Mrsyanie ye klinik atau hospital yang boleh scan 5D dan scan terperinci. Terima kasih semua.

 

Till Next Entry ye!!!

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*