
Konsep Unik Memberikan Kelainan Bagi Kedai Gunting Rambut | Kedai Gunting Rambut Tanjung Malim ‘The Barber Bus’ UPSI merupakan Program Barber Bus Inkubator. Ini merupakan satu inisiatif khas dalam program pengajian bagi Fakulti Teknikal dan Vokasional ( FTV) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Selain daripada program pembelajaran dalam kemahiran gunting rambut, ianya merupakan salah satu program khidmat masyarakat dalam komuniti Tanjung Malim dengan menawarkan kadar potongan rambut yang berpatutan.
Kedai Gunting Rambut
Kedai gunting rambut berkonsepkan dalam bas adalah inovasi menarik dalam industri kecantikan yang semakin mendapat tempat dalam kehidupan moden. Konsep unik ini membolehkan pelanggan menikmati perkhidmatan potongan rambut yang profesional didalam bas yang selesa.
Dengan perkhidmatan berkualiti tinggi yang disediakan oleh pakar-pakar rambut terlatih, pelanggan boleh merasai keselesaan dan kemudahan yang luar biasa sambil mengekalkan penampilan terbaik mereka.
BACA: Tempoh Tidur Bayi dan Kanak-kanak Sangat Penting


‘The Barber Bus’ UPSI Tanjung Malim
Kedai gunting rambut berkonsepkan dalam bas adalah idea daripada Dekan FTV, Dr Mohd Azlan Mohammed Hussin, yang mana ianya datang dari pengalaman beliau ketika berada di Amerika Syarikat. Disana mereka menggunakan truck yang telah diubah suai reka bentuk dalamannya. Dan ia menawarkan perkhidmatan gunting rambut yang boleh bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
Dengan menggunakan bas lama yang ingin dilupuskan, pihak fakulti mengambil inisiatif untuk menjadikan ianya satu port kedai gunting rambut yang unik didalam kampus UPSI. Ianya juga menjadikan ia satu Program Barber Bus Inkubator (BBI) dengan kerjasama pihak industri iaitu Gong Studio Holding Sdn Bhd sebagai rakan strategik yang akan menyokong pembangunan kemahiran pelajar sekali gus melahirkan usahawan TVET negara.
Selain itu, mereka dapat melatih pelajar dalam kursus profesional penggunting dan penggaya rambut selain menyediakan perkhidmatan gunting rambut kepada komuniti Tanjung Malim dan sekitar.






Kelebihan Gunting Rambut ‘The Barber Bus’
Berikut adalah beberapa kelebihan yang ditawarkan oleh Gunting Rambut ‘The Barber Bus’ di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI):
- Kemudahan Lokasi: ‘The Barber Bus’ terletak di kampus UPSI, menjadikannya lebih mudah diakses oleh pelajar dan kakitangan universiti. Ini membantu menjimatkan masa dan usaha dalam mencari tempat untuk gunting rambut.
- Perkhidmatan Profesional: Kedai ini menyediakan perkhidmatan gunting rambut oleh tukang gunting rambut profesional yang mahir dalam pelbagai gaya rambut dan keperluan pelanggan.
- Kemudahan Janji Temu: Pelanggan boleh membuat temujanji terlebih dahulu, mengelakkan masa menunggu yang panjang. Ini membolehkan pengguna merancang dengan lebih baik jadual harian mereka.
- Atmosfera Yang Selesa: Kedai ini menawarkan atmosfera yang santai dan selesa, menjadikannya tempat yang sesuai untuk bersantai sambil menjalani perkhidmatan gunting rambut.
- Harga Berpatutan: ‘The Barber Bus’ menawarkan harga yang berpatutan kepada pelanggan, dengan pilihan perkhidmatan yang pelbagai untuk memenuhi pelbagai bajet.
- Sokongan Kampus: Pendapatan yang diperoleh daripada ‘The Barber Bus’ akan membantu menyokong aktiviti dan program di UPSI, menyumbang kepada perkembangan universiti.
- Program Latihan: Kedai ini juga memberi peluang kepada pelajar yang sedang mengikuti kursus berkaitan gunting rambut untuk mendapatkan pengalaman praktikal.
Kesemua ini menjadikan ‘The Barber Bus’ di UPSI sebagai destinasi yang sangat baik untuk perkhidmatan gunting rambut yang berkualiti dan mudah diterima oleh komuniti universiti dan sekitar.

Gunting Rambut Di ‘The Barber Bus’ UPSI
Mamayanie juga tidak ketinggalan untuk mencuba bagi anak-anak gunting rambut di ‘The Barber Bus’ UPSI. Abangfh sangat teruja untuk gunting rambut ye sebab katanya dalam bas. Ianya dapat menarik minat kanak-kanak untuk gunting rambut selain daripada memberikan perkhidmatan gunting rambut yang terbaik.

Harga Pakej Yang Ditawarkan
Harga yang berpatutan dan sokongan kepada program-program universiti menambahkan nilai kepada pengalaman pelanggan, memberikan peluang untuk memberi balik kepada komuniti kampus. Potongan basic atau asas:
- Harga kanak-kanak : RM10.00
- Harga Remaja : RM15.00
Keselesaan Kedai Gunting Rambut
‘The Barber Bus’ di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menawarkan perkhidmatan gunting rambut yang sangat memuaskan dan berbaloi bagi pelanggan. Dengan lokasi yang strategik di dalam kampus universiti, perkhidmatan profesional, dan atmosfera yang santai, pengalaman di kedai ini adalah luar biasa.

Ini adalah view yang sangat cantik dari dalam bas kedai gunting rambut UPSI Tanjung Malim. Kemudahan membuat temujanji terlebih dahulu bagi memastikan pelanggan tidak perlu menunggu lama dan lebih senang dirancang dalam jadual harian yang sibuk.
Selain itu, ‘The Barber Bus’ di UPSI juga menyediakan peluang latihan kepada pelajar dalam bidang gunting rambut, membantu dalam pembangunan bakat mereka.
Kesemua faktor ini menyumbang kepada kepuasan pelanggan dan menjadikan ‘The Barber Bus’ pilihan utama bagi mereka yang mencari perkhidmatan gunting rambut. Ia juga menawarkan perkhidmatan yang berkualiti, selesa, dan berpatutan di dalam persekitaran kampus yang mesra.
Mana yang tinggal di Tanjung Malim dan sekitar boleh mencuba perkhidmatan gunting rambut yang disediakan oleh pihak UPSI.
Yanieyusuf.com
Leave a Reply