Assalammualaikum w.b.t

Rezeki Dari Allah SWT | Alhamdulillah penghujung tahun 2017 ini indah sangat bila rezeki yang tak disangka hadir dalam kehidupan kita. Yelah rezeki ini ada banyak jenis bukan hanya rezeki kewangan semata-mata tau, ada macam-macam rezeki seperti menang contest, kesihatan yang sihat, anak-anak yang baik dan pelbagai lagi bentuk rezeki yang Allah SWT berikan pada kita. Rezeki mungkin tidak datang dengan cepat tapi ianya akan datang pada waktu yang tepat.

Disahkan Mengandung Buat Kali Pertama Betul ke
Disahkan Mengandung Buat Kali Pertama Betul ke

Disahkan Mengandung Buat Kali Pertama Betul ke

Rasanya ramai yang tertanya-tanya Mrsyanie kan, disahkan mengandung buat kali pertama betul ke? Soalan yang ramai ajukan pada Mrsyanie. Rezeki zuriat adalah sesuatu rezeki yang ditetapkan oleh Allah SWT dan ianya menjadi penantian buat semua pasangan yang telah berkahwin. Alamak mukadimahnya panjang sangat, orang cuma nak tahu dah mengandung ke. Hari ini Mrsyanie nak kongsikan dengan korang segala pertanyaan, teka-teki, risik merisik mengenai ini.

Kita hanya merancang, tetapi Allah SWT adalah sebaik-baik pemberi. Rezeki datang tanpa diduga dan pelbagai dugaan yang hadir sebelum sinar bahagia ini diberikan. Alhamdulillah rezeki penghujung tahun 2017 buat Mrsyanie dan pasangan. Alhamdulillah akhirnya bersar nikmat yang Allah SWT berikan pada Mrsyanie yang kini sah hamil lebih kurang 10 minggu atau 2 bulan lebih, sujud syukur Ya Allah SWT.

11 NOVEMBER 2017
11 NOVEMBER 2017

Terlebih dahulu Mrsyanie mohon maaf pada semua yang tertanya-tanya dan jawapan Mrsyanie agak samar-samar. Bukan tak nak kongsikan seawal mungkin berita gembira ini tapi Mrsyanie nak bagi stabil dahulu. Rasanya sekarang pun masih awal untuk kami kongsikan tapi sebab sayang sangat dekat korang dan tak sabar nak kongsi bersama kegembiraan ni.

Niat Mrsyanie kongsikan ini bukanlah ada niat lain cuma satu je Mrsyanie mohon supaya korang dapat mendoakan kandungan Mrsyanie kuat, dipanjangkan umur, kesihatan yang sihat, dilindungi dan doakan yang baik-baik jew ye.

 

 

“Ya Tuhan, kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat (anak) yang baik sempurna (tidak cacat). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba-Mu.”

 

 

”Ya Allah, Tuhan yang mengenggam langit sehingga tidak jatuh ke bumi, ia tegak tanpa atap. Genggamlah janin yang ada di rahimku, sempurnakan dia hingga dia lahir dengan baik dan selamat. ”

 

 

Terima kasih kepada smeua yang tidak jemu mendoakan dan sentiasa mengharapkan kami dikurniakan zuriat. Tak tahu Mrsyanie nak membalasnya tetapi hanya Allah SWT yang dapat membalas segala doa korang berikan pada Mrsyanie. Insya-Allah Mrsyanie juga mendoakan rakan-rakan dan pembaca yang inginkan zuriat, dapat korang rasai apa yang Mrsyanie rasai sekarang ini. Allah SWT akan berikan pada wktu yang tepat buat korang. Aamiin ya rabbal’alamin ( آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ ).

 

 

Till Next Entry ye!!!

You may also like

48 Comments

  1. Sebak plak rasa sebab teringat first time cek pregnancy test dan dpt result positive. Perasaan tu sangat istimewa kan? Take care yanie. Huda doakan kandungan dan mama yer sihat

  2. Ya Allah… Happy nya kak Nina dapat tahu!
    Syukur Alhamdulillah… Tahniah tahniah Yanie & suami. Akhirnya masa nya telah tiba. Rezeki..
    Jaga diri baik-baik tau. If need anything roger kak Nina yaa

  3. Tahniah yanie,,, happy for you!!! Take care tauuu..mudahan dipermudahkan dr saat mengandung hingga melahirkan nanti..

  4. Iam happy for you.. Walaupun samar² tapi Ty tetap doakan sahaja tuk KYanie. Jg diri jgn stress dan biarkanlah saja apa² yg tak mdatang kebahagiaan. Ada masa Ty drop by jenguk KYanie kt TgMalim k.

  5. Alhamdulillah. Penantian telah berhasil. Sama macam fana. Baru je disahkan hamil. Syukur sgt diberi peluang ni. Sama2 kita jaga amanah yang diberikan ni ye kak yanie. Jaga diri baik2 tau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *