Assalammualaikum w.b.t ! | Rindu nak makan Sizzling Yee Mee seperti di Food Court Mall? | Mamayanie sebenarnya bukan pengemar Sizzling Yee Mee tapi sebab dah lama sangat tak pergi Mall, rindu pulak dengan masakan Sizzling Yee Mee yang biasa terkenal dekat Food Court Mall kan. Jadinya kita pun apa lagi moh cari bahan untuk buat dekat rumah, Resipi Sizzling Yee Mee.

Resipi Sizzling Yee Mee ini sangat mudah yang mana korang boleh buat sendiri di rumah tanpa menggunakan hot plate. Hanya gunakan kuali dan bahan yang mudah dicari di kedai. Jom Mamayanie kongsikan resipi Sizzling Yee Mee sebiji macam kat Food Court.

Resipi Sizzling Yee Mee Tanpa Guna Hot Plate Di Rumah

Resipi Sizzling Yee Mee

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Yee Mee (boleh ganti mee kuning kalau tak nak Yee mee)
  • Isi ayam
  • Cili kering (digunting kasar/ gunting 3 bahagian)
  • Bawah putih (dihiris)
  • Halis (dihiris)
  • Cendawan butang dalam tin atau (boleh guna Cendawan shitake)
  • Telur
  • Kicap Cair Manis
  • Kicap Cair Masin (jika ada kicap pekat boleh masukkan sekali)
  • Sos tiram
  • Sayur Sawi
  • Tepung Jagung (untuk bagi kuah pekat)
  • 1 Kiub Pati Ayam
  • Garam (jika perlu)
  • Air
Resipi Sizzling Yee Mee Tanpa Guna Hot Plate Di Rumah
Resipi Sizzling Yee Mee Tanpa Guna Hot Plate Di Rumah

Untuk isi atau rencah korang boleh pelbagaikan. Boleh jugak kalau nak letak rencah Udang atau Sotong pun boleh. Bergantung pada citarasa korang tau, yang penting rasa dia kena dengan tekak korang dan sedap.

Cara-cara penyediaan Sizzling Yee Mee:

  1. Tumiskan Bawang putih, Halia dan Cili kering dengan minyak yang sederhana sehingga sedikit garing dan naik bau.
  2. Masukkan pula isi Ayam, masak sehingga isi Ayam separa masak.
  3. Kemudian masuk Cendawan butang, gaul sekata.
  4. Masuk air, sos tiram, kicap pekat, kicap cair (kicap manis & masin), dan kiub ayam.
  5. Biarkan sehingga mendidih & boleh rasa jika tidak cukup rasa boleh tambah garam atau kicap.
  6. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit bancuhan tepung Jagung 4-5 sudu (bergantung pada kepekatan kuah yang korang nak).
  7. Kuah dah siap!

Untuk penyediaan makan pulak.

  • Korang boleh masukkan Yee Mee , telur dan sayur Sawi.
  • Biarkan Yee Mee lembut dan masak. Boleh lah dihidang!
Resipi Sizzling Yee Mee Tanpa Guna Hot Plate Di Rumah

Untuk melihat lebih menarik cara penyediaannya, korang boleh tengok video Youtube Channel :

Dah siap memasak jangan lupa mengemas dapur semula tau, nak mudah dan senang dapatkan pembantu kerja rumah anda, Norwex!. Berminat boleh layari Norwex Indenpendent Consultant anda!

Selamat mencuba! Untuk resipi menu-menu yang ringkas, mudah dan sedap yang lain boleh layari RESEPI.

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *