Saya Sahabat Young Living Anda!

Assalamualaikum w.bt. | Bukan Pakar Tapi Saya Sahabat Young Living Anda | Alhamdulillah 28 Ogos 2021 Mamayanie daftar sebagai membership Young Living yang sah. Sebelum ini hanya pakai untuk diri sendiri jew dan tak banyak lagi ilmu mengenai essential oil ini. Tak tahu pun kelebihan sebagai oil yang Mamayanie beli, hanya pakai untuk bau dan aroma yang menyenangkan jew.

Mamayanie buka pakar mengenai essential oil ini tapi menjadi sahabat korang untuk memberi perkongsian mengenai produk Young Living. Bagaimana Mamayanie boleh tertarik dengan Young Living?

Saya Sahabat Young Living Anda!

Pada asalnya Mamayanie tak berminat pun dengan produk Young Living ini, kerana harga dia boleh dikatakan agak mahal dan paling penting Mamayanie tak tahu sangat fungsi sebenar essential oil ini. Mula beli dengan kawan Mamayanie sebagao pengguna biasa jew dengan diffuser Owl dan essential oil Lemongrass (serai).

Bau dia memang sedap dan bau sebenar serai wangi tau. Kemudian adik Mamayanie, Syima yang cadangkan untuk beli essential oil dengan ida lagi. Buat tambah essential oil dan Mamayanie setuju beli essential oil Lemon. Memang dari awal teringin nak bau essential oil Lemon.

Bila kita tak banyak ilmu mengenai essential oil, hanya tahu guna untuk diffused jew. Rupanya banyak lagi kaedah yang boleh digunakanbagi setiap essential oil tu. Kebetulan Babyfh mula selesema dan batuk, Syima cadangkan buat mandi essential oil Lemon. Hanya titiskan essential oil Lemon dalam air suam atau air biasa untuk buat mandi. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, lega selesema Babyfh tau.

Saya Sahabat Young Living Anda!

Dari situ terdetik nak tahu lebih lanjut mengenai essential oil ini, untuk kegunaan keluarga khususnya untuk Babyfh. Essential oil ini salah satu alternatif kita untuk menjaga kesihatan keluarga. Tak salah untuk kita mencuba sesuatu yang baru demi kesihatan dan kebaikan baut diri dan keluarga.

Mula lah Mamyanie beli lagi oil lain, dan satu hari Syima kata ” Ani join lah membership Young Living”. Dalam hati terasa alamak mahalnya set dia tapi bila buat kira-kira lebih jimat kita beli set yang waktu tu masih Set PSK ada 11 oil dengan harga RM750. Sekarang kalau korang nak beli set lebih jimat tau dengan hanya bermula RM675 sahaja dan korang boleh pilih 5 jenis diffuser.

Saya Sahabat Young Living Anda!

Tak rugi kalau korang beli ini sebab setiap essential oil yang disediakan memang sesuai untuk kegunaan seisi keluarga tambah lagi dengan zaman pandemik Covid-19 ini. Kita ikhtiar untuk melindungi keluarga selain dari mengikut saranan kerajaan untuk vaksin dan mengikut sop yang ditetapkan.

Lepas Syima ajak join, oklah setuju dengan dia untuk join dan alhamdulillah sahabat-sahabat Mamayanie turut serta menjadi membership dan membeli essential oil + diffuser dengan Mamayanie. Masih baru bukan pakar tapi insya-Allah menjadi sahabat Young Living korang.

Kini Mamayanie merangkak lagi satu tangga sebagai Star Young Living, terima kasih Syima dan sahabat-sahabat Mamayanie semua.

Saya Sahabat Young Living Anda!

Saya Sahabat Young Living Anda :  https://bit.ly/2ZoE9KW 

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*