Tips Turunkan Berat Badan di Bulan Ramadan

Tips Mengurangkan Berat Badan di Bulan Ramadan | Bulan Puasa bukan sahaja bulan untuk bulan untuk kita mengumpul pahala dan mendidik diri supaya agar perbanyakkan amalan, malah bulan puasa ini jugak lah peluang untuk kita memgawal pemakanan sekali gus membantu menurunkan berat badan. Jom kita sama-sama amalkan tips turunkan berat badan di bulan Puasa 2023.

Tips Turunkan Berat Badan di Bulan Puasa 2023

Sebenarnya tips ini boleh diamalkan pada bila-bila masa untuk kita turunkan berat badan tetapi inilah kelebihan bulan puasa dimana kita dapat lebih kawal pengambilan makanan. Yelah siang kita berpuasa bermula dari terbit fajar (masuk waktu subuh) sehingga terbenam matahari (selepas masuk waktu magrib).

BACA: Bio Essence Rose Gold Water

Tips Turunkan Berat Badan di Bulan Puasa 2023
Jarang nak pakai baju warna putih tau hihi

Tips Turunkan Berat Badan

1. Elakkan dan kurangkan makanan yang berminyak dan berlemak

Jika mengambil makanan berminyak ini waktu sahur, akan membuat kita cepat dahaga dan lapar jugak ye. Tapi jika korang nak makan makanan yang ada berminyak, ambil lah sedikit untuk buat rasa. Nak masak pun kurangkan minyak dalam setiap masakan korang ok.

2. Hadkan pengambilan gula atau manis

Kurangkan atau kalau boleh berhenti dari minum air manis lagi bagus, terutamanya air yang dibancuh dengan gula putih dan pewarna. Jika nak air ada rasa boleh ambil air buah tanpa tambahan gula atau perasa. Selain itu korang boleh jugak minum susu rendah lemak untuk penganti air manis gula.

See also  Kempen Kembali Ke Sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’

3. Minum banyak air terutama air kosong

Ini bukan sahaja untuk mengelakkan dehidrasi setelah berpuasa kerana badan kita memerlukan air yang banyak. Malah ianya bagus untuk sistem pencernaan kita dan membantu mengurangkan lagi berat badan secara tidak langsung.

Kalau ikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia, cadangan mencukupkan 8 gelas air sehari adalah seperti ini:

  • 1 gelas selepas bangun sahur
  • 1 gelas selepas bersahur
  • 1 gelas selepas azan Maghrib
  • 1 gelas selepas solat Maghrib
  • 1 gelas selepas berbuka
  • 1 gelas selepas solat Isyak
  • 1 gelas selepas solat Terawih
  • 1 gelas sebelum tidur
Tips Turunkan Berat Badan di Bulan Puasa 2023

4. Kira kalori

Bab ini Mamayanie sendiri pun tak terikut ye, sebab jenuh nak mengira tapi kita ikut konsep suku-suku separuh pun dah cantik. Untuk sahur pula korang ambil makanan yang penuh khasiat atau untuk mudah korang boleh ambil meal replacement sebagai menu sahur, macam Slique Shake dari Young Living. Ianya telah tetapkan berapa yang diperlukan dan siap ada kiraan kalori dah. Lagipun mudah untuk bersahur dan mengenyangkan seharian.

5. Senaman ringan

Bila pemakanan kita dah kawal dengan baik, kita perlu tambah sedikit dengan senaman ringan. Ha ini membantu lagi tau untuk korang kurangkan berat badan. Tak susah mungkin boleh berjalan-jalan atau naik turun tangga secara perlahan.

Cukuplah 5 tips yang bersesuaian, paling penting kita kawal diri sendiri. Aduh ini pesanan untuk diri sendiri jugak. Malah bulan Ramadan kali ini kita target turun berat badan secara sihat. Banyak lagi tips-tips yang boleh korang ikuti tapi permulaan ini buat mana yang mampu dan berterusan.

Perkongsian Tips Turunkan Berat Badan 10kg

Korang jugak boleh baca tips lain yang Mamayanie pernah kongsikan untuk turun berat badan 10kg secara sihat.

See also  Ketahui tips penjagaan mata anak akibat penggunaan gadget dari Dr Mohd Hafidz Ithnin, Pakar Mata Optom Eyecare dan Pensyarah UIAM

Selamat mencuba!

Salam Ramadan Al Mubarak & Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

yanieyusuf.com

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*