IPOH Bersama Electric Train Service (ETS)

IPOH Bersama Electric Train Service (ETS) | Yeahh ke Ipoh kita minggu ni. Yang paling best 1st time Mrsyanie ke Ipoh dengan ETS. Mesti korang tahu kan Electric Train Service (ETS) merupakan keretapi laju bandar yang pertama di Malaysia. Ia merupakan perkhidmatan tren laju antara bandar di antara Padang Besar, Butterworth, Kuala Lumpur dan Gemas yang diperkenalkan oleh Keretapi Tanah Melayu pada 12 Ogos 2010.

IPOH Bersama Electric Train Service (ETS)

Ini pengalaman pertama Mrsyanie ke Ipoh dengan menaiki Electric Train Service (ETS). Waktu perjalanan juga dapat dipendekkan dari keretapi yang lama. Jadi tiada masalah lepas ini kalau nak ke Ipoh balik hari hihi

IPOH Bersama Electric Train Service (ETS)
IPOH Bersama Electric Train Service (ETS)

Electric Train Service (ETS) KTMB

ETS adalah singkatan untuk Electric Train Service. ETS merupakan tren laju antara bandar yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Ipoh, Perak. Perjalanan ETS dari KL Sentral ke Ipoh disebelah Utara, manakala Kl Sentral ke Seremban pula menghala ke Selatan. Menghala ke Utara, ia melalui beberapa station antaranya

  • Rawang
  • Tanjung Malim
  • Behrang
  • Slim River
  • Tapah Road
  • Kampar
  • Batu Gajah 
  • Ipoh

Dalam perancangan akan datang akan ke destinasi Utara Kedah. Harap menjadi kenyataan kerana memudahkan perjalanan ke sana. Tambahan waktu raya kan. almaklumlah Puasa dah nak dekat, bakal menyusul Raya Aidilfitri plak. Tapi bukan tahun ini. 

IPOH Bersama Electric Train Service (ETS)

JADUAL PERJALANAN

Mrsyanie merasa perjalanan dari Tanjung Malim ke Ipoh. Perjalanan ke Ipoh memakan masa 1 jam 20 minit jika tiada halangan atau apa-apa masalah teknikal. Kelajuan ETS yang Mrsyanie tengok di skrin adalah 120-140 km/j. Tetapi kelajuan ETS boleh mencecah sehingga 160 km/j.

See also  Ketenangan Yang Dicari

ETS mempunyai bebrapa trip masa perjalanan ke Utara dan Selatan.

Jadual perjalanan ETS ke Utara dan Selatan (Sumber gambar: google.com)

PEMBELIAN TIKET TRAIN

Pembelian tiket boleh dibuat di kaunter KTMB atau secara online (E-Tiket): https://intranet.ktmb.com.my/e-ticket/login.aspx

IPOH Bersama Electric Train Untuk Maklumat Lanjut

Sebarang petanyaan dan maklumat boleh layari:
http://www.ktmb.com.my/

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

2 Comments

  1. Kalau dah ada nanti ETS ke Kedah …tak akan lepas peluang pcl n family nak balik naik keretapi laju ETS, dulu masa zaman sekolah asrama sempat merasa berasak-asak balik kampung di terminal Ipoh ~ kenangan terindah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*