Assalamualaikum w.b.t
Lurus Rambut Seperti Di Salon | Lama Mrsyanie tak pergi salon untuk manjakan rambut yelah sekarang semua harga dah mahal. Tambahan pula harga minyak naik seiring dengan harga perkhidmatan, kalau boleh semua Mrsyanie nak jimat tau. Tapi bila tengok rambut rasa macam nak buat rambut lurus jew, bila rambut asyik disanggul ini jadi berliku-liku alun rambutnya. Dah macam nenek kebayan tengok rambut sendiri tau haha. Nak pi salon buat rebonding kena pikir 10 kali harga nya. Tapi rupanya ada cara jimat untuk kita tukar style rambut tau. hihi Untung-untung!!
Rebonding Rambut Di Rumah Dengan StraightPro
Buat rebonding seperti disalon tapi dengan harga paling jimat itu yang kita cari. Kalai boleh buat sendiri kenapa perlu salon bayar beratus untuk rebondingkan. Mrsyanie diperkenalkan dengan produk yang dicipta khas dengan menggunakan teknologi dan standard German tetapi buatan Malaysia ye, iaitu produk luruskan rambut StraightPro. Rupanya bukan susah pun untuk luruskan rambut jika kita tahu cara dan produk yang betul.
StraightPro merupakan produk yang dihasilkan di Malaysia yang berfungsi untuk meluruskan rambut dengan mudah dan selamat. Produk StraightPro telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ianya telah disahkan HALAL tau. Tiada bahan terlarang ye dan pastinya mudah dengan 3 step sahaja.
Rebonding rambut di rumah dengan StraightPro mudah dengan 3 step sahaja? Yup betul hanya 3 step sahaja dan korang boleh buat sendiri atau dengan bantuan rakan dirumah sahaja. Tak perlu habiskan duit korang pergi salon untuk luruskan rambut. Yang best jimat, boleh digunakan untuk beberapa orang tau tapi tengok pada kepanjangan rambut jugak. Kalau rambut pendek penggunaaan tak banyak, boleh lah digunakan 3-4 orang. Jimat kan, beli kongsi-konsgi pun untung. Set StraightPro mempunyai 3 produk mengikut step iaitu Straightening , Neutralizer dan Sleek & Shine Serum.
Cara Penggunaan StraightPro
- Straightening Cream
- Sapukan Straightening Cream secara rata pada rambut tetapi jangan terkena kulit kepala tau (Tidak perlu basahkan rambut sebelum sapu Straightening Cream)
- Sapu sehingga rata pada seluruh rambut sahaja, biarkan dalam 30 – 45 minit sebelum dibilas.
- Kemudian bilas rambut dengan air biasa dan keringkan rambut.
** Dinasihatkan untuk memakai sarung tangan dan sapuan tadi dijarakkan sedikit dari kulit kepala dalam 1cm. Tekstur Straightening Cream ini agak melekit dan baunya agak kuat. Baunya seperti bau produk disalon.
- Neutralizer
- Selepas rambut dibilas, sapukan pula Neutralizer secara menyeluruh ke rambut seperti step 1 (Straightening Cream)
- Dibiarkan dalam 30 minit sebelum di bilas.
- Kemudian bilas rambut tanpa perlu keringkan rambut.
**Tekstur Neutralizer agak cair tetapi masih krim dan baunya lebih wangi serta harum.
- Sleek & Serum Serum
- Step terakhir atau yang ke 3 ini sangat mudah.
- Selepas rambut dibilas titiskan setitik dua Sleek & Shine Serum di tapak tangan
- Kemudian sapukan pada rambut dari akar rambut hingga hujung rambut.
- Ratakan keseluruh rambut supaya memberi rasa segar pada rambut.
**Serum ini sangat bagus untuk rambut bagi rambut lebih berkilat, lembut dan lurus dengan dengan bermaya. Ia memberi penjagaan yang bagus untuk rambut dan baunya sangat wangi.
Sewaktu blogger Ayue datang rumah, sempatlah kami jalankan misi meluruskan rambut. Tengok hasil rambut Ayue selepas menggunakan StraightPro ni, serius mudah dan pastinya berkesan. Jimat tau dan rambut Ayue lebih berkilat dan lembut dengan set StraightPro.
Bagi korang yang rambut degil sket untuk lurus tu, korang boleh buat 2 kali tetapi pastikan seminggu selepas buat yang pertama tu, baru buat semula. Untuk hasil yang lebih berkesan korang digalakkan supaya tidak basuh rambut selama 3 hari. Jangan risau rambut korang kekal wangi kerana ada serum tu tau.
Ketahanan lurus rambut ini bergantung pada jenis rambut masing-masing dan lagi satu jangan lah korang ikat sangul rambut ye, sebab mana dia nak lurus kalau korang dah simpulkan rambut korang tu. Lagi satu harus diingatkan ye ianya tidak disyorkan kepada wanita mengandung dan kanak-kanak/remaja yang berumur 15 tahun ke bawah. Produk ini bukan untuk wanita sahaja ye, boleh digunakan oleh lelaki jugak.
Untuk maklumat lanjut:
Bagusnya ada produk mcm ni. Boleh jimatkan kos ke saloon
Cool la kan , jimat duit dan masa , rajin atau tidak ja nk buat sendiri tu.
best la kan kalau gini. boleh buat sendiri kat rumah tak perlu nk pergi ke salon .jimat pun ye juga
Wow! Tak yah gi salun dah, buat kat rumah pun boleh
boleh buat spa dekat rumah
Rambut seperti terikat jadi tidak lurus, ini boleh menjadi penyelesaian supaya rambut dapat kembali lurus.
Xyah iron ke?
tak perlu pun boleh.. waktu sapu urut ebawah bagi lurus..